CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'I Want To Touch Al-Quran' Di Kedah

27-10-2014 10:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6104| Komen: 35

'I Want To Touch Al-Quran' Di Kedah


SUNGAI PETANI – Di sebalik kontroversi program I want to touch a dog, Gagasan Sukarelawan Anak Muda Islam Malaysia (Lawan) mengambil inisiatif menganjurkan I want to touch al-Quran di Taman Jubli Perak petang kelmarin.

Penasihatnya, Mohd Amin Ismail berkata, walaupun ia dijalankan secara spontan, sambutan itu diterima baik apabila menerima kunjungan antara 80 dan 100 orang dalam tempoh sejam.

Menurutnya, pendekatan menggunakan sukarelawan yang mendekati kelompok kecil pengunjung taman rekreasi itu berhasil apabila mereka sudi meluangkan masa mengikuti acara dakwah itu.

“Kita bahagikan sukarelawan kepada beberapa kumpulan yang kemudian mendekati pengunjung untuk sama-sama mendengar kelebihan al-Quran, sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW dan bala bencana diturunkan ALLAH SWT,” katanya.

Tidak dinafikan, katanya, ada sebilangan kecil yang menolak untuk bersama, tetapi pihaknya tidak melakukan paksaan sebaliknya memberi kesedaran agar golongan itu dibuka hati untuk terus mendekati ajaran Islam sebenar.

“Ada sesetengah respons mendakwa kami kolot apabila membawa al-Quran ke taman rekreasi.

"Tetapi, itulah sebahagian daripada cabaran kecil yang perlu ditempuhi dalam usaha berdakwah,” katanya.

Mohd Amin berkata, seramai 20 sukarelawan terlibat terdiri daripada tenaga pengajar dan juga mahasiswa.

Pada masa sama, katanya, remaja belasan tahun juga turut serta menjadi sebahagian sukarelawan bertujuan menyebarkan dakwah bukan sahaja kepada orang Islam tetapi bukan Islam yang turut mendengar.

Katanya, edisi kedua I want to touch al-Quran akan dijalankan di Muzium Padi Gunung Keriang 25 Oktober ini sempena karnival yang bakal berlangsung dan program itu juga akan diperluaskan di beberapa kawasan lain.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote truly 24-10-2014 10:52 PM
Bukan kena amik ayaq semayang dulu ke sebelum touch?

Apa pun, bodoh la orang Malaysia ni.
Quote sabbath_shalom 24-10-2014 10:52 PM
Meleis suka amik populariti isu2 yg viral.

X kreatif langsung...menunjukkan ramai yg xmo touch Al-Quran..sbb tu kena tumpang populariti kempen yg sukses mcm yg Syed Azmi buat.
Quote dess402 24-10-2014 10:53 PM


kira2 macam makin ramai

la tak mengenal Quran ni .

-  elok laa .




Quote zorrro_03 24-10-2014 11:00 PM
truly posted on 24-10-2014 10:52 PM
Bukan kena amik ayaq semayang dulu ke sebelum touch?

Apa pun, bodoh la orang Malaysia ni.

Ye laa.  Hang sentuh anjing babi tu lah yg terlajak cerdiknya.  Dah kapir, ajak org islam pegang anjing.   Hina betul perangai puak2 hang nih.   
Quote truly 24-10-2014 11:04 PM
zorrro_03 posted on 24-10-2014 11:00 PM
Ye laa.  Hang sentuh anjing babi tu lah yg terlajak cerdiknya.  Dah kapir, ajak org islam pegang a ...

Maybe anjing tu lagi bersih dari orang islam.......at least hati anjing tak busuk. sangat iklas.
Quote ekmal_sorrow 24-10-2014 11:04 PM
I told ya..... Warga cari ni ramai yg bodoh dr pandai, benda baik cam kempen al Quran pun korang bash, siap relate dgn kes kempen sentuh anjing.

Whats next? kejahilan mengatasi aqal hingga menyamakan anjing dgn quran??


"Stupidity of butthurt to the fullest"
Quote zorrro_03 24-10-2014 11:59 PM
truly posted on 24-10-2014 11:04 PM
Maybe anjing tu lagi bersih dari orang islam.......at least hati anjing tak busuk. sangat iklas.
...

