Pelajar MRSM Kena Hukum Gantung
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Azmi Mohamad berkata pelajar terlibat juga boleh dikenakan tindakan buang sekolah sekiranya didapati bersalah. "Perkara ini akan disiasat secara rapi dan terperinci dengan mengambil keterangan semua pihak. Sebarang tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin MRSM," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Isnin lepas, polis menahan lapan pelajar terbabit di sekolah itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dengan diiringi guru mereka bagi membantu siasatan kes berkenaan. Azmi berkata, MARA bagaimanapun masih belum mendapat sebarang laporan rasmi daripada doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang di mana pelajar yang dicederakan itu telah mendapat rawatan bagi mengesahkan dakwaan beliau patah tulang rusuk akibat dipukul. Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut meluluskan perpindahan mangsa ke MRSM Kuala Kubu Baharu, Selangor bermula hari ini. "MARA berharap dengan perpindahan ini, dapat mengelak sebarang trauma selain diberikan khidmat kaunseling sekiranya diperlukan," kata Azmi. Sebelum ini, media melaporkan insiden itu bermula apabila mangsa dituduh mengambil telefon Samsung Note 3 milik seorang daripada lapan pelajar terbabit. Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut. Akibat kecederaan itu, ibu bapa pelajar yang berasal dari Klang, Selangor, telah membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapat rawatan.
|
encikWawad posted on 30-10-2014 07:00 AM
wahh tajuk tak menahannn - igt gantung kat tali gantung
patut pelajar jahat2 ni jangan di gantung s ...
encikWawad posted on 30-10-2014 07:05 AM
khenn - kaka ghost lagi lah tak menahan tajuknya
tringat semalam tajuk benang dia john naik tu - ...
encikWawad posted on 30-10-2014 07:05 AM
khenn - kaka ghost lagi lah tak menahan tajuknya
tringat semalam tajuk benang dia john naik tu - ...
Simunggu posted on 30-10-2014 07:42 AM
ini lah jadinya apabila quality kemasukan MRSM 100% berdasarkan keputusan SPM shj...dah lah tu SPM m ...
Sebelum ini, media melaporkan insiden itu bermula apabila mangsa dituduh mengambil telefon Samsung Note 3 milik seorang daripada lapan pelajar terbabit
ADVERTISEMENT