CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Vivian Akhirnya Tinggalkan Alvin!

21-10-2014 10:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11757| Komen: 46

KUALA LUMPUR: Penulis blog lucah, Vivian  Lee 'pasrah' ditinggalkan kekasihnya yang kini melarikan diri ke Amerika  Syarikat (AS).

Dalam catatan terbaharu di laman Facebook, Vivian turut  menyifatkan Alvin sudah melupakannya selain tidak bersimpati terhadap nasib yang  menimpanya di sini.

"Kamu meninggalkan saya tanpa sebarang berita. Kamu  juga tidak menjawab sebarang mesej serta pesanan yang dihantar.

"Kamu  menjadi seolah-olah lupa diri dengan dunia baru di sana. Kebimbangan saya  sebelum ini seperti sia-sia sahaja kini," katanya.

Jelas Vivian,  penderitaan yang dihadapi sejak Alvin meninggalkan negara juga seolah-olah tidak  dihargai Alvin sendiri.

"Hubungan kita berakhir kini. Kamu terlalu  melampau dan menyebarkan pelbagai fitnah terhadap saya," jelasnya.





Status terbaharu Vivian Lee yang dilihat melahirkan kekecewaan  terhadap Alvin Tan - Gambar Facebook


Polis sebelum  ini menyiasat Alvin  di bawah Akta Hasutan 1948 berikutan kenyataan terhadap beberapa pemimpin  negara di Facebook baru-baru ini.

Ini merupakan kali kedua Alvin  disiasat di bawah akta yang sama selepas dia dan Vivian mempersenda umat Islam  dan bulan Ramadan tahun lepas.

Alvin kemudian dilapor menghilangkan  diri selain difahamkan berada di Singapura sebelum ke AS.

Bagaimanapun,  Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin yakin lelaki itu akan pulang  ke Malaysia kerana dia tidak akan membiarkan teman wanitanya berseorangan  menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.

Alvin  sebelum ini dilapor menuduh Vivian, di dalam laman Facebook, terlibat dengan  penawaran khidmat seks.


Tuduhan itu mendapat pelbagai maklum balas  daripada beberapa pengguna laman sosial itu yang menyifatkan tindakan  meninggalkan Alvin adalah yang terbaik buat Vivian.

Antara alasan  diberi pengguna Facebook adalah, Vivian tidak harus menghabiskan masa dengan  melayan perangai Alvin yang tidak pernah menghargainya.

Vivian turut  dinasihat belajar daripada kesalahan dan tidak mengulangi kesilapan pada masa  hadapan.

Pada 13 Jun lepas, mahkamah mengeluarkan waran  tangkap terhadap Alvin kerana gagal hadir untuk mengembalikan semula pasport  antarabangsanya yang sebelum ini diberikan bagi tujuan melakukan penggambaran di  Singapura.

Alvin juga gagal hadir ke mahkamah ketika kesnya disebut  pada 18 Julai.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, dan teman  wanitanya, Vivian Lee atau Lee May Ling, 25, didakwa mengikut Akta Hasutan 1948  setelah memuat naik satu penerbitan bersifat kontroversi di laman Facebook  'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers.            

4

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penjejak_awan 20-10-2014 06:28 PM
pelacur cina bukit DAPigs Jinjang kafir barbi laknatullah ditinggal pengkhianat negara..padan muka
Quote jofizo 20-10-2014 06:30 PM
cpap dah dpt... tunggu pe lagi blah la dia...
Quote enchikfitz 20-10-2014 06:30 PM
Padan muka. Ko ingat bf ko setia ke? Dah nk jd mat saleh uncle Sam terus lupa diri. Selayaknyalah
Quote CrowneGlory 20-10-2014 06:32 PM
Setelah ketapi boleh buat u turn.. Kbai kata alvin
Quote makneng 20-10-2014 07:18 PM
Erm...x payah nak hadap sgt boipren bukit ko tu.
Ko jd je lah escort girl yg berjaya.
Quote munchkin 20-10-2014 07:26 PM
Nak salahkan alvin apahal. Kalo alvin torjun lombong najis, ko pun kena ikut? Ala ala nak bagitahu lelaki tu pembimbing relationship gitu. Dah besar, otak ada takkan takleh pikir. Ko sendiri pilih jalan cam ni, pastu ko nak salahkan orang lain pulak. Senang hidup ni kalo cam tu.
Quote spiderman80 20-10-2014 08:02 PM
Sia-sia Vivian korbankan daranya kepada seekor haram jadah.
Quote GhostWalking 20-10-2014 08:08 PM
spiderman80 posted on 20-10-2014 12:02 PM
Sia-sia Vivian korbankan daranya kepada seekor haram jadah.

Nilah peluang kamu spider!
Quote Syd 20-10-2014 08:14 PM
nantikan video terbaru dr us. heroin bru hero lama. @MissNigga ada blakon skali tak?
Quote chazey 20-10-2014 08:17 PM
Poeticnya luahan sheol. Boleh bikin lirik lagu ni.
Quote protonpersona 20-10-2014 08:25 PM
kalau x menipu bukan cina...sama2 cina pun kena tipu maaaa..
Quote jengkoil 20-10-2014 08:27 PM
Modus operandi. ..pprett dan tinggal...
Quote Centurion 20-10-2014 08:27 PM
Sudah dpt kerang fresh, kerang busuk ditinggalkan..
Quote asyriqa 20-10-2014 08:36 PM
ololololooo.... kesian...
Quote MissNigga 20-10-2014 08:59 PM
Syd posted on 20-10-2014 08:14 PM
nantikan video terbaru dr us. heroin bru hero lama. @MissNigga ada blakon skali tak?

uikss.............. iols punya bidio utk koleksi sundirik jer ...
kalo liptop or smart phone iols hilang or kena curi.... mmg mampuih iolssssssssssss
Quote OmJualGas 20-10-2014 09:02 PM
sukurrrrrr kau vivian...
Quote ikan_kaghing 20-10-2014 09:18 PM
Udahlah karipapnya jadi bahan cerca satu donia, kena tinggal pula.

Selayaknyalah....sapa suruh bodoh hidup persis orang tak beragama sangat.
Quote stania83 20-10-2014 09:21 PM
Propa ke nih. Perlu ke tulis status fb eh?
Quote nourahfey 20-10-2014 09:41 PM
VAVian ni ke yg promo  ba ku teh  tuk buka posa dulu tu,,,,?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.057918 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top