Yg pastinya hati anjing mmg bersih berbanding dgn manusia kafir.  Sebab anjing tidak suka mempermainkan agama org lain spt mana manusia kapir sedang lakukan.
Quote Lula2 25-10-2014 12:12 AM
ekmal_sorrow posted on 24-10-2014 11:04 PM
I told ya..... Warga cari ni ramai yg bodoh dr pandai, benda baik cam kempen al Quran pun korang bas ...

Org x bash kempen ni..
Bagus lah aku pon follow je tarbiah sentap tu..
Tp..cubq ko fikir kalau xde program i want to touch dog tu ko rase diorg buat tak program i want to touch alquran??
Baguslah diorg ni termotivasi dr prog anjing itu..
Quote mbhcsf 25-10-2014 02:26 AM
bagusla...teruskan ...
Quote DTECCONAN 25-10-2014 03:31 AM
baca tajuk lepas tu terus komen, nak pegang alQuran kena ada wudhu'

bodoh sangat ler tak faham apakah tujuan sebenar program tersebut

last2 nampak sangat diri sendiri tu yg bodoh sebenarnya
Quote Al-Patih 25-10-2014 03:41 AM
truly posted on 24-10-2014 10:52 PM
Bukan kena amik ayaq semayang dulu ke sebelum touch?

Apa pun, bodoh la orang Malaysia ni.

wajib ke...harus..keno amik air solat...sebelum touch AlQuran
Quote Al-Patih 25-10-2014 03:50 AM
“Ada sesetengah respons mendakwa kami kolot apabila membawa al-Quran ke taman rekreasi.

memang le kolot...AlQuran disimpan kat rak buku..tak baco pooong...majalah..buku nobel...siang malam membaca...dah lah tu..tiap kali kutbah jumaat....hadis mosti diselit....bondo apoh ni...sepatutnya...ayat ayat AlQuran lah yang harus digunakan...100%..sampaikan Baginda dari dulu dah mengadu.....


Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".http://www3.pmo.gov.my/

makoh baca ...bukang "I want to touch AlQuran"
Quote Al-Patih 25-10-2014 04:25 AM
macang ni lah harus dibuek nya....

[Tempatan] 30,000 murid dah khatam al-Quran
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=836405
Quote Santeira 26-10-2014 10:09 AM
NGO gila glams mengambil kesempatan nak tunjuk hero di tgh2 kontroversi.

Quote Santeira 26-10-2014 10:15 AM
sabbath_shalom posted on 24-10-2014 10:52 PM
Meleis suka amik populariti isu2 yg viral.

X kreatif langsung...menunjukkan ramai yg xmo touch Al ...

yah, sebelum event syed azmi ada dorg nak buat event sebegini? tau inilah masa nak menyelit celah kontroversi supaya mendapat pengitirafan masyarakat. pfttt

so bagus lah event syed azmi dapat ditiru oleh NGO PPRT sebegini.


Quote NAT_11 26-10-2014 10:26 AM
ekmal_sorrow posted on 24-10-2014 11:04 PM
I told ya..... Warga cari ni ramai yg bodoh dr pandai, benda baik cam kempen al Quran pun korang bas ...

Tak payah nak bising-bising kat puak 'Anti' ni.
Kebanyakan mereka ni bini koksyen yang tinggal faraway.
Takda pilihan kalau laki nak bela anjing.
Kenalah pegang, cium, makan and tidor bersama anjing.
Kalau Quran, lain kesnya.
Tapi, aku tak setuju Quran dijadikan alat busuk macam ni.
Quran untuk dibaca, bukan cuma untuk dipegang................
Quote nolya 26-10-2014 11:34 AM
sabbath_shalom posted on 24-10-2014 10:52 PM
Meleis suka amik populariti isu2 yg viral.

X kreatif langsung...menunjukkan ramai yg xmo touch Al ...

Saya berpendapat begini SS.  Kempen 'I want to touch al-Quran' tak seharusnya kita definisikan dgn direct translation, sekadar 'menyentuh' shj.  Ada erti yg lebih tersirat dng kempen touching al-Quran, iaitu dgn berwuduk terlebih dahulu.  Bgaimana nak dianjurkan program mengambil wuduk or belajar mengambil wuduk, itulah yg harus kreatif.  Just my POV.
Quote mbhcsf 26-10-2014 11:43 AM
Bagus la i tengok depa buat terbuka....tak disasarkan pada hanya satu golongan...
Quote mbhcsf 26-10-2014 11:44 AM
Bagus sebab it is more relevant....dan tak salah pun.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.062421 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top