CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teh O cuma 50 sen

27-10-2014 12:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5317| Komen: 29

Teh O cuma 50 sen



PORT DICKSON - Ketika segelintir orang ramai mengeluh dengan kenaikan harga barang, sebuah kedai makan terletak berhampiran dengan Masjid Khariah Bagan Pinang mengambil iniasitif segelas teh  O dengan harga 50 sen.

Kedai diusahakan Rohaizat Abd Khalid, 34, bersama isterinya, Yusmarina Mokhtar, 32, baru saja seminggu beroperasi.

Menurut Rohaizat, idea meletakkan harga 50 sen bagi secawan teh O datang secara spontan.

"Ini bukannya bermusim atau sekadar untuk promosi sempena pembukaan kedai ini, sebaliknya harga ini adalah untuk selama-lamanya.

“Malah, kedai teh O 50 sen diangkat sebagai nama kedai ini yang setakat ini beroperasi dengan menyediakan hidangan sarapan pagi dan makan tengah hari dengan harga berpatutan.

“Saya juga berhasrat untuk memanjangkan waktu operasi kedai ini hingga waktu malam dan mempelbagaikan lagi hidangan menu makanan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rohaizat berkata, ada sesetengah pelanggannya tidak percaya harga secawan teh O yang dikenakan.

“Ada pelanggan tetap membayar RM1.20 dan terpaksa saya kejar hingga ke kereta mereka untuk memulangkan baki duitnya.

“Malah, ada segelintir pelanggan terperanjat dengan harga itu dan memberitahu ia terlalu murah dengan harga barang yang semakin mahal hari ini.  Tapi ada juga yang menasihatkan saya menaikkan sedikit harganya,” katanya.

Rohaizat berkata, walaupun teh O di kedainya jauh lebih murah berbanding kedai lain, namun kualiti serta rasa masih sama.

“Menjual 50 sen untuk secawan teh O, ia tidak akan jejaskan perniagaan, malah kami juga sebenarnya berniat untuk berniaga sambil bersedekah,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingTomey 23-10-2014 05:20 PM
aku bengang sungguh dengan kedai naik rege teh o...sebab gula mahal...aku rasa teh tu makin takdak gula adalah....naik rege sebab gula mahal..gula makin takdak dalam air....

pundek
Quote dragger 23-10-2014 05:21 PM
kucingTomey posted on 23-10-2014 05:20 PM
aku bengang sungguh dengan kedai naik rege teh o...sebab gula mahal...aku rasa teh tu makin takdak g ...

marah betei!



Quote kucingTomey 23-10-2014 05:26 PM
dragger posted on 23-10-2014 05:21 PM
marah betei!

marohla...bukan nok bekire samah ke 50 ya ke ...doh tu barang jua maha..kenela air nye sedap...ni serupe minung sekajuh wat bende.....

Last edited by kucingTomey on 23-10-2014 05:27 PM

Quote encikWawad 23-10-2014 05:31 PM
ada gak dulu near opis i - air murah teh singgit jahh apa air pun singgit je
tapi harga makanan lain ya hampoonn
nasi lemak separuh bogel rm 2 - jatuh bangun sama je reganyaaa
dek air murah nya hal - kena bayar makanan mahal
Quote highcastle 23-10-2014 05:33 PM
encikWawad posted on 23-10-2014 05:31 PM
ada gak dulu near opis i - air murah teh singgit jahh apa air pun singgit je
tapi harga makanan lai ...

Dia belajo dari AirAsia tu..............
Quote encikWawad 23-10-2014 05:35 PM
highcastle posted on 23-10-2014 05:33 PM
Dia belajo dari AirAsia tu..............

khenn manipulasi regaa - yang air free pun ada - tapi nasi kosong rm 1.50 - hidden cost ala air asiahhh gittew

Quote dragger 23-10-2014 05:35 PM
kucingTomey posted on 23-10-2014 05:26 PM
marohla...bukan nok bekire samah ke 50 ya ke ...doh tu barang jua maha..kenela air nye sedap...ni  ...

aok kena sabar..
Quote vespa_oren 23-10-2014 06:14 PM
Tempat aku skrg semua air atas rm2, biarpun teh O
Quote Eric.n9 23-10-2014 06:19 PM
vespa_oren posted on 23-10-2014 06:14 PM
Tempat aku skrg semua air atas rm2, biarpun teh O

kat aner tu? teh o pung atas rm2?
Quote melinda_kerr 23-10-2014 06:21 PM
Hmm setakat teh o buat kat rumah ajelah.laki ni kalau Bini buat air Kat rumah jrg nk minum kalau kat luar bergelas2 pun sanggup
Quote jazaa 23-10-2014 06:40 PM
Klu aku bukak restoran pun...aku akn jual teh o...sirap...50 sen....

Teh o ais-70 sen..


Gula sesudu je...teh pun sikit je...buat pe lah jual sampai rm2.

Quote kucingTomey 23-10-2014 06:50 PM
melinda_kerr posted on 23-10-2014 06:21 PM
Hmm setakat teh o buat kat rumah ajelah.laki ni kalau Bini buat air Kat rumah jrg nk minum kalau kat ...

masalahnye wa ada bini ke?
Quote vespa_oren 23-10-2014 06:51 PM
Eric.n9 posted on 23-10-2014 06:19 PM
kat aner tu? teh o pung atas rm2?

Kt suatu daerah di sabah
Quote Eric.n9 23-10-2014 06:53 PM
vespa_oren posted on 23-10-2014 06:51 PM
Kt suatu daerah di sabah

lolz, aku ingatkan kat malaya tadi.
Coz klu kat sini, teh 'O' rega 1.80 pun boleh bertekak
Quote ice_sky92 23-10-2014 07:02 PM
Untunglah orang PD.
Quote Modngengade 23-10-2014 07:03 PM
Besor mana gelas teh o tu....ke ala2 cenonit jah..selayaknyalah 50 sen
Quote melinda_kerr 23-10-2014 07:22 PM
kucingTomey posted on 23-10-2014 06:50 PM
masalahnye wa ada bini ke?

Senang jer uols.. 3 in 1 byk. Hehe.
Quote Fantaghiro 23-10-2014 07:38 PM
Ada 1 kedai kat langkawi teh/sirap O/limau pree jah dah lebih 10thn xpenah dia caj pun..Amek LA 10gelas pun xde hal!nasik+lauk pun xde la mahal mana..
Quote edee_91 23-10-2014 07:38 PM
encikWawad posted on 23-10-2014 05:35 PM
khenn manipulasi regaa - yang air free pun ada - tapi nasi kosong rm 1.50 - hidden cost ala air as ...

tak normalkah nasi kosong 1.50? korang duduk celah bedah mana ni? aku nak pindah kat situ gak lah.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.163998 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top