CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenaikan Gaji Sektor Perbankan, Kewangan 10-20 Peratus

16-10-2014 03:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6674| Komen: 29

Kenaikan Gaji Sektor Perbankan, Kewangan 10-20 Peratus

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR 15 Okt. - Sektor perbankan dan kewangan di Malaysia merekodkan pertumbuhan gaji paling tinggi dalam tempoh 12 bulan lalu berbanding sektor-sektor lain iaitu sekitar 10 peratus hingga 25 peratus.

Pengarah Urusan Kelly Services (M) Sdn. Bhd. (Kelly), Kamal Karanth berkata, pertumbuhan itu disebabkan sektor berkenaan berkembang pesat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Malah katanya, jawatan di peringkat pengurusan atasan dalam perbankan Islam mendapat permintaan paling tinggi berikutan kekurangan guna tenaga mahir dalam bidang itu dengan gaji maksimum bagi jawatan ketua syariah adalah RM21,000.

"Peningkatan industri perbankan Islam di negara ini dan di peringkat global turut mencipta peluang pekerjaan yang lebih tinggi dalam bidang itu dengan gaji yang kompetitif," katanya semasa membentangkan laporan kaji selidik panduan gaji Malaysia 2014/2015 di sini hari ini.

Kaji selidik panduan gaji Malaysia dijalankan dengan mengambil kira sentimen dan data semasa meliputi pelbagai sektor.

Kelly ditubuhkan di Malaysia sejak 1984 dan kini mempunyai 14 buah pejabat di seluruh negara termasuk di ibu kota, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor.

Tambah Kamal, bilangan pekerja paling ramai dalam sektor adalah teknologi maklumat (IT) dengan 130,000 orang dan peningkatan jumlah kakitangan IT disebabkan peningkatan penggunaan teknologi tinggi di negara ini.

"Pertumbuhan gaji bagi sektor IT sedikit perlahan iaitu sekitar lima hingga 10 peratus manakala sektor kejuruteraan (10 peratus) serta sektor jualan dan pemasaran (10 hingga 20 peratus) dalam tempoh 12 bulan yang lalu," katanya.

2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 16-10-2014 02:19 PM
Untungla sapa keje bank dan along
Quote Rajawali 16-10-2014 02:21 PM
CIMB staf servis macam celaka pun naik gaji jugak...?
Quote kejoraria 16-10-2014 02:28 PM
Rajawali posted on 16-10-2014 02:21 PM
CIMB staf servis macam celaka pun naik gaji jugak...?

dah nama pun bank....service mcm cilakak pun kalau dah nama bank pasti naik gaji.....dah tajuk pun kenaikan gaji sektor perbankan
Quote R2D2 16-10-2014 02:29 PM
mcm biasa staff Bank Rakyat bonus 17 bulan
Quote Rajawali 16-10-2014 02:31 PM
orang bank je yang sokong...pas tu bila sektor lain naik gaji staf bank akan kembali meroyan nak mampus
Quote Anak_Nogori 16-10-2014 02:32 PM
kejoraria posted on 16-10-2014 02:28 PM
dah nama pun bank....service mcm cilakak pun kalau dah nama bank pasti naik gaji.....dah tajuk pun ...

Mcm tu plak...ingatkan bank tak sama dgn pegawai kerajaan...mereka nak naik gaji bukan ikut prestasi ke?.
Quote tekoyong 16-10-2014 02:34 PM
Rajawali posted on 16-10-2014 02:21 PM
CIMB staf servis macam celaka pun naik gaji jugak...?

jangan la marah kalau bank asyik call ko sebab nak tuntut hutang
Quote kejoraria 16-10-2014 02:35 PM
Anak_Nogori posted on 16-10-2014 02:32 PM
Mcm tu plak...ingatkan bank tak sama dgn pegawai kerajaan...mereka nak naik gaji bukan ikut presta ...

