Peminat Tegar Pasukan Johor Darul Ta'Zim Ledang: Selepas enam kedai gunting rambut menolak permintaan saya, akhirnya ada tukang gunting yang sudi menunaikan permintaan saya," kata Mohd Sairan Paimin, 38, ahli Kelab Penyokong Anak Ledang yang juga peminat tegar pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Menurut bapa kepada lima anak itu, selama tiga hari dia mencari kedai gunting rambut di daerah ini yang boleh mencukur rambutnya membentuk perkataan JDT di kepala sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pasukan kesayangannya itu berdepan Pahang pada final Piala Malaysia esok.
"Hari ini (semalam) akhirnya saya bertemu seorang tukang gunting di Kampung Seri Melaka (Sengkang) yang sudi memenuhi hasrat saya membuat corak JDT di kepala.
"Sejak tiga hari lalu banyak kedai gunting yang saya kunjungi berkata mereka tidak boleh melakukannya. Mungkin kerana mereka tidak mahir atau mungkin mereka bukan penyokong JDT," katanya ketika ditemui di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir di sini, semalam.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|