CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tambang Bas Ekspres Antara Soal Hidup, Mati

20-10-2014 10:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7901| Komen: 31

"Ini Soal Hidup Dan Mati Kami" - Pembawa



PUTRAJAYA: Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung (Pembawa) meletakkan harapan tinggi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi kata putus positif berhubung isu tambang bas ekspres yang berlarutan sejak 2008.

Pembawa terpaksa meminta perdana menteri campur tangan selepas isu kenaikan 20 peratus tambang bas ekspres itu masih gagal dimuktamadkan.

Yang Dipertua Pembawa, Tajuddin Mohd Yunus berkata, penyerahan memorandum itu diharap dapat menyelesaikan isu ini dan mewujudkan situasi menang menang kepada penumpang dan pengusaha bas ekspres.

"Jangan biarkan syarikat pengusaha bas ekspres terus tertunggu-tunggu pengumuman mengenai isu yang tergantung sejak enam tahun lalu. Ini soal hidup dan mati kami," katanya.

Tajuddin hadir di Jabatan Perdana Menteri kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat bagi menyerahkan memorandum yang ditandatangani 17 pemilik syarikat bas ekspres Melayu yang beroperasi di Semenanjung Malaysia.



Antara syarikat yang terlibat adalah Cekap Ekspres Sdn Bhd, Cepat Ekspres Sdn Bhd, Comic Angle Travel Tours Sdn Bhd, Darul Naim Sdn Bhd, Edaran Ekspres Sdn Bhd, Eltabina Jaya Sdn Bhd, Hasry Ekspres Sdn Bhd, Konsortium E-Mutiara Bhd, Mahligai Ekspres Sdn Bhd.

Syarikat lain adalah Nikaniaga (Kenyir) Sdn Bhd, Sani Ekspres Sdn Bhd, Sri Indah Jaya Sdn Bhd, Sri Jengka Sdn Bhd, Syarikat Mohd Tap Sdn Bhd, Utama Ekspres Sdn Bhd, Perdana Ekspres Sdn Bhd dan Pancaran Matahari Sdn Bhd.

Tajuddin bagaimanapun berkata, beliau berpuas hati dengan layanan yang diberikan dalam pertemuan dengan tiga pegawai khas Setiausaha Sulit Kanan kepada perdana menteri.

"Saya gembira mereka dengar masalah yang sedang dihadapi syarikat pengusaha bas ekspres. Mereka akan beri maklum balas mengenai perkara ini dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi," katanya.

Memorandum tiga muka surat itu menyatakan beberapa faktor yang dihadapi syarikat pengusaha bas seperti peningkatan kos operasi, alat ganti bas, insurans dan pengurangan subsidi diesel yang menyebabkan kadar tambang bas ekspres yang baharu wajar dipertimbangkan.

"Kita bukannya mahukan kenaikan setiap tahun, cukuplah kenaikan sebanyak 20 peratus setiap lima tahun. Ia perlu selepas mengambil kira peningkatan kos operasi yang ditanggung syarikat pengusaha bas sepanjang tempoh ini," katanya.

Jelas beliau, kerajaan perlu menangani kemelut ini dengan segera agar industri perkhidmatan bas ekspres di negara ini terus beroperasi dengan sistematik dan bas dalam keadaan selamat.

"Perniagaan ini melibatkan nyawa penumpang, oleh itu kerajaan perlu mempertimbangkan permohonan ini supaya syarikat pengusaha bas dapat memberi perkhidmatan terbaik.

"Jika tambang bas naik seperti yang diminta, sekurang-kurangnya ada sedikit keuntungan yang boleh digunakan untuk membeli bas baharu bagi menggantikan yang lama," katanya

3

Bagus
14

Marah
2

Terkejut
18

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maniack88 18-10-2014 12:13 AM
semput nk bayar bulanan ferrari lettew
Quote aechae 18-10-2014 12:23 AM
naikkn jelah, trip kl-k.tganu rm55..... org still beli jugak, mmg xleh lari...
Quote Acong 18-10-2014 01:48 AM
20% sikit sgt...... patut bagi je naik 100%......

pastu semua drive balik kampung
Quote tekoyong 18-10-2014 01:50 AM
aechae posted on 18-10-2014 12:23 AM
naikkn jelah, trip kl-k.tganu rm55..... org still beli jugak, mmg xleh lari...

echil orang ganu ke?
Quote aechae 18-10-2014 07:31 AM
tekoyong posted on 18-10-2014 01:50 AM
echil orang ganu ke?

iyeee
tiap2 bln blk kg.....klu tmbg rm20 je tiap2 mggu nk blk.....tp harapan jela kann

Quote kerunai 18-10-2014 07:50 AM
menteri cendol cakap

minyak naik tak membebankan

jual lah cendol
Quote zorrro_03 18-10-2014 07:52 AM
aechae posted on 18-10-2014 12:23 AM
naikkn jelah, trip kl-k.tganu rm55..... org still beli jugak, mmg xleh lari...

