CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Saiful Tetap Istiqamah Tegak Kebenaran

28-10-2014 06:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 68915| Komen: 950

Saiful tetap istiqamah tegak kebenaran
  



KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan sudah bersedia dengan segala kemungkinan berhubung keputusan mengenai rayuan kes liwat membabitkan dirinya dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, esok dan lusa.

Mohd Saiful berkata, sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya untuk mempersiapkan diri berhadapan dengan kemungkinan terburuk dalam menghadapi sesuatu perkara.

"Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hamba-Nya yang tegakkan kebenaran. Jika tidak di dunia, di Mahsyar pasti," katanya menerusi posting terbaharu beliau di laman blog www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com, hari ini.

Anwar mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berikutan sabitan tuduhan liwat oleh Mahkamah Rayuan dengan hukuman penjara lima tahun.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful, 28, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mohd Saiful juga berharap, pihak perayu iaitu Anwar tidak mencari alasan untuk menunda lagi kes berkenaan.

"Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.

"Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia membabitkan maruah dan masa depan," katanya.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar dan memutuskan kes itu dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.

"Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama 6 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.

"Di saat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti," katanya.

11

Bagus
9

Marah
13

Terkejut
21

Sedih
6

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 27-10-2014 12:20 PM
Berapa harga semasa lubang si saiful nih? Perogol dah nk masuk jail senyap2 jer sis..
Quote Anak_Nogori 27-10-2014 12:21 PM
itulah sepol...bila kita nak buat sesuatu itu fikir baik2...apa impaknya pada kita dan seluruh keluarga kita...nak mendaki kemuncak politik...tak perlu pun maruah diri digadai...daki plan2...itu lebih selamat dan berdaya tahan.

Apa pun...dah istiqomah tu..baguslah...selain pada tu serah pada Allah swt.

Soal ketum bertangguh2 tu...biar dia sendiri jwp lah...
Quote putr@polo 27-10-2014 12:21 PM
Anwar: Gelombang Akhir Jatuh Bangun Politik Malam Ini

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 8:40 AM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
[email protected]



Datuk Seri Anwar Ibrahim
  

KUALA LUMPUR: Menjelang hari pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat keduanya, pelbagai program yang boleh mencetuskan kebangkitan rakyat dianjurkan bermula malam Isnin.

Program yang dirangka itu sehari sebelum mahkamah membuat ketetapan nasib Anwar pada prosiding dua hari, bermula Selasa.

Difahamkan Ketua Pembangkang itu bakal menghadiri sekurang-kurangnya empat program utama membabitkan kumpulan tertentu dengan kehadiran dijangka dalam jumlah yang besar di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya.

Seawal pukul 7 malam, Anwar bersama anggota keluarganya termasuk kenalan rapat serta penyokong setianya akan menunaikan solat Maghrib dan solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut.

Kemudiannya sekitar pukul 8.30 malam, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijadual akan menghadiri 'Pidato Umum' anjuran persatuan mahasiswa di Dataran DTC, Universiti Malaya (UM).

Bagaimanapun difahamkan pengurusan UM sudah mengeluarkan arahan larangan menyertai program berkenaan kepada  pelajarnya kerana penganjurannya dibuat tanpa kebenaran pihak pusat pengajian tinggi itu.

Selain itu, menerusi hebahan media yang dihantar Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Fahmi Fadzil, Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut dijadual menghadiri program makan malam bagi meraih dana bersama Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di Dewan Sivik, MBPJ pada pukul 9.30 malam.

Sebagai acara kemuncak, Anwar bakal mengakhiri programnya di Stadium Mini 3K, MPSJ di Subang Jaya dalam Himpunan Solidariti untuknya kira-kira pukul 11 malam.

Anwar sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sekiranya beliau gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai ahli Parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang ahli Parlimen boleh dibatalkan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.
Quote Anak_Nogori 27-10-2014 12:39 PM
besar kemungkinan tak sekiranya ketum didapati bersalah...hakim akan tambah lagi penjara dari 5 tahun yg dihadapinya..mungkin ke penjara 7 tahun.
Quote Defcon2 27-10-2014 02:01 PM
Teringat video sumpah laknat si Saiful ni depan kaabah.

Video tu keluar 3 hari sebelum PRU ke-13. Ada motif tertentu ke?
Quote namirulmukminin 27-10-2014 02:06 PM
Dalam2 cerita bontot ko di jaja kesana kemari pon, ko dapat gak nikah dgn awek TV3... Ok la tu...
Quote Anak_Nogori 27-10-2014 07:18 PM
sumpah laknat Sepol diMekah..Ketum ada berani?.

