Gambar hiasan ANGKASA dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa artikel berbahasa Inggeris yang tersebar luas di laman sosial itu memetik Presiden Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA), Charles Bolden sebagai sumber, namun tiada sebarang berita mengenainya disiarkan di laman web agensi berkenaan. ANGKASA turut menyatakan sumber-sumber lain yang dipetik dalam artikel terbabit juga tidak dapat dipastikan kesahihannya malah menyifatkan wujud unsur penipuan menerusi penulisan berkenaan. Menurut ANGKASA, khabar angin yang disebar menerusi artikel itu mendakwa kejadian bumi akan bergelap adalah disebabkan ribut suria yang dihasilkan oleh matahari pada ketiga-tiga tarikh tersebut. "Untuk makluman, ribut suria dari matahari tidak menyebabkan kejadian siang atau malam, jauh sekali menyebabkan bumi bergelap malah bumi akan dilindungi oleh medan magnet (magnetosphere) yang menyebabkan kesan sebarang ribut suria dilencongkan (deflected) dan menjadi lemah sebelum sampai ke bumi. "Apabila baki ribut ini memasuki atmosfera bumi, ia akan ternyahcas sebagai Aurora di hemisfera utara dan selatan," jelas ANGKASA. ANGKASA turut menyatakan artikel berkenaan telah mula tersebar sejak 2012 dengan ramalan bahawa kiamat akan berlaku pada tahun tersebut.
|
Badut.Sarkas posted on 28-10-2014 08:27 AM
Tapi dah ramai ummah share mende ni kat fb, jadi mesti la betul. Ummah selalunya betul.
cmf_kunyit posted on 28-10-2014 09:38 AM
salim kerja di jabatan meteorologi ka?
salim dpt wasap kata ribut akan berlaku di kuala lumpur
...
salimrock posted on 27-10-2014 07:44 PM
wa keja nelayan...susah nak tangkap ikan musim2 hujan ni, merbahaya kepada bot2 kecil...
kena b ...
ADVERTISEMENT