ntahlah...cer tanya org yg keje bank...tp yg pasti mmg naik
Quote Rajawali 16-10-2014 02:36 PM
tekoyong posted on 16-10-2014 02:34 PM
jangan la marah kalau bank asyik call ko sebab nak tuntut hutang

bila pulak aku hutang bank??fitnah masuk neraka taw kata sebilangan lebai/lebainita kat sini
Quote vespa_oren 16-10-2014 02:38 PM
Syukur naik lagi gaji akak aku, rasa awal tahun hari tu baru naik
Quote blackred99 16-10-2014 02:42 PM
ni terpilih utk sebahagian bank je.
Quote tekoyong 16-10-2014 02:47 PM
Rajawali posted on 16-10-2014 02:36 PM
bila pulak aku hutang bank??fitnah masuk neraka taw kata sebilangan lebai/lebainita kat sini

hehe, bukan fitnah, nasihat je

anggaplah itu nasihat kepada lebai-lebai lain yang marah bila jabatan kredit kad CIMB asyik call remind "encik lewat bayar ni, bila nak bayar?"

hahahahaha

aku pun selalu gak lewat bayar, sebab tu aku tau hehehehe...

kadang2 aku janji nak bayar esok, pastu terlupa/buat2 lupa.. minggu depan dorang call balik marah "eh hari tu dah janji nak bayar blablabla"

maybe manager dorang yang call balik sebab marah, komisen dah bagi kat staff

tapi ok gak dorang remind kita... masuk CCRIS kalu, naya gak
Quote tekoyong 16-10-2014 02:49 PM
kalau orang bank call tagih hutang, korang cakap je nak bayar esok

komisen dapat kat si penagih hutang sama ada korang bayar atau tak

ini member aku yang keja penagih hutang kat call center yang bagitau

Quote tekoyong 16-10-2014 02:50 PM
Anak_Nogori posted on 16-10-2014 02:32 PM
Mcm tu plak...ingatkan bank tak sama dgn pegawai kerajaan...mereka nak naik gaji bukan ikut presta ...

gaji memang akan naik setiap tahun, uncle an (kalau dah permenant)

yang based on performance tu biasanya untuk bonus (yearly) or commision (monthly)
Quote Rajawali 16-10-2014 03:01 PM
tekoyong posted on 16-10-2014 02:47 PM
hehe, bukan fitnah, nasihat je

anggaplah itu nasihat kepada lebai-lebai lain yang marah bila ja ...

aku bersyukur kerana berada dalam golongan orang yang tak pernah ada kad kredit,so aku tak tahu macam mana rasa terima call pasal tak bayar hutang tu...satu satunya hutang yang aku ada pasal beli rumah ..itu pun pinjaman kerajaan..semoga Allah tetapkan hati aku untuk tak berhutang
Quote tekoyong 16-10-2014 03:08 PM
Rajawali posted on 16-10-2014 03:01 PM
aku bersyukur kerana berada dalam golongan orang yang tak pernah ada kad kredit,so aku tak tahu ma ...

bagus la bro

kerja kerajaan kalu memang senang, gaji konfem tiap bulan masuk pada jumlah yang tetap

salesmen macam gua, income tak tentu... kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

waktu kais-kais tak dapat hasil tu le terpaksa swipe kad kredit

huishhh bila terkenangkan hutang meamng banyak

kereta, rumah, kad kredit, asb loan

nasib baik personal loan takde
Quote md.jie 16-10-2014 03:52 PM
ada can naikkan harga barang nih
Quote kucingTomey 16-10-2014 03:58 PM
tekoyong posted on 16-10-2014 03:08 PM
bagus la bro

kerja kerajaan kalu memang senang, gaji konfem tiap bulan masuk pada jumlah yang t ...

kau ni kejap owner cyber cafe...kejap salesman...kejap ayahanda pekida...kau ade masalah mental ke ape dik main forum ni...abam risau kau ni dik....sekejap lagi kate nak amek beemr f30 tak jadi pulak....hati2 dik main forum..kalau boleh kurangkan..sebab ganggu emosi kita nanti..yang susah family adik tekoyong nanti

Quote tekoyong 16-10-2014 04:01 PM
kucingTomey posted on 16-10-2014 03:58 PM
kau ni kejap owner cyber cafe...kejap salesman...kejap ayahanda pekida...kau ade masalah mental ke ...

lol

tu la jangan membengapkan diri

peniaga kecil macam kitorang ni memang bahasakan diri kitorang sebagai salesman je

kitorang yang kena cari sales, kena layan customer, cuci jamban ofis, sapu lantai etc

kalau bisnes masih kecik tapi berlagak macam bos, memang tak ke mana la bisnes

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.355919 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top