[youtube]ddvYbzOk0MY[/youtube]
Quote Anak_Nogori 27-10-2014 07:20 PM
Mohd Saiful Bukhari Azlan Bersumpah Diliwat Anwar Ibrahim pada hari Jumaat, 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

[youtube]NeEqIQ-AQ3w[/youtube]
Quote Anak_Nogori 27-10-2014 07:31 PM
saya rasa kalau ketum didapati bersalah..hukumannya akan ditambah.


Demi Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang Mahu Perdana Menteri Masuk Campur Hal Mahkamah Persekutuan?

  
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Tuan Lim Kit Siang, hari ini, menggesa Perdana Menteri menggunakan pendekatan wassatiyah dengan tidak cuba mematikan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui hukuman yang lebih berat dari yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan lalu.

Dalam perbahasan beliau di Parlimen sebentar tadi, Supremo Parti Tindakan Demoktratik (DAP) itu menggesa Perdana Menteri dan pihak Pendakwa Raya menarik balik rayuan meningikan hukuman ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru-baru ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Mohd Azlan.

Lim turut menyatakan kesalahan ini bukanlah “public interest” yang memerlukan hukuman maksimum. Malahan menurut beliau, kes rasuah di Indonesia membabitkan bekas Menteri juga hanya dihukum separuh dari daripada hukuman maksimum sedangkan ia merupakan kes yang mempunyai kepentingan awam.

Tindakan Lim menggunakan perbahasan Parlimen bagi mengulas hukuman harus dikenakan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap satu kes individu adalah satu campur tangan jelas legistatif (perundangan) ke atas kehakiman. Malah perbahasan Lim yang tampak menyarankan campur tangan Perdana Menteri bagi meringankan hukuman ke atas Anwar Ibrahim mengundang pula campur tangan eksekutif ke dalam kehakiman.

Bukankah saranan dan usaha mencampuri bahagian lain pentadbiran negara ini merupakan satu ancaman kepada pengasingan kuasa (separration of power) dalam sistem pentadbiran demokrasi dan menuju ke arah “penyalahgunaan kuasa”?

DAP sebelum ini merupakan antara parti terkehadapan bercakap soal pengasingan kuasa dan ketelusan kehakiman hari ini mendesak campurtangan perundangan dan eskekutif ke dalam kehakiman?

Bukankah ini menunjukkan demi kepentingan peribadi dan politik parti mereka, DAP sanggup berbuat apa sahaja yang bertentangan dengan laungan kebebasan kehakiman mereka? Jika belum berkuasa sudah demikian perangai dan pandangan, apakah jaminan bila mereka berkuasa mereka tidak akan melakukan penyalahgunaan kuasa yang lebih serius?

Nampaknya, di mata DAP, keadilan hanya untuk kalangan mereka yang mampu membantu parti tersebut mendapat kuasa. Dalam kes ini survival Anwar dalam politik lebih penting daripada menegakkan keadilan untuk mangsa Anwar Ibrahim – Saiful Bukhari Mohd Azlan.

Nota: Jangan komen soal Anwar Ibrahim dianiaya kerana Saiful Bukhari telah bersumpah atas nama Allah, Anwar Ibrahim belum. Jika ada muslim menyatakan Anwar tidak bersalah, Saiful pembohong, maka nyatalah dia hanya muslim keturunan dan tidak percaya kekuasaan Allah.
Quote mbhcsf 27-10-2014 07:34 PM
jap ...apa jadi kat permatang pauh?
status  kerusi parliament ?

Quote PitMie 27-10-2014 07:37 PM
Hidup Saifool!

Semoga Saifool trus diberkati hendaknya....rindu dengar sumpah laknat beliau.
Quote jazaa 27-10-2014 07:37 PM
Kena sebatan ke?..
Bkn wargaemas dikecualikan sebatan ni..

:Q
Quote putr@polo 27-10-2014 07:39 PM
Tamparan Buat Anwar, Hadi Tidak Hadir Mesyuarat

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 4:40 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
[email protected]




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat daripada sekutu politiknya apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak muncul pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen pada Isnin yang diadakan bagi meraih sokongan berhubung kes liwat pada Selasa dan Rabu.

Ketiadaan Abdul Hadi dalam mesyuarat penting sehari sebelum pendengaran terakhir rayuan Anwar berhubung kes liwat keduanya menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada pengikut politik pembangkang yang selama ini merasakan pemimpin mereka bersatu.

Walaupun ini bukan kali pertama Abdul Hadi tidak melibatkan diri dalam mesyuarat yang dipengerusikan Anwar, namun ketiadaannya pada kali ini dilihat janggal terutama di saat Ketua Pembangkang itu mungkin berhadapan hukuman penjara jika gagal dalam proses rayuannya.

Seakan menutup perselisihan antara beliau dan Presiden PAS itu, Anwar pada permulaan sidang medianya lebih awal menyatakan bahawa Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain di Terengganu.

