CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Wunderwaffen: Senjata Mutakhir Nazi

15-10-2014 04:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8219| Komen: 5

Wunderwaffen: Senjata Mutakhir Nazi..




Beberapa perkara mengenai Nazi Jerman terutama Die Glocke nya yang misteri menarik perhatian banyak orang dan menimbulkan pelbagai macam spekulasi. Sejak perang dunia ke-2 bahkan telah melekat mitos ghaib Nazi. Gabungan antara kekuatan tentera yang sesungguhnya dan mistisme telah melahirkan cabang kebudayaan study tentang Nazi Wunderwaffen atau senjata mutakhir Nazi, senjata luarbiasa yang jauh melampaui kekuatan senjata tentera sekutu tidak hanya pada tahun 1940an namun hingga kini. Jenis-jenis senjata ini mulai dari senjata gunsight mudah untuk pesawat ramjet hingga pinggan terbang anti graviti, berapa banyak dari mitos ini mengandung kebenaran dan berapa banyak yang hanya didorong oleh kekaguman tak beralasan terhadap senjata yang sebenarnya tidak ada sama sekali? 


Seperti halnya kompleks industri ketenteraan lain, Nazi Jerman mempunyai program kajian senjata yang dilakukan oleh sejumlah besar kontraktor sivil, dalam sebuah rancangan yang serius untuk membangunkan persenjataan mutakhir yang dalam bayangan anda kemungkinan hal tersebut telah diciptakan.Dengan berkurangnya sumber-sumber dan tenaga kerja di Jerman akibat perang semakin kecil kemungkinan projek tersebut berjaya namun ada beberapa pekerjaan yang mengagumkan yang berjaya mereka ciptakan yang dianggap lebih maju daripada zamannya. Mari kita lihat mana yang real dan mana yang hanya mitos dan karangan dibawah ini. 

Kita dapat mengetahui keseluruhan pembangunan yang dilakukan oleh Nazi pada akhir perang, saat pasukan sekutu berjaya mengalahkan Nazi tidak hanya semua teknologi baik itu berupa prototype atau design yang diangkut tetapi juga dokumentasi yang berkaitan dengan rancangan dan percubaan mereka. 

Dalam banyak kes Nazi menghancurkan dokumentasi mereka menjelang kejatuhan Jerman, namun kebanyakan adalah dokumen yang mungkin berkaitan dengan jenayah perang, misalnya eksperimen mereka terhadap manusia di kem-kem tahanan. Namun seluruh design dan kilang secara ketara berjaya dikuasai dan diambil alih secara utuh, sehingga kita boleh melihat apa yang berjaya dilakukan oleh Nazi dan apa yang tidak berjaya. 

Persenjataan yang benar-benar berjaya dibangunkan dan dicipta oleh Nazi termasuk juga pesawat pejuang adalah Messerschmitt Me-262 dan Heinkel He-162, dan bahkan sebuah pesawat fighter bertenaga roket, Me-163. 

Ada juga pelbagai varian dan turunan dari pesawat ini dan yang sejenis. Menjelang akhir perang, beberapa tentera bersenjata dengan Zielgerät ZG-1.229 Vampire sebuah senjata dengan penglihatan infrared, yang membuat mereka mampu melihat musuh pada malam hari sebelum orang Amerika pernah bermimpi akan hal tersebut. 

Mungkin puncak tentera Nazi adalah pulsejet yang disokong peluru berpandu V-1 dengan panduan, dan V-2 peluru berpandu balistik jarak jauh, tiga ribu di antaranya berjaya dilancarkan ke ruang angkasa, 15 tahun sebelum Sputnik 1. 

Design lain walaupun kelihatannya tampak lebih aneh namun sebenarnya ada, baik dalam prototype atau dalam cetak biru (blueprint) yang sudah sempurna. Diantaranya adalah Pesawat pejuang berenjin jet Horten HO-229 lalu Lippisch P13a Mach 2.2 delta wing fighter, sebuah pesawat mata-mata yang terbang diketinggian sangat tinggi (high altitude) mirip dengan pesawat U2 Amerika, pesawat ini bernama DFS-228, lalu ada Messerschmitt P .1101 yang menjadi inspirasi buat pesawat Amerika X-5 selain itu mereka juga mempunyai reka bentuk untuk pesawat yang mampu untuk take off dan landing secara menegak. 

