CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jepun lenyap 100 tahun lagi - pakar

28-10-2014 02:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8088| Komen: 76

Jepun lenyap 100 tahun lagi - pakar




Pakar yang menganalisis corak letupan gunung berapi di negara itu berkata, bukan sesuatu yang melampau untuk meramalkan bencana alam itu akan melenyapkan negara Matahari Terbit itu dari muka bumi ini.

Saintis di Universiti Kobe meramalkan demikian selepas membuat kajian di kawah gunung berapi di Pulau Kyushu yang meletup tujuh kali sepanjang 120,000 tahun lalu.

Mereka meramalkan satu lagi letupan di pulau di selatan negara itu akan menimbus 7 juta penduduk dengan lahar, sementara angin arah barat akan bertiup membawa sama debu tebal ke pulau lain.

Awan toksik itu akan menjadikan pulau sekitar tidak boleh didiami sementara usaha menyelamat 120 juta penduduk di sekitar bandar besar akan menjadi sia-sia.

Professor Yoshiyuki Tatsumi dan Keiko Suzuki berkata, ancaman letupan sedemikian berlaku dalam masa 100 tahun lagi adalah sekitar satu peratus.

Bagaimanapun, mereka berkata, anggaran itu tidak boleh dipandang ringan.

Menurut mereka, kajian kemungkinan gempa bumi melanda Kobe dalam masa 30 tahun adalah satu peratus, sehari sebelum gegaran 7.2 magnitud itu memusnahkan bandar pelabuhan berkenaan pada 1995, meragut 6,400 nyawa.

"Kerana itu, tidak mengejutkan jika letupan kuat berlaku di Pulau Kyusu akan berlaku bila-bila masa," menurut profesor berkenaan.

Hasil kajian itu diumumkan beberapa minggu selepas Gunung Ontake di tengah Jepun meletup bulan lalu, mengorbankan 61 orang.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miskintegar 27-10-2014 01:16 PM
mcm ada satu cite jepun ni apa ke nama.......x ingat
Quote ninja boy 27-10-2014 01:18 PM
dengar cerita indon juga bakal tenggelam, plate indon makin masuk ke dalam di laut india.
ai heran manusia mmg suka hidup di gunung berapi tanah lava subur gituh
Quote the_killer 27-10-2014 01:25 PM
ninja boy posted on 27-10-2014 01:18 PM
dengar cerita indon juga bakal tenggelam, plate indon makin masuk ke dalam di laut india.
ai heran  ...

kalo indon tenggelam..kita pon sama...gunung berapi kat danau toba tu kuat...
Quote mikasa 27-10-2014 01:26 PM
Apa lagi...berhijrah la kenegara yg diaorg pernah jajah ni dulu. Boleh apply PR
Quote the_killer 27-10-2014 01:27 PM
mikasa posted on 27-10-2014 01:26 PM
Apa lagi...berhijrah la kenegara yg diaorg pernah jajah ni dulu. Boleh apply PR

agak2 malaysia nak terima orang jepun? jepun ni ramai 100 lebih juta penduduknya..pastu cepat membiak
Quote robertocarbos 27-10-2014 01:29 PM
ninja boy posted on 27-10-2014 05:18 AM
dengar cerita indon juga bakal tenggelam, plate indon makin masuk ke dalam di laut india.
ai heran  ...

sebab lava yang membunuh tu turut memberi rezeki,
dekat solo tu, taukey dkt malaysia siap g sane beli pasir gunung berapi,
sebab subur, tanaman gebu2, erkk
Quote Loxlaxman 27-10-2014 01:49 PM
Pulau Pinang bila pulak nak tenggelam...
Quote namirulmukminin 27-10-2014 01:53 PM
Apa lagi awek2 cun jepun semua??? Mai berhijrah ke Malaysia ni kalu taknak pupus..... akan ku peristerikan 4 dari kalangan kalian yang paling comey...

-Edited-

Oppsss... salah... 3 je boleh... sebab satu quota dah diisi oleh gadis melayu... Last edited by namirulmukminin on 27-10-2014 01:55 PM

Quote mozilla_83 27-10-2014 01:55 PM
Lambat lagi 100 thn
Quote edee_91 27-10-2014 01:58 PM
miskintegar posted on 27-10-2014 01:16 PM
mcm ada satu cite jepun ni apa ke nama.......x ingat

sinking of japan? hazabedah gilos cerita tu.
Quote miskintegar 27-10-2014 01:59 PM
edee_91 posted on 27-10-2014 01:58 PM
sinking of japan? hazabedah gilos cerita tu.

yeaaa....betul......satu kacang
Quote edee_91 27-10-2014 02:00 PM
selayaknyalah.        
Quote edee_91 27-10-2014 02:01 PM
miskintegar posted on 27-10-2014 01:59 PM
yeaaa....betul......satu kacang

part hazabedah tu pun betul gak kan?
Quote miskintegar 27-10-2014 02:02 PM
edee_91 posted on 27-10-2014 02:01 PM
part hazabedah tu pun betul gak kan?

part yg tu yg dpt kacang tu
Quote miskintegar 27-10-2014 02:03 PM
robertocarbos posted on 27-10-2014 01:29 PM
sebab lava yang membunuh tu turut memberi rezeki,
dekat solo tu, taukey dkt malaysia siap g sane  ...

ni adik beradik lava CI la ni......kerja nya melahar
Quote abil_tetra 27-10-2014 02:03 PM
sepupu aku selamba je...lg suka dok sana terus
katanyer klu gegar2 duduk jela..bkn bole buat apa
tahan kepala dgn buku ke apa kot2 benda timpa
Quote edee_91 27-10-2014 02:04 PM
miskintegar posted on 27-10-2014 02:02 PM
part yg tu yg dpt kacang tu

                 
Quote eksotik 27-10-2014 02:06 PM
alaa semua manusia akan mati. ingat jepun jer ke akan musnah. malaysia pun. dan seluruh dunia mcm tu gak kalau kiamat akan tiba. apa kita boleh buat. tunggu masa jer..
Quote FanTasyCreaTioN 27-10-2014 02:07 PM
namirulmukminin posted on 27-10-2014 01:53 PM
Apa lagi awek2 cun jepun semua??? Mai berhijrah ke Malaysia ni kalu taknak pupus..... akan ku perist ...

hahahahahampes abang Mirul
punya la siyes kita bacer satu .. saatu .. komen
ekekeke ades
sakit perut kita

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.159488 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top