Seperti biasa, pada mesyuarat itu Abdul Hadi diwakili Timbalannya, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Al; Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa pemimpin PAS lain.

Pada Selasa dan Rabu ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes liwat keduaanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Quote putr@polo 27-10-2014 07:40 PM
Pakatan Adakan Mesyuarat Tergempar Jika Anwar Dipenjara

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 6:50 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
[email protected]



   
KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang akan mengadakan mesyuarat tergempar Rabu ini jika pemimpin utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dipenjarakan.

Mesyuarat khas itu dilihat bertujuan untuk membincangkan mengenai masa depan kerjasama politik Pakatan Rakyat tanpa Anwar.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, hingga kini pimpinan Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia untuk berhadapan apa jua situasi khususnya jika dipenjarakan.

“Kami akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada hari tersebut (Rabu). Sekiranya apa yang kita tidak ingini berlaku, maka MPT Pakatan Rakyat akan mengadakan satu mesyuarat tergempar di kalangan pemimpin tertinggi sekiranya Datuk Seri Anwar disumbatkan ke penjara.

"Ini menunjukkan ketegasan dan keutuhan pimpinan tinggi Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang media selepas meyuarat MPT Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen pada Isnin.

Mengulas lanjut, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang membayangkan bahawa Pakatan Rakyat akan terus bersama walaupun tanpa Anwar.

Mengambil semangat pasukan gergasi bola sepak Inggeris, Manchester United, Guan Eng menegaskan bahawa pakatan pembangkang akan berjuang menuntut keadilan terhadap Anwar hingga ke saat akhir.

"Kita akan sokong sehingga ke hujung dan kami sudah menyerap semangat Manchester United (MU).

"Saya adalah peminat MU dan sentiasa ingat semangat kumpulan MU di bawah pimpinan Alex Ferguson yang mana akan berlawan sehingga minit akhir," katanya.
Quote munchkin 27-10-2014 07:42 PM
ni isu sensitif. sepatutnya kalau consensual pun, dua dua masuk ke dalam. sebab dah nama pun luar tabii.
Quote putr@polo 27-10-2014 07:44 PM
Kit Siang Rayu Najib Campur Tangan Kes Anwar

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 4:30 PM

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
[email protected]



   
KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mencampuri urusan badan kehakiman negara terutamanya membabitkan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah veteran DAP itu turut merayu supaya Najib mengarahkan Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pihak pendakwaan untuk memanjangkan hukuman penjara daripada lima tahun kepada sehingga 20 tahun terhadap Ketua Pembangkang itu.

Katanya, Peguam Negara perlu bertindak berdasarkan nilai wasatiyyah atau kesederhanaan seperti yang ditekankan pentadbiran Najib.

"Dilaporkan bahawa pihak pendakwaan membuat rayuan balas dan mahu Anwar dipenjara selama lebih dari lima tahun sambil berhujah bahawa hukuman penjara Mahkamah Rayuan selama lima tahun adalah 'jelas tidak memadai', 'tidak mencerminkan keseriusan kesalahan itu' dan 'tidak menyampaikan matlamat keadilan daripada perspektif kepentingan awam.

"Ada anasir di kalangan mereka yang berkuasa ingin menyingkirkan pembangkang dengan cara apa sekalipun. Tetapi saya ingin bertanya kepada Najib sama ada beliau sedemikian kejam, tidak berperasaan dan tidak berhati perut sehingga mahukan Anwar dipenjara selama 20 tahun dan tidak dibebaskan sehingga beliau berusia 80 tahun?" katanya di sini.

Beliau berkata demikan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Dakwa Lim lagi, rayuan pihak pendakwaan untuk memanjangkan tempoh hukuman terhadap Anwar tidak mempunyai kepentingan umum serta bermotif politik.

"Apakah kepentingan umum dalam rayuan pihak pendakwaan di Malaysia terhadap hukuman lima tahun penjara Anwar, selain mempunyai objektif politik tersembunyi daripada kuasa yang ada untuk membunuh kerjaya politik Ketua Pembangkang?

"Saya berharap pihak-pihak berkenaan akan bertindak secara waras, dan agenda wasatiyyah atau kesederhanaan yang menjadi bimbingan kerajaan Najib, akan menunjukkan hala tuju dasar Peguam Negara dan semoga pihak pendakwaan akan menarik balik rayuan balas mereka di Mahkamah Persekutuan esok (Selasa)," katanya.

Pada Selasa dan Rabu ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes liwat keduanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Quote putr@polo 27-10-2014 07:46 PM
#Justice4AnwarIbrahim Cubaan Dapatkan Sokongan Pemimpin Global

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 3:36 PM
IZRA ABDUL RAHMAN Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
[email protected]



Yusmadi Yusoff (kiri) bersama Shamsul Iskandar Mohd Akin.
  

