Mariah Carey Tayang Punggong
Bintang barat itu dikatakan menarik perhatian penonton membuat beberapa ‘pose’ atau aksi nakal yang mendedahkan punggungnya kepada peminat. Dengan hanya mengenakan jaket hitam pendek paras punggung, aksi-aksinya dikatakan menggamatkan lagi kehangatan konsert yang berlangsung di Dataran Merdeka malam semalam. Setiap kali bintang ini membuat aksi tersebut, stadium dikatakan gegak gempita dengan sorakan peminatnya. Konsert Carey dilapor bermula pada jam 9.15 malam semalam. Bagi membuka tirai persembahan, Carey memilih untuk mendendangkan singlenya yang bertajuk ‘'Fantasy', 'Touch My Body' dan 'Shake It Off'. Namun kehangatan konsert terhenti dan bertukar suasana panik akibat kebakaran kecil di pentas stadium. Menurut sumber, kebakaran tersebut terjadi ekoran percikan bunga api yang menyambar bahagian bawah tirai yang melatari pentas. Kebakaran tersebut disedari oleh kru dan segera dipadamkan sebelum keadaan menjadi tidak terkawal. Menurut laporan, insiden tersebut berlaku sebaik Mariah Carey menamatkan alunan single ‘Hero’. "Oh, ada kebakaran rupanya di situ? (sambil menunjukkan ke arah tirai yang terbakar itu)". "Ini berereti konsert saya pada malam ini bukan saja diterangi cahaya gemerlapan (spotlight, percikan bunga api), hujan tapi... juga ada kebakaran. Tak mengapa..., apa pun yang berlaku persembahan harus diteruskan juga", katanya dengan tenang.
|
ADVERTISEMENT