Pasangan Storm Chaser Abadikan Gambar Menakjubkan Jurugambar tersebut, Nicolaus, 34, dan Daow Wegner, 32, berkata, mereka tidak gentar untuk berada berdekatan cuaca buruk berkenaan kerana ia sering memberikan imej yang menakjubkan. Nicolaus berkata, mereka menggunakan alatan kaji cuaca untuk meramal di mana ribut atau puting beliung akan berlaku sebelum bergegas ke lokasi berkenaan. “Saya cuba mengambil gambar secepat mungkin sebelum ribut menghampiri kami dan keadaan sangat bahaya jika ada kilat berhampiran kami,” katanya. Menurut Daow, pada mulanya dia berasa sangat gementar tetapi akhirnya perasaan itu bertukar menjadi sangat mengujakan. “Pengalaman ini sangat mengujakan dan saya cuba menikmati situasi ini sebaik mungkin,” jelasnya.
|
ADVERTISEMENT