CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tiada Subsidi - Ron95 Mengikut Harga Pasaran

27-10-2014 11:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10029| Komen: 77

GOLONGAN PENDAPATAN TINGGI BAYAR RON95 IKUT HARGA PASARAN MULAI JUN 2015



BANGI, 23 Okt (Bernama) -- Harga jualan petrol RON95 bagigolongan berpendapatan tinggi adalah mengikut harga pasaran mulai Jun tahunhadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

"Mereka akan membayar harga RON95 mengikut harga pasaran. Misalnya kalauharganya RM2.58 sen seperti sekarang, maka RM2.58 sen lah. Mungkin bila hargaminyak dunia turun, maka turunlah. Kalau naik terpaksalah (bayar lebih tinggi)," katanya.

Ahmad berkata golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula akan terusmenikmati RON95 pada harga subsidi.
"Sistem ini lebih adil sebab hanya golongan yang layak sahaja akanmenerima subsidi," katanya dalam sidang media selepas menyampaikantaklimat berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) untuk pegawai kananKementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta agensi-agensi dibawahnya disini hari ini.


Mekanisme subsidi bersasar yang akan dilaksanakan pada Jun2015 akan memberi faedah kepada isi rumah berpendapatan bawah RM4,000 sebulan,kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Hampir sah bahawa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),yang pendapatan isi rumah mereka sebegitu, boleh menerima subsidi. Sementara itu, golongan kelas pertengahan pula akan diberikan sebahagian subsidi manakalagolongan berpendapatan tinggi akan membayar harga petrol RON95 berdasar hargapasaran.

Harga RON95 ketika ini ialah RM2.30 seliter. Ahmad berkata mekanisme dan kaedah pelaksanaannya sedang diperhalusi Kementerian Kewangan dan KementerianPerdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sama ada menggunakan MyKadatau kad-kad lain.

Menurutnya sistem yang sama akan turut dilaksanakan kepada pengguna dieselmulai Januari tahun depan melalui menggunakan kad fleet. Dalam sidang mediayang sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd ShafieApdal berkata taklimat mengenai CBP itu amat penting supaya rakyat tidak mudahterpengaruh dengan perkara tidak benar yang disebarkan pihak
tidak bertanggungjawab.

Katanya penerangan kepada penduduk luar bandar juga akan diperhebatkan bukan sahaja menerusi taklimat ke seluruh negara oleh Kementerian Kewangan sendiri,malahan melibatkan agensi-agensi di bawah KKLW. Ia penting supaya kefahaman mengenai CBP itu dapat diperjelaskan hingga ke peringkat akar umbi, katabeliau.
3

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vandergooh 23-10-2014 04:56 PM
Sekarang harga minyak turun, ada ron97 turun tak...? Ron97 kan dah lama takder subsidi...
Quote rosasa 23-10-2014 04:57 PM
haizzzzzzzzzzz
Quote amyainsamad 23-10-2014 04:58 PM
YEAY.....
Quote bambimo 23-10-2014 04:58 PM
Huntung lah menteri ada kad minyak...naik turun ada subsidi ke tak diorg peduli apa....
Quote rammad25 23-10-2014 04:58 PM
sangat setuju.. laksanakan jugak untuk para menteri..
Quote lkick2113 23-10-2014 05:19 PM
rammad25 posted on 23-10-2014 04:58 PM
sangat setuju.. laksanakan jugak untuk para menteri..

menteri kereta rasmi...bukan dia keluar duit......tapi menteri bayar jugak cukai...

Quote kenarikelabu 23-10-2014 05:23 PM
Sokong je la dia....siann....kang nangis plak dia takde org sokong.
Quote mrseller 23-10-2014 05:34 PM
Konponm golongan rendah dan menengah buat MLM jual minyak dkt golongan kaya...lagi ramai downline lagi murah dapatttttt....
Quote chaintea 23-10-2014 05:40 PM
Yeay....happynya aii
Quote zach2008 23-10-2014 06:02 PM
Kena bagi pelepasan cukai yg tinggi jugak la. Lps ni GST dah jd sumber revenue negara. Tak perlu la income tax

Sekarang PR cuma kata bagi subsidi 10 sen pun dah boleh menang
Quote Eric.n9 23-10-2014 06:04 PM
mrseller posted on 23-10-2014 05:34 PM
Konponm golongan rendah dan menengah buat MLM jual minyak dkt golongan kaya...lagi ramai downline la ...

Heheh jom kita rangka plan untuk projek ni.
Mcm menarik munyinyer

Quote cemolot 23-10-2014 06:05 PM
dia datang lagi!! *suara ala2 iklan TORA*


Quote mrseller 23-10-2014 07:59 PM
Eric.n9 posted on 23-10-2014 06:04 PM
Heheh jom kita rangka plan untuk projek ni.
Mcm menarik munyinyer

Lu  kapitalis hahahaha
Quote Al-Patih 23-10-2014 08:01 PM
cemolot posted on 23-10-2014 06:05 PM
dia datang lagi!! *suara ala2 iklan TORA*


Quote ekod79 23-10-2014 08:04 PM
sape yg layak membeli minyak? pakai ic anak boleh x? mcm2 cara nanti org nak manipulasi utk beli minyak murah...silap2 kes mykad hilang akan naik nanti....tunggu dan lihatla wahai pak menteri
Quote encikWawad 23-10-2014 08:05 PM
esok pada mykad akan di cetak
wargenegara islam ke tidak dan MISKIN dan KAYA
gamaknyaa
Quote zainmahmud 23-10-2014 08:05 PM
boleh suruh gang2 yg berpendapatan rendah n sederhana utk tolong isikan minyak tak?
Quote cmf_acura 23-10-2014 08:12 PM
jahanam malaysia....dikerjakan oleh umno
Quote cmf_acura 23-10-2014 08:20 PM
gaji 2000....ada kebun sawit 10 ekar...rumah..4 biji...ni kira pendapatan rendah ker...cam mana...brim layak....subsidi pun boleh

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.066571 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top