CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hidangan Ikan Patin Temerloh Di Shah Alam

28-10-2014 02:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13399| Komen: 139

Hidangan Ikan Patin Temerloh Di Shah Alam


Aina menunjukkan masak lemak tempoyak patin yang menjadi kegemaran pelanggan.



TIDAK perlu kembara hingga ke Pahang untuk menikmati hidangan asli ikan patin masak tempoyak dan variasi resipi popular negeri Tok Gajah kerana Restoran Temerloh Catering di Kompleks Dataran Automobil di Seksyen 15, Shah Alam pasti memenuhi selera pengunjung yang bertandang.

Jejak sahaja kaki di premis ini pastinya aroma tempoyak membangkit selera pengunjung untuk menikmati makan tengah hari bertemakan hidangan popular dari Temerloh yang terkenal dengan keenakan ikan patin.

Satu-satunya restoran di Lembah Klang yang menghidangkan menu ikan-ikan sungai yang segar menjadikan Temerloh Catering tidak lekang daripada kunjungan pelanggan setiap hari.


Pemiliknya, Aina Yahya, 61, berkata, bagi menjaga kualiti setiap sajiannya ikan patin mas, patin buah dan patin sangkar diambil sendiri dari Temerloh selang dua hari.

“Pengalaman 20 tahun mengusahakan perniagaan katering dan minat mencuba menjadi nadi kepada kejayaan hari ini.

“Temerloh Catering kini berdiri dengan dua buah cawangan iaitu bermula di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh sekitar lapan tahun lalu dan operasi di Shah Alam kira-kira empat tahun,” katanya.

Aina berkata, tanpa pakej hidangan ditetapkan membolehkan pelanggan bebas memilih hidangan mengikut selera sendiri misalnya ikan kerai goreng dan masak lemak, ikan baung tempoyak, jelawat masak lemak, keli salai masak lemak, opor daging, pari asam pedas, sambal tempoyak pucuk ubi dan juga sambal hitam Pahang.

Tambahnya lagi, selain itu sebagai pemecah selera sajian ulaman dan sayuran kampung juga turut tersedia untuk dinikmati bersama sambal tempoyak dan juga sambal belacan serta air asam.

“Bagi menu masak lemak tempoyak patin sangkar RM10 seekor, patin buah RM20 seekor manakala patin mas RM25 seekor.

“Selain itu, untuk ikan baung, jelawat dan kerai harga bermula RM18 hingga RM25 untuk setiap ekor,” katanya.

Bagi penghilang dahaga dan pedas pelanggan boleh memesan minuman air lemon soda, timun soda dan air naga yang sering mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tensic~ 27-10-2014 10:32 AM
Sedap ke. Sapa pernah try pls review
Quote prettyuglybabe 27-10-2014 11:09 AM
teringat pulak patin dalam peti. bila la nak masak nya
Quote rospinki 27-10-2014 11:10 AM
errrr...berminyak2 je ikan patin tu..dari manakah asal mu?
Quote az4620 27-10-2014 11:13 AM
wow
Quote namirulmukminin 27-10-2014 11:13 AM
@crossfire buleh la blanja aku nanti lepas tengok bola final lawan JDT....
Quote DCrystal 27-10-2014 11:15 AM
tensic~ posted on 27-10-2014 10:32 AM
Sedap ke. Sapa pernah try pls review

recomended.

Quote lasagnaklcc 27-10-2014 11:16 AM
Masing2 dok claimed dialah satu-satunya resoran kat klang valley yg ada ikan sungai segar. Padahal byk je kedai ikan sungai.
Quote ajinomotonosuga 27-10-2014 11:21 AM
ni ler melayu..cite pasal makan makan makan..lepeh tu cite ngeseks..

