'Daif Sangat Tempat Tinggal Kami'.
Akibat kesempitan hidup tujuh sekeluarga terpaksa diami pondok usang Tempat tidur anak-anak hanya beralaskan cadar daripada bendera usang. Beginilah keadaan suatu sudut tempat menyimpan pakaian dan buku sekolah anak pasangan ini.
Ruang dapur yang digunakan Musliha untuk menyediakan makanan kepada anak-anaknya yang mungkin terdedah kepada kuman dan penyakit. DUNGUN - Akibat kemiskinan hidup, pasangan Musliha Kasim, 35 dan suami, Nazeri Mohamad, 40, terpaksa menjadikan sebuah pondok usang di perkampungan Rumah Murah Nibong Stesen, dekat sini, sebagai tempat mereka sekeluarga berteduh. Tinjauan Sinar Harian mendapati, rumah didiami sekeluarga ini begitu daif dengan keadaannya yang sempit beratapkan zink bocor, tandas tanpa air paip dan peralatan dapur daripada bahan terbuang. Walaupun ia sesuatu yang amat perit untuk dilalui, namun kemiskinan hidup serta kegagalan mendapat bantuan menyebabkan pasangan ini terpaksa menjadikan pondok buruk yang terletak di sudut belakang rumah seorang penduduk sebagai tempat berlindung buat mereka tujuh beranak termasuk anak bongsunya yang baru berusia 10 bulan. Musliha berkata, dia mula mendiami pondok usang itu selepas berkahwin dengan suaminya kira-kira 16 tahun lalu. Katanya, sejak mula melayari kehidupan berumah tangga, dia dan suami cuba mengubah kehidupan dengan melakukan pelbagai pekerjaan, namun dengan pendapatan suami sebagai buruh tidak sampai RM30 sehari menyebabkan mereka tidak mampu melakukan apa-apa. Wang yang diperoleh hanya cukup dibelanjakan untuk barang keperluan dapur, sehinggalah anak sulungnya kini sudah berusia 15 tahun. Menurut Musliha, sebagai isteri, dia pastinya inginkan kehidupan yang lebih selesa untuk anak-anak, namun kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu mengubah kehidupan sehingga dia akhirnya reda dengan situasi tersebut. “Suami saya tidak mempunyai pendapatan tetap, kadang-kadang ada kerja, kadang-kadang tiada langsung. Kalau dapat upah pun, hanya cukup untuk beli beras. Bila beras habis, kami sekeluarga terpaksa makan gandum untuk alas perut,” katanya. Anak terpaksa ikat perut ke sekolah Musliha berkata, lebih menyedihkan apabila tiba musim hujan, rumah pasti dimasuki air akibat zink bocor sehinggakan mereka tidak dapat tidur sepanjang malam. “Sebagai ibu, saya sedih melihat anak-anak saya sentiasa berhadapan situasi begini. Namun saya tak berdaya, tak mampu untuk memberikan kehidupan lebih baik,” katanya. Tambah menyayat hati apabila tiga anaknya Nur Aishah Aini, 11, Nursyazwani Najwa, 12, kedua-duanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pusat selain Nursyarunnisha, 15, yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun dikatakan hanya sekali-sekala membawa wang saku ke sekolah. Kata Musliha, dua daripada anaknya yang bersekolah itu berpeluang menikmati makanan berbayar di kantin sekolah sekiranya ada rakan sekelas mereka belanja makan, jika tidak akan pulang ke rumah dengan perut kosong selepas menikmati makanan melalui Rancangan Makanan Tambahan yang disediakan pihak sekolah hanya pada waktu pagi. “Jika ada kelas petang atau aktiviti kokurikulum, anak saya terpaksa ikat perut sehingga pulang semula ke rumah,” katanya. Berusaha ubah nasib keluarga Bagi Nazri pula, sebagai ketua keluarga, dia berusaha sedaya upaya untuk mengubah nasib keluarganya dan tidak mahu mereka terus hidup merempat dalam ruang yang amat sempit itu. Namun, pendapatan sebagai buruh kasar yang tidak menentu menjadi kesukaran buatnya untuk memberikan kehidupan selesa, apatah lagi menyediakan sebuah rumah yang lengkap dengan kemudahan. Menurut Nazri, jika ada pihak yang dapat membantu, dia hanya mengharapkan sebuah rumah yang selesa sedikit untuk ahli keluarganya berbanding pondok yang didiami sekarang. “Saya malu dengan masyarakat sekeliling kerana kehidupan saya masih daif biarpun sekarang sudah tidak ada lagi keluarga tinggal dalam rumah sedemikian,” katanya. Dia sudah beberapa kali memohon bantuan daripada pihak berkaitan, namun sehingga kini masalahnya masih dipandang sepi. Saya sudah tiga kali isi borang bantuan, tapi sampai sekarang masih belum dapat apa-apa. “Kalau tak dapat yang lain, mereka dapat baiki rumah saya pun tak apa, daif sangat tempat tinggal kami, tak layak panggil rumah,” katanya. |
8
Bagus |
5
Marah |
2
Terkejut |
1
Sedih |
5
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lavaUcanC posted on 27-10-2014 09:36 AM
bruk2 camni pun tetap malaikat sudi masuk rumah...
takmacam rumah si pembela anjing...malaikat pu ...
edee_91 posted on 27-10-2014 09:48 AM
laaa pasaipa malaikat masuk tak hulur sebarang dua ka tiga ka ampat ka kampit beras? ini perbuatan ...
lavaUcanC posted on 27-10-2014 09:36 AM
bruk2 camni pun tetap malaikat sudi masuk rumah...
takmacam rumah si pembela anjing...malaikat pu ...
leylapple posted on 27-10-2014 09:55 AM
ko lupa malaikat pun tak suka masuk rumah yang kotor
anjing tu najis = kotor..
lavaUcanC posted on 27-10-2014 09:52 AM
sebab malaikat nak ajar orang2 cam lu pahala menderma..
jgn nak hu ha sana sini tapi sedeqah se ...
leylapple posted on 27-10-2014 09:53 AM
aku paling tak suka;
1. miskin tapi anak2 ramai....berderet2 pulak tu...
ADVERTISEMENT