Anak Mohon Sijil Kematian Sosilawati
Erwan Suwari Rizuwan Buhari, 28; Md Erwan Nasri, 27; Erni Erinawati Sofea, 25; Erni Rineelawati, 24, dan Siti Nur Fatimah, 17, memfailkan permohonan itu pada 24 September lalu melalui Tetuan Basharuddin Fa'izie Iskandar. Di dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendaftar Diyana Md Razali menetapkan 25 November ini untuk pendengaran semakan kehakiman di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad. Kelima-lima mereka memohon perintah bagi membatalkan keputusan JPN bertarikh 25 Julai 2014 untuk tidak mengeluarkan sijil kematian Sosilawati. Mereka juga memohon suatu perintah supaya JPN mengeluarkan sijil kematian Sosilawati dalam masa 14 hari. Berdasarkan afidavit sokongan, Erwan Suwari Rizuwan mendakwa pihak JPN memberi alasan secara lisan bahawa sijil kematian tidak boleh dikeluarkan berikutan tiada mayat dijumpai dan individu itu akan dianggap hilang. Sekiranya tiada mayat dijumpai, seksyen 108 Akta Keterangan 1950 adalah terpakai di mana hanya selepas tujuh tahun surat anggapan kematian akan dikeluarkan. Menurut Erwan Suwari Rizuwan, terdapat keadaan khas bagi kes ibunya iaitu mahkamah masih boleh sahkan kematian berdasarkan keterangan dan bukti yang diberikan. Oleh itu dia memohon perintah deklarasi untuk mengesahkan kematian dan mengeluarkan sijil kematian Sosilawati. JPN dalam surat bertarikh 25 Julai 2014 memaklumkan bahawa pendaftaran kematian Sosilawati hanya boleh dipertimbangkan selepas rayuan kes pembunuhan wanita itu diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Pada 23 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya selepas didapati bersalah membunuh Sosilawati dan tiga individu lain empat tahun lalu. Pathmanabhan, pekerja ladang T Thilaiyalagan, R Matan dan R Khatavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44. Mereka didakwa membunuh semua mangsa di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara jam 8.30 malam dan 9.44 malam 30 Ogos 2010. ANAK sulung Sosilawati Erni Dekritawati Yuliana Buhari (kiri) bersama Erni Erinawati (tengah) berbincang dengan peguamnya Kamarudin Ahmad ketika perbicaraan kes bunuh Sosilawati dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2011.
|
8
Bagus |
8
Marah |
8
Terkejut |
8
Sedih |
13
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Pada 23 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya selepas didapati bersalah membunuh Sosilawati dan tiga individu lain empat tahun lalu.
FanTasyCreaTioN posted on 21-10-2014 07:25 AM
baru tau ..
walaupun dah jatuh hukum..
pun masih xleh keluar sijil kematian..
fifie_olin posted on 21-10-2014 03:11 PM
dh mati kne gantung ke paria tu
tentera_laut posted on 21-10-2014 07:30 AM
mata bengkak sebab sedey menangis..
sedey la nak amek sijil kematian ibu..
Modngengade posted on 21-10-2014 01:29 PM
tgh tunggu rayuan dikk....selayaknyalah paria2 tersebut digantung....
fifie_olin posted on 21-10-2014 03:35 PM
nape mesti nk rayuan bagai.....sah2 depa yg bunuh kan,...beraya dlm pintu besi lg la nmpknya
fifie_olin posted on 21-10-2014 03:35 PM
nape mesti nk rayuan bagai.....sah2 depa yg bunuh kan,...beraya dlm pintu besi lg la nmpknya
ADVERTISEMENT