CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Antara "Program" Lain Yg Dianjurkan Penganjur 'I Want To Touch A Dog'

27-10-2014 11:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14781| Komen: 122

Rupa-rupanya banyak lagi "program" lain yang dianjurkan oleh penganjur 'I Want To Touch A Dog'...




Terkejut!, Syed Azmi anjur banyak aktiviti lain! selain dari pegang anjing

Saya terbaca paparan di FB berkenaan penganjur kempen Jom Pegang Anjing, Syed Azmi. Beliau merupakan seorang aktivis kemasyarakatan yang muda dan banyak melakukan berbagai aktiviti kemasyarakatan.

Mungkin ramai orang yang kecam Syed Azmi dengan berbagai kata-kata kesat, tapi mungkin juga dalam ramai-ramai yang kecam itu, hanya giat mengecam orang saja tanpa ada apa-apa aktiviti lain.



Bukan bermaksud nak bela sesiapa kat sini, cuma nak peringatkan diri agar berfikir terlebih dahulu sebelum memberikan komen dan cemuhan. Nak tegurpun biarlah berpada. Jangan kita jadi kaum yang suka berlebih-lebihan dan mencemuh menegur atau membalas.

Baca posting daripada Aminuddin Ab Kadir di bawah. Beliau berkongsikan maklumat apa yang dia tahu berkenaan Syed Azmi.

Syed Azmi anjur banyak aktiviti
"I Want To Touch A Heart"

Kepada Yang Berkenaan,

Saya menulis posting ini bukan untuk menyokong atau menentang sesiapa atau apa apa saja. Tetapi saya mewakili diri saya untuk memberi sumbangan pemikiran kepada masyarakat. Ianya adalah berkenaan dengan penganjuran acara “I Want To Touch A Dog”.

Penganjurnya, Syed Azmi yang juga saya kenali secara peribadi, bukan baru dalam kerja-kerja berbentuk “community service”. Beliau sangat terkehadapan dlm kerja-kerja sebegini dan telah melakukan banyak acara-acara yang memberi pelbagai manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat.





Seorang yang peka dan kreatif dalam isu-isu sosial. Disini saya ingin paparkan sebahagian kerja-kerja “community service” beliau selama ini untuk tatapan anda.

Apa tujuan saya? anda tanyalah diri anda sendiri. Saya ingin tampilkan corak pemikiran kita semua yang memang gemar dgn isu-isu sensasi (lebih2 lagi kononnya menyangkut dgn elemen agama) daripada isu-isu kemasyarakatan yang tidak glamer dan terpencil.





Di bawah ini adalah di antara sebahagian acara-acara “community service” yang pernah beliau sertai bersama rakan-rakan beliau selama ini.

    1. Free Market (Pembahagian barangan secara percuma kepada golongan kurang mampu dan kurang bernasib baik)
    2. Street Solat bersama warga miskin kota (gelandangan)
    3. Sumbangan barangan / makanan kepada golongan warga miskin kota (gelandangan)
    4. Ramadhan Box
    5. Kursus Pengurusan Jenazah
    6. Kursus Penyembelihan Ayam
    7. Sukan Rakyat
    8. Lawatan Ke rumah Orang tua-tua (membantu kerja membersih dan memberi makan)
    9. Kutipan Pakaian Untuk Syria
    10. Kutipan makanan untuk mangsa banjir Kuantan
    11. Food for Sahur untuk penjaga pesakit di hospital
    12. Kutipan Alat tulis untuk sekolah anak orang asli di Cameron Highland
    13. Suspended Meal (Free meal for the poor)
    14. Kempen Zebra Crossing
    15. Picnic in The Park for kanak-kanak yang menghidap kanser
    16. Project Make It Right (Give Up your seats to the pregnant ladies in commuter)

Ini adalah sebahagian drp kerja amal beliau sebelum ini. Tetapi hanya satu program “memegang anjing” yang bukanlah isu besar pun, beliau telah diserang dari pelbagai arah.



enapa ini harus terjadi? Ini berkait dengan kefahaman bagaimana masyarakat menilai kebaikan dan falsafah perhubungan di antara makhluk. Saya percaya dengan niat tulus dan “track record” Syed Azmi, tujuan penganjuran acara ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bersifat “community service” atau perkhidmatan masyarakat.

Bukankah ini suatu yang dituntut dalam semua peradaban manusia yang menjunjung nilai-nilai baik?