PETALING JAYA: Kurang 24 jam sebelum hari pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat keduanya, lagi cubaan untuk mendapatkan sokongan pemimpin antarabangsa digerakkan dan kali ini menerusi Kempen #Justice4AnwarIbrahim.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kempen di peringkat antarabangsa bermula dengan negara serantau atas semangat Piagam Asean 2007.

"Kempen #Justice4AnwarIbrahim bagi memberi maklumat tepat di peringkat dalam dan luar negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Shamsul Iskandar berkata, kes ketua pembangkang dapat menguji keberkesanan Piagam Asean untuk mendapat keadilan yang menyeluruh dari segi pendakwaraya, hakim dan sebagainya.

"Kes Anwar akan menguji Piagam Asean, oleh itu kempen secara komprehensif di peringkat rantau ini dilaksanakan sebelum ke peringkat antarabangsa," katanya.

Bagi menunjukkan kempen ini mendapat sokongan negara serantau, sesi 'skype' bersama ahli Parlimen Indonesia, Dave Laksono yang juga Ketua Pemuda Golkar. Turut menyatakan solidariti adalah Ahli Kongres Filipina, Bebot Bello.

Sementara itu koordinator kempen itu, Yusmadi Yusoff berkata, bermula di rantau ini, ia bersifat melobi pemimpin Asean untuk mengemukakan pandangan masing-masing.

"Mengikut Piagam Asean yang sepakat mempromosi dan mempertahankan hak asasi kemanusiaan, pemimpin boleh nyatakan pandangan mereka berhubung sesuatu isu, bukan hak monopoli ketua negara sahaja, malahan Asean itu sendiri perlu dibangunkan dengan semangat demokrasi, manusiawi dan undang-undang," katanya.

Pengasas dan Pengerusi Yayasan RIGHTS itu menambah kempen itu juga seiring aspirasi negara selaku pengerusi Asean tahun depan dan membentuknya berorientasikan rakyat.

"Kes ini akan jadi kayu pengukur kepada komitmen negara-negara Asean terhadap keadilan dan paling penting kes ini adalah teras perbicaraan adil," katanya.

Anwar sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sekiranya beliau gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai ahli Parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang ahli Parlimen boleh dibatalkan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.
Quote cemolot 27-10-2014 07:47 PM
mana tanda di dahi..kejap pekat kejap hilang.. habis dakwat ke saifool juboq?

jangan main2..lubang punggung saifool adalah lubang juboq termahal di dunia #fact
Quote putr@polo 27-10-2014 07:48 PM
Himpunan Di UM Sekadar Perjuangkan Anwar, Bukan Ilmiah

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 7:14 PM
IZRA ABDUL RAHMAN Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
[email protected]


   
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno meragui motif himpunan yang akan diadakan di Universiti Malaya (UM) pada malam Isnin kerana ia tidak berbentuk ilmiah, sebaliknya sekadar memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin politik.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sayap parti itu sentiasa menyokong kebebasan mahasiswa untuk berpolitik tetapi bukan majlis yang dianjurkan untuk kepentingan peribadi seorang ahli politik.

"Program ilmiah di kampus kita sokong seperti debat atau forum terbuka yang menyaksikan penyertaan tokoh-tokoh politik pembangkang.

"Malam ini adalah pentas bagi seorang ahli politik menggunakan universiti untuk membangkitkan isu politik peribadi beliau, tak ada langsung soal dasar, polisi dan sebagainya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno di sini, Isnin.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan memberitahu, sayap parti jelas mengenai kebebasan mahasiswa untuk berpolitik tetapi ia harus dilakukan mengikut secara adil dan mengikut kesesuaian.

"Bila dianjurkan program yang tak berbentuk ilmiah, yang tujuannya satu sahaja iaitu menghasut mahasiswa untuk menyampaikan mesej politik berat sebelah tanpa beri peluang untuk menjawab, saya rasa itu bukanlah satu majlis yang sesuai," katanya.

Khairy berkata, beliau difahamkan, tidak semua mahasiswa selesa dengan kehadiran pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di UM yang dijadualkan pada malam Isnin.

"Kita tak boleh kata bahawa Fahmi Zainul (Presiden Persatuan Mahasiswa UM) itu mewakili seratus peratus mahasiswa.

"Ada persatuan mahasiswa yang jelas membuat pendirian jangan mempolitikkan kampus seperti itu," katanya.

Anwar dijadual untuk hadir ke UM pada malam Isnin bagi menyampaikan pidato anjuran persatuan mahasiswa universiti itu.

Lihat semua komen(950)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.152883 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top