KISAH SEBENAR LELAKI MELAYU BINA RUMAH UNTUK ANJING DI KLANG![]() Seorang lelaki melayu memuat naik gambar seekor anjing betina beranak 8 ekor anak anjing di hadapan rumahnya. Anjing betina itu sedang menyusukan anak-anaknya di bawah pokok di tengah hujan. Pilu melihat keadaan anjing itu, Padil Bedul membina tempat berteduh sementara berasaskan kain guni, kanvas dan payung lama. Dia juga membeli makanan bagi anjing betina itu agar tidak kelaparan. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Keperihatinan beliau itu telah mendapat 386 shares di Facebook. Padil juga turut berkongsikan petua di bawah, "Baca bismillah 7 kali. Ludah air liur kita dan gaul dalam makanan dia. Insya Allah nanti anjing tu akan kenal kita dan boleh cam bau kita serta tidak akan menyalak garang kepada kita. Kalau menyalak pun cuma menyalak untuk welcome kita." Menurut Padil, anjing ini dulu bertuan, namun tuannya telah berpindah ke tempat lain. Anjing ini dipanggil dengan nama Jecky oleh tuannya. ![]() Menurut cerita, Jecky telah dihantar ke satu kawasan di Bukit Naga. Tetapi setelah beberapa bulan, Jecky pulang ke tempat asal untuk mencari tuannya. Malangnya rumah yang menjadi tempat tinggal Jecky telah kosong & tiada berpenghuni. Tuannya telah tiada. Maka Jecky berkeliaran di kawasan Bandar Puteri sehinggalah dia melahirkan anak-anaknya di hadapan kawasan rumah Padil. ![]() Daripada rumah yang berasaskan kain guni, kini Padil telah menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dalam kandang khas bertilamkan span.
|


kucingTomey posted on 23-10-2014 05:30 PM
astagfirullah..beratubat la bang....sesungguhnya melayu tu benar....haram bende2 anjing ni......kena ...

obelisk posted on 23-10-2014 05:38 PM
Tak pasti kesahihan tapi aku pernah terbaca kisah Rasulullah dan para tentera Muslim melintasi suatu ...
2.5 Persoalan anjing samada najis atau tidak. Para `ulama' berbeza pendapat tentangnya. Kebanyakan daripada mereka mengatakan najis walaupun mereka berbeza pula tentang tahap kenajisannya. Imam Syafi`e, Ahmad dan golongan yang sehaluan dengannya berpendapat, anjing termasuk dalam najis berat (najasah mughallazah). Ertinya apa-apa yang terkena anjing mestilah dibasuh tujuh kali atau lapan kali dan salah satu daripadanya ialah dengan air yang bercampur tanah yang suci. Imam Abu Hanifah dan orang-orang yang sependapat dengannya berpendapat najisnya adalah najis biasa. Apa yang perlu ialah dibasuh tanpa ada ikatan bilangan tertentu. Walaubagaimanpun sebaik-baiknya ialah tiga kali. Sementara Imam Malik dan Imam Bukhari di samping tokoh-tokoh fiqh yang lain pula berpendapat anjing tidak najis samaada air liur atau peluh atau tubuhnya dalam keadaan kering atau basah. Ia adalah sejenis binatang yang suci seperti kucing dan lain-lain dan apa-apa yang disentuhnya tidak perlu dibasuh. (15)
ADVERTISEMENT