CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Jatuh Dari Tingkat Lima

27-10-2014 09:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4792| Komen: 6

Kanak-Kanak Jatuh Dari Tingkat Lima

Klang:  Tindakan berani seorang kanak-kanak cuba mengambil gelang getah di belebas koridor tingkat lima apartmennya membawa padah apabila dia tergelincir sebelum terjatuh ke tingkat bawah.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang di Amazing Height, Sungai Udang, di sini, semalam, mangsa berusia lapan tahun dilaporkan kritikal berikutan mengalami kecederaan parah di bahagian kepalanya.

Menurut bapa rakan mangsa, Rizman Abdullah, 38, ketika kejadian mangsa dan dua anaknya sedang bermain di koridor tingkat lima apartmen berkenaan apabila murid tahun dua itu tiba-tiba mahu mengambil gelang getah yang tersangkut di belebas koridor berkenaan.

“Dia kemudian gagal mengimbangkan badan selepas cuba bangun ketika sudah melepasi gril dapur rumah di situ sebelum terjatuh.

“Kedua-dua anak saya kemudian terus turun ke bawah untuk memaklumkan ibu mangsa yang tinggal di tingkat bawah, namun tiada sesiapa di rumah berkenaan,” katanya ketika ditemui wartawan di lokasi kejadian.

Keluarga mangsa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian.


LOKASI kejadian jatuh dari tingakt lima. Gambar kecil, gelang getah yang cuba diambil mangsa.

11

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vellfire 27-10-2014 08:09 AM
semoga cepat sembuh Last edited by Vellfire on 27-10-2014 08:14 AM

Quote DayangKirana 27-10-2014 08:12 AM
Vellfire posted on 27-10-2014 08:09 AM
dah ajal

takziah

Ajal?

Hidup lg..tp kritikal.. harap dia pulih..
Quote ais_kosong 27-10-2014 08:13 AM
takziah....
Quote GhostWalking 27-10-2014 08:34 AM
Klang: Akibat mahu mengambil gelang getah yang tersangkut, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun kritikal selepas terjatuh dari tingkat lima di Pangsapuri Amazing Height, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, beliau difahamkan murid tahun dua terbabit cuba mengambil gelang getah yang tersangkut di belebas koridor bangunan pangsapuri berkenaan.
"Mangsa kemudian gagal mengimbangi dirinya sebelum terjatuh ke tingkat bawah bangunan itu.
"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta pinggul dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dekat sini untuk menerima rawatan," katanya.






      Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Oktober 2014 @ 8:51 PM   
«»
MANGSA gagal mengimbangi diri sebelum terjatuh. FOTO Muhammad Sulaiman




MANGSA gagal mengimbangi diri sebelum terjatuh. FOTO Muhammad Sulaiman








Sumber:Harian Metro





Quote prettyuglybabe 27-10-2014 09:49 AM
anak ramai.. tu pasal boleh tinggal anak main sendiri
Quote liyanur 27-10-2014 09:54 AM
speechless...moga cepat sembuh dik....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.055952 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top