Kenapa sekian banyak perkhidmatan baik yang telah beliau lakukan tidak diambil sebagai suatu mercu tanda bahawa beliau telah membuktikan bahawa beliau ialah seorang pencinta kemanusiaan yang tulus dalam membantu sesama manusia.

Kenapa tiba-tiba wujud suara-suara yang tidak pernah mengenali beliau ingin melontarkan tuduhan-tuduhan berbentuk prejudis yang meloyakan. Ini bukan suatu piawaian yang mahu kita kekalkan dalam masyarakat.

Jadi, saya berharap agar kita semua lebih matang dalam menilai seseorang atau sesuatu isu. Prejudis tidak membawa anda kemana mana. Kematangan akan melengkapkan kitaran hidup yang lebih bermakna.

Apa pendapat anda ?
Setelah membaca perkongsian di atas, apa agaknya pendapat anda terhadap Syed Azmi? apakah anda bersetuju bahawa masyarakat (sebahagian) telah bertindak keterlaluan dalam mengkritik anak muda itu.

Atau anda bersetuju bahawa walau apapun sumbangan Syed Azmi sebelum ini, walau apapun aktivitinya sebelum ini, dia mesti di kecam kerana telah merosakkan lebih dari 1,000 umat Islam yang pergi pegang anjing dalam program anjurannya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabbath_shalom 24-10-2014 09:12 PM
Melayu..suka menghukum tanpa periksa..Melayu x pernah belajar dr sejarah..

Allah maha kuasa..tunggulah balasan wahai umat Melayu.
Quote tekoyong 24-10-2014 09:13 PM
keyboard warrior cuma layan 3GP ummah bertudung je, sambil bukak tab lain bukak forum cari dan fesbuk kopipes ayat al quran kononnya nak tarbiyah orang lain untuk tunjuk alim
Quote sabbath_shalom 24-10-2014 09:13 PM
Ustaz2 yg dok bagi ceramah haram sana haram sini xpernah pon nak buat kempen2 cam Syed Azmi buat...sebuk ceramah haram sana haram sini sebab tu x maju...ummat Islam makin jumud dan taksub dengan imam-imam.

Quote addamnor 24-10-2014 09:17 PM
Kita hencap program beliau yang tersasar dari matlamat asal, program lain yang memberi manfaat kepada masyarakat kita sanjung. Harap jelas. Saya tidak gemar perbuatan menghencap beliau secara total kerana beliau memiliki kebaikan2 yang lain yang tidak orang ketahui. Semoga syed azmi terus membantu masyarakat dengan program2 amal. Anggap shj lah peristiwa i want to touch dog itu sbg small errors in the success
Quote MissNigga 24-10-2014 09:30 PM
Biasalah....
Bangsa Melayu ni cuma nampak kesilapan orang jer...  yg kebaikan tu tak ambik pedulik pun
Quote Badut.Sarkas 24-10-2014 09:35 PM
Makin respek lak aku kat penganjur ni.. terasa malu sebab aku xde sumbangan langsung untuk masyarakat. Semoga Allah panjangkan umur beliau dan jauhi beliau dari fitnah.
Quote ejans 24-10-2014 09:52 PM
I want to touch a cockroach lol:lol
Quote Orix 24-10-2014 09:55 PM
addamnor posted on 24-10-2014 09:17 PM
Kita hencap program beliau yang tersasar dari matlamat asal, program lain yang memberi manfaat kepad ...

well said.
Quote ChildrenOfBodom 24-10-2014 09:59 PM
The good that men do is oft interred with their bones,

The evil that men do lives on!!
Quote dauswq 24-10-2014 10:05 PM
yg tak leh bla..

smpi fitnah dia kristian berdasarkan surat layang dr somebody..

nauzubillah..

tak sama pendapat, bkn bermakna kita boleh label org tu kafir...
Quote fazamania 25-10-2014 04:18 AM
buat 99 kebaikan pun kalau ada 1 kejahatan , pastinya 1 kejahatan juga yg akan dihencap ummah.

dah kau bodoh pergi buat kempen nak pegang anjing tu kenapa ?
Quote kucingTomey 25-10-2014 04:38 AM
Bertaubat dan mengucap balik la bang...sesungguhnya melayu itu benar...syurga itu dihuni melayu......klah..nk gi jumpa gf jap kat tc...rindu ngan die...nk tium pp dia...

K ..salam
Quote obelisk 25-10-2014 08:10 AM
addamnor posted on 24-10-2014 09:17 PM
Kita hencap program beliau yang tersasar dari matlamat asal, program lain yang memberi manfaat kepad ...

it was not an error but an effort to educate muslims, but people and the higher up religious authority errorneously judge them based solely on sentiment not ilmu...

