CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rosmah: Pandu Puteri perlu anjur banyak program cinta negara

27-5-2013 10:13 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3243| Komen: 20


DATIN SERI ROSMAH.

KUALA LUMPUR - Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) perlu menganjurkan lebih banyak program yang dapat menanam sifat cintakan negara dan menghargai keamanan sedia ada di kalangan generasi muda negara, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
   
Rosmah yang juga Yang Dipertua PPPM berkata, keamanan dan kestabilan yang dinikmati di negara hari ini yang dibina oleh pemimpin-pemimpin negara terdahulu, perlu sentiasa dipertahan.
   
"Jika anda mahu musnahkannya, anda boleh musnahkannya dalam sekelip mata.Tetapi anda mungkin memerlukan 40 hingga 50 tahun lagi untuk membinanya semula.

Jadi anda perlu fikir masak-masak mengenainya," katanya pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan PPPM 2012/2013 di sini, hari ini.
   
Perasmian mesyuarat itu disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang merupakan penaung PPPM.
   
Justeru, Rosmah berkata pandu puteri yang mempunyai nilai disiplin tinggi mampu memainkan peranan penting itu untuk membantu menyemai kembali nilai-nilai murni dan semangat jati diri anak-anak muda kepada bangsa dan negara.

"Saya yakin, melalui disiplin serta peraturan seperti Pandu Puteri dalam pelbagai aktiviti kepanduan, sedikit sebanyak para remaja dapat didedahkan kepada ketinggian perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta prinsip Rukun Negara.
   
"Dalam konteks yang lebih luas, inilah elemen yang amat penting yang perlu disemat dan difahami oleh setiap remaja bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara dikekalkan," kata beliau.
   
Dalam pada itu, untuk memastikan PPPM kekal relevan dalam masyarakat masa kini, Rosmah berkata persatuan itu mesti memperbanyak dan menambahbaik program-program bersama rakyat.
   
Katanya selaras dengan tema Pandu Puteri tahun ini iaitu "Together We Can Save Children's Lives and Every Mother's Life and Health is Precious" (Bersama-sama Kita Boleh Menyelamatkan Nyawa Kanak-kanak dan Nyawa Setiap Ibu dan Kesihatan Amat Berharga), beliau menyarankan Pandu Puteri memfokuskan program-program mereka di kawasan luar bandar dan pedalaman.   
  
"Sebagai contoh di kawasan Felda dan perkampungan Orang Asli.
   
"Bagi saya, golongan ini lebih memerlukan khidmat berkenaan oleh kerana mereka kekurangan akses kepada penjagaan dan fasiliti yang lengkap seperti (yang ada) di bandar-bandar besar," katanya.
   
Katanya, program-program kemasyarakatan dan kesukarelawanan Pandu Puteri yang melibatkan gadis muda juga perlu dipergiat dan dijadikan satu budaya hidup mereka.
   
Seramai 204 perwakilan dari seluruh negara menghadiri mesyuarat tersebut..


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aku_best 27-5-2013 10:14 AM
Iyolah tu ahkak pink:lol
Quote Al-Patih 27-5-2013 10:46 AM
Justeru, Rosmah berkata pandu puteri yang mempunyai nilai disiplin tinggi mampu memainkan peranan penting itu untuk membantu menyemai kembali nilai-nilai murni dan semangat jati diri anak-anak muda kepada bangsa dan negara.



putra2 ...kamu teruklah ...malunya ...
Quote cikatilia 27-5-2013 10:55 AM
pandu puteri ada eh org tua






Quote azzira 27-5-2013 11:00 AM
alaaaaa....bosan nya dgn kak mah ni
Quote zaiha 27-5-2013 11:02 AM
apa2 je la
Quote cmf_jeangrey 27-5-2013 11:16 AM
membantu menyemai kembali nilai-nilai murni dan semangat jati diri anak-anak muda kepada bangsa dan negara


nilai-nilai murni??
baca skrip banyak sgt lah kak ros ni

Quote mohdcrow 27-5-2013 11:23 AM
okla kak mah...berapa pulak nak pakai peruntukan untuk itu?
Quote yayaji 27-5-2013 03:11 PM

statement standard  sbg yg dipertua...
Quote SulurBidar 27-5-2013 03:13 PM
Aku rasa, aku lebih menghayati prinsip dan Rukunegara berbanding ahli politaik dan bini-bininya..
Quote green_life26 27-5-2013 03:27 PM
Nilai Murni untuk Berjimat Cermat + Suka Menabung = Cincin Berlian
Quote pakweneelofa 27-5-2013 09:07 PM
dah jadi bini najib sampai gemuk gedempol pandu puteri apanye lagi...nak ke DS Rosmah masuk hutan tu woi... hehehehe..cayalah..ada gak inisiatif.....nnti masuk hutan jngn pakai baju kelabu..orng tkejut ingt mak badak mana lak yg merempuh masuk hutan... hahahahahhaah
Quote Bateesta 27-5-2013 09:08 PM
pandu puteri ni komponen parti bn ke



dah makcik ni sape , menteri pandu puteri ke
Quote MissNigga 27-5-2013 09:10 PM
curlussttt ko kak...
pepeeling muda belia ler tu... biler jadi peneraju pandu puteri malaysia
Quote akubest 27-5-2013 09:12 PM
makcik nih bukan PANDU puteri...
dia PANDU pak menteri....

ko hado??????
Quote DARSITA 28-5-2013 03:32 AM

pandu puteri tu utk bebudak sekolah jer - dah tua rente tak perlu dah. Duit lebih tu bantu jer sekolah sekolah seluruh MAlaysia.

Aktivit pandu puteri ni asyik main netball, tarik tali, senaman ramai ramai - perpaduan kebendanya?
Quote bbalik 28-5-2013 08:38 AM
aku tunggu kakmah masuk puteri isle pulak...

tudung pink, kain pink...
Quote airfilterkotor 28-5-2013 08:39 AM
KUALA LUMPUR - Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) perlu menganjurkan lebih banyak program yang dapat menanam sifat cintakan negara dan menghargai keamanan sedia ada di kalangan generasi muda negara, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
   
Rosmah yang juga Yang Dipertua PPPM berkata, keamanan dan kestabilan yang dinikmati di negara hari ini yang dibina oleh pemimpin-pemimpin negara terdahulu, perlu sentiasa dipertahan.
   
"Jika anda mahu musnahkannya, anda boleh musnahkannya dalam sekelip mata.Tetapi anda mungkin memerlukan 40 hingga 50 tahun lagi untuk membinanya semula.

Jadi anda perlu fikir masak-masak mengenainya,"

Owhh.... dia nak korang-korang semua sokong BN Umno tak berbelah bahagi ler tew.
Quote batmana 28-5-2013 09:33 AM
tuka ajala nama jadi

PANDU PUTERI UMNO.....
Quote SepupuBen10 28-5-2013 10:18 AM
macam muka lana nordin pun ada jugak
pamela anderson malaya

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053181 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top