kang dah busan skit cite momok..hantu itu hantu ini..lepeh tu tiba masa politikkkkkkk..nak pruuuu gitu haaa

anak kene dera, kene celup tangan lam air panas..buat bodoh aje..nothing happened

bini kene tampar terajang tgh tidorkan anak ..cam tadak apa pun

korang lupa yeeeeeeeeeee....kisah isteri sedang susukan anak dan di tikam suami pasei nak duit..suami penagih

lupaaaaaaa laa tu kan kan kan? abe aji memori power weiii...takkan lupa nya anak haram jadah

arwah isteri tu sambil anak masih menyusu di badan..pasai tadak havoc? pasai tok mopti seme diam

pasai seme senyap? ari ni kes dadah dah pupus laa ye?  kang kene maki tau plak kebil2 rasa bodoh

sik makan je keje nya tu pasal gemok cam babi, makan sikti2 sudah lah..makan untuk keperluan
Quote VuJiE 27-10-2014 11:29 AM
teringin nak rasa
Quote kejoraria 27-10-2014 11:30 AM
tak pernah teringin pun nk mkn patin masak tempoyak ni...
Quote kecimpret 27-10-2014 11:31 AM
jumaat aritu baru melantak kat adam lai kompleks otomobil ni...sedap gak...tak pasan lak kedai ikan patin ni
Quote blackred99 27-10-2014 11:33 AM
ajinomotonosuga posted on 27-10-2014 11:21 AM
ni ler melayu..cite pasal makan makan makan..lepeh tu cite ngeseks..

kang dah busan skit cite mom ...

bila kita dah bosan bace cite jenayah, politik, perut pun dah lapar, tu yg kena baca berita makan2 pulak.
Quote crossfire 27-10-2014 11:35 AM
namirulmukminin posted on 27-10-2014 11:13 AM
@crossfire buleh la blanja aku nanti lepas tengok bola final lawan JDT....

Setelah confirm JDT ditumbangkan Pahang
dah cemoih makan iakn patin, sekali sekala kenalah udang galah..
udang.jpg






Quote tensic~ 27-10-2014 11:37 AM
ajinomotonosuga posted on 27-10-2014 11:21 AM
ni ler melayu..cite pasal makan makan makan..lepeh tu cite ngeseks..

kang dah busan skit cite mom ...

abang aji ni mmg suka potpet ye
Quote robertocarbos 27-10-2014 11:41 AM
tensic~ posted on 27-10-2014 03:37 AM
abang aji ni mmg suka potpet ye

kene faham....
die baru dapat tau bini die lari ikot bangla..
Quote smallmama 27-10-2014 11:47 AM
Baru makan tengah hari semalam. Bagi saya masakan ikan patin tempoyak sedap, tak rasa pun hanyir..

Quote crossfire 27-10-2014 11:51 AM
“Bagi menu masak lemak tempoyak patin sangkar RM10 seekor, patin buah RM20 seekor manakala patin mas RM25 seekor.

“Selain itu, untuk ikan baung, jelawat dan kerai harga bermula RM18 hingga RM25 untuk setiap ekor,” katanya.



silap penerangan nie, sepotong aja nie bukan sekor, jgn nak ngarut baung RM18 seekor...anak baung ker apa, baung sekllo dah RM45, pating sangkar RM16....atau makcik nie jual EKOR aja hehe
Quote ajinomotonosuga 27-10-2014 11:57 AM
makan kipap seposen sebiji.. jadi taikkkkkkkkkkk last2

makan patin i seketui 16 inggit..pun jadi taikkkkkkkkkkkk last2

baik makan kipap..tak ler komplen menyalak2 cam anjing eeeiiii mahalnyaaa harga barang sekang yeeeee?

peh tu cam beruk dapat banana terima brim brom bram seme tuh..

bila korang nak kuo dari kotak kebodohang lagu tu haaa? bowdowww

Quote crossfire 27-10-2014 12:00 PM
ajinomotonosuga posted on 27-10-2014 11:57 AM
makan kipap seposen sebiji.. jadi taikkkkkkkkkkk last2

makan patin i seketui 16 inggit..pun jadi  ...

mabuk daun KETUM ker apa

dia orang ada duit, hak dia orang.


Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.067882 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top