Bukan awak fly sokmo ke balik kg.  Harga tiket bas dgn ketabng tak jauh beza. Cepat pula tu.
Quote aechae 18-10-2014 08:07 AM
zorrro_03 posted on 18-10-2014 07:52 AM
Bukan awak fly sokmo ke balik kg.  Harga tiket bas dgn ketabng tak jauh beza. Cepat pula tu.

tgk hrga lah jugak n timing,cuti agk2 jem ye bru fly...slalu mggu keja, blk tganu dgn bus, blk kl fly.....jimat hari gtu..sbb flight to tganu mnada lwt mlm jumaat lps keja tu....kna tggu pg sbtu kot...hbs ahad ptg nk blk cni dh....every mins kt rumah tgk muka parents tu berharga tau...if naik bus, pg sabtu b4 subuh dh tgk muka mama abh


pnjg plak explen nya hahaha

Quote sahamboi 18-10-2014 09:03 AM
kerajaan dah berjanji harga barang tidak akan naik jika harga minyak dinaikkan. Jadi tanggungjawab kerajaan skrg ni untuk pastikan harga barang tidak naik dan peniaga tidak rugi.
Quote cmf_acura 18-10-2014 09:09 AM
tambang nnaik lg ker
...
Quote Decaffeinated 18-10-2014 09:43 AM
bas sewa khas angkut budak2 sekolah cuti pun dah naik tambang...

baru ni aku naik teksi takder meter (bukan KL) driver tu minta RM20 dulu dulu dulu RM15 je. Minyak dah mahal katanya... ntah dia pakai NGV tak plak aku tanya

Quote hawaq 18-10-2014 09:45 AM
sebelum raya puasa thn lepas dah naik 10%

katanya lepas raya akan turun balik

tapi aku tgk smp hari ni harga tiket sama ja

ni nak naik 20% lagi?
Quote Decaffeinated 18-10-2014 09:46 AM
syarikat bas sila lah latih driver untuk treat penumpang macam pelanggan.

ada sesetengah tu berlagak mengalahkan tokey mcm pax ni tumpang free. Ala2 ini bas aku, ikut suka aku gitu....

Quote vespa_oren 18-10-2014 09:58 AM
Kebanyakan syarikat bas belah pantai timur, utara jer jika belah selatan mayang sari (tauke orang Melayu muar) xjoint lak
Quote zorrro_03 18-10-2014 09:59 AM
aechae posted on 18-10-2014 08:07 AM
tgk hrga lah jugak n timing,cuti agk2 jem ye bru fly...slalu mggu keja, blk tganu dgn bus, blk kl  ...

Motif sgt explain panjang sini.  
Quote aechae 18-10-2014 10:29 AM
zorrro_03 posted on 18-10-2014 09:59 AM
Motif sgt explain panjang sini.

hahaha....dh tnya kt cni, explen la bg terang trus .... bg org lain paham sket hdup insan xda kereta...gni lah lah, depends on public transport je tau, hbs klu hrga makin mahal, nk blame sape?sbb sedar dri lah x berkereta ni tawww
Quote 5229 18-10-2014 10:40 AM
atas 50hengget better naik katebang lah...lebih kurang je reganya+sejam dah sampai..
Quote zorrro_03 18-10-2014 10:55 AM
aechae posted on 18-10-2014 10:29 AM
hahaha....dh tnya kt cni, explen la bg terang trus .... bg org lain paham sket hdup insan xda ...

Buat laa iklan kat fb mcm minah mana hari tu.
Quote aechae 18-10-2014 10:58 AM
zorrro_03 posted on 18-10-2014 10:55 AM
Buat laa iklan kat fb mcm minah mana hari tu.

fb private klu iklan pn org xleh baca jugok

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.070735 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top