Quote tekoyong 25-10-2014 08:13 AM
fazamania posted on 25-10-2014 04:18 AM
buat 99 kebaikan pun kalau ada 1 kejahatan , pastinya 1 kejahatan juga yg akan dihencap ummah.

da ...

program pegang anjing tu bukannya kejahatan pon

cuma persepsi ummah melayu yang ignorant je

Quote magnus 25-10-2014 08:16 AM
obelisk posted on 25-10-2014 08:10 AM
it was not an error but an effort to educate muslims, but people and the higher up religious autho ...

Bagusla nak educate..skrg org ramai pula mengeducate dia...terima je lah...niat dia yg baik tu kalau betul tetap ada ganjaran di sisi Allah...tp kalau setakat nak mencapub ..sendiri mau ingatla..suruh dia bertabah ok...semoga terus berkebajikan...
Quote R2D2 25-10-2014 08:16 AM
Individu terlibat program dinasihat jumpa ulama


KUALA TERENGGANU - Individu yang terlibat dengan program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' dinasihatkan berjumpa dengan mufti, ulama atau agamawan yang berwibawa bagi mendapatkan nasihat yang sempurna.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi memastikan mereka tidak keliru dan mengambil pandangan secara kolektif dan membuat kesimpulan mengikut selera sendiri.

“Isu ini lebih (menjurus) kepada salah faham dari segi kebenaran yang diberikan. Saya melihat amat tidak wajar bagi umat Islam di Malaysia, khususnya yang bermazhab Syafie cuba hendak membudayakan satu acara seperti sentuhan anjing dan sebagainya.

“Apabila berlaku keadaan seperti ini, apa yang kita belajar bab samak dan sebagainya, jadi tidak ada apa (tiada makna). Sepatutnya apabila taklik dengan mana-mana mazhab pun, mesti memahami dengan sebenar dan seluruhnya, jangan hanya juz’i sahaja,” katanya ketika
ditemui pemberita selepas Multaqa’ Ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang diadakan di TH Hotel & Convention Centre di sini.

Jelas beliau, khilaf mazhab berlaku sejak dahulu lagi. Bagaimanapun memandangkan umat Islam negara ini berpegang kepada mazhab Syafie, mereka perlu lihat pada sentimen.

“Kalau kita tengok bahasa yang menggambarkan anjing ini juga, membawa satu gambaran yang kurang enak seperti melepaskan anjing tersepit, anjing kurap dan sebagainya. Banyak lagi haiwan lain seperti kucing, kuda, ayam yang boleh kita guna (sentuh).

“Umat Islam khususnya yang tiada sebarang sebab syarie dinasihatkan supaya menjarakkan (diri dengan anjing), melainkan atas dasar pengawasan seperti polis dan penternakan yang banyak serta perburuan. Ini nas, tidak apa,” katanya.

Bagi mengelakkan kejadian sama berlaku, beliau berkata, pihaknya akan lebih cakna dengan setiap penganjuran program yang akan diadakan.
Quote batmana 25-10-2014 08:19 AM
hencap la MAIS, mais la yg luluskn program ni
yg kamu hencap si syed ni wat pe? dh dia mmg bodo..

Quote robertocarbos 25-10-2014 08:21 AM
Aku pun banyak jugak buat community service, bawak family tiap weekend g umah orang tua, anak2 yatim,
tapi xde la plak smpi nak buat kempen jom sentuh anjing ramai2,
macam xde pegangan Islam, smpi orang Brunei kecam, xmalu ke ape?
Quote famri7 25-10-2014 08:22 AM
Bangga saya tgk anak muda yang terpelihara drpd virus meleis...respek abis.tapi apakan daya majority meleis kelabu mata tgk anjeng.time solat jummah smalam imam ttmpt aku siap nangis kerna terhina dgn program nih..katanya xsanggup lg tgk isele dihina..saya senyum sinis jah di saf depan.

Selama saya hidup ..saya boleh conclude yang ummah alim2 suchi holy,majority sgnt fail dlm aspek social service and charity...

.contoh jiran saya anak smua 8orng jd imam masjid,tapi buat sampah sarap abis satu kampung...tuh xmasuk suka horn kereta membabi buta..katanya ugama meleis xmenggalakkkan kita beramal jariah...ibadat hanya untuk diri..masuk shorga sorang kekdahnya. Last edited by famri7 on 25-10-2014 08:25 AM

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.048150 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top