Pihak Nazi juga agresif dalam mengupayakan membuat sebuah pesawat yang mampu untuk membawa bom terbang langsung dari Jerman ke Amerika, dan projek ini bernama American Bomber Program, pesawat-pesawat tersebut diantaranya termasuk varian pesawat berenjin jet arado E555 selain itu ada sebuah pesawat sub-orbit yang bernama SilberVogel yang pernah diuji untuk meluncur di udara merupakan salah satu diantara banyak calon pesawat dalam projek pengeboman Amerika. 

Didarat, Nazi merancang membuat tank superbesar Landkreuzer P.1000 Ratte dan P.1500 yang boleh dikatakan saiz raksasa, yang boleh mengangkut 40-100 tentera didalamnya, dan tank tersebut akan melepaskan peluru peluru meriam terbesar yang pernah dirancang, 800mm railroad gun. 

Dilaut, Nazi merancang untuk melengkapkan jenis terbaru kapal selam U-Boat mereka dengan peluru berpandu V-2 yang akan melancarkan peluru berpandu V-2 ke Amerika, disebut juga sebagai Roket U-Boat.Ada tiga yang dirancang dibina namun hanya dapat direalisasikan 1 unit, walaupun begitu tidak sempat dilakukan percubaan kerana Jerman sudah keburu kalah. 

Nazi juga mempunyai peluru berpandu berhulu ledak Atom pada peluru berpandu V-2 mereka, dan hampir selesai projek tersebut sebelum orang dimasa itu menyedarinya. Jika Amerika mempunyai Manhattan project maka di Jerman ada kembarnya, para saintis melakukan kajian didalam membina bom atom bahkan lebih kuat, namun kerana sumber daya berkurang membuat projek ini berjalan perlahan akibat perang yang banyak menyedot kos, beza dengan Manhattan Project yang benar-benar dibiayai dan dibiayai kerajaan Amerika. 

Operasi reaktor nuklear Jerman untuk pembiakan Plutonium memerlukan air berat. Yang disupply dari reaktor Vermok Hydroelectric di Norway yang awalnya dipergunakan untuk menghasilkan Nitrogen untuk pertanian.Namun halangan terakhir dalam proses pemurnian uranium tersebut adalah sebuah sabotaj yang paling penting dan terkenal dalam sejarah. 

Yakni operasi Gunnerside, dimana sekumpulan pasukan komando Norway dilancarkan dari pesawat dan memakai payung terjun mereka mendarat disekitar Vermok, mereka mendaki tebing yang mengelilingi loji kuasa tersebut dan menanam bahan letupan disekitar ruang elektrolisis. Letupan yang berlaku menghancurkan seluruh bekalan air berat buat Jerman dan sebahagian besar perlatan yang diperlukan untuk menghasilkan mereka. Sekitar 3000 pasukan Jerman diturunkan untuk memburu pasukan Norway tersebut namun mereka berjaya melarikan diri. 

Beberapa bulan kemudian pengeluaran berjaya dilanjutkan, namun terbantut oleh pengeboman yang cukup sering dilakukan oleh sekutu, Jerman berusaha untuk menghantar pengeluaran air berat dari Norway ke Jerman menggunakan feri didalam tong, namun seorang pasukan komando Norway, Knut Haukelid berjaya mengetahui rencana Jerman dengan menanam bom pada kapal feri tersebut yang membuat berakhirnya program bom atom Jerman. 

Daripada semua senjata diatas akhirnya kita sampai pada senjata pamungkas Nazi yang bernama Die Glocke yang bererti The Bell atau Lonceng.The Bell disebutkan merupakan pesawat dengan bentuk seperti piring terbang, sumber tenaga nya berasal dari sepasang drum berputar dan mengandungi cecair berwarna ungu yang misteri, ini adalah keluarga dari piring terbang buatan Nazi yang mempunyai banyak nama dan variasi, Merupakan Wunderwaffe Jerman yang paling menghebohkan dan menjadi semacam mitos, namun dari semua data dan material yang berjaya dirampas oleh tentera sekutu tidak ada satupun benda seperti pesawat piring terbang the bell yang berjaya dirampas, disinggung atau diceritakan walaupun dibayangkan oleh tentera sekutu saat itu. 

Hal ini cukup mudah kerana tidak ada rekod yang menunjukkan bahawa benda tersebut wujud, kecuali tuntutan dari para penulis dan individu beberapa dekad kemudian. 

Inspirasi dan hampir semua yang ditemui di Internet saat ini mengenai kisah piring terbang Nazi tak lain berasal dari sebuah buku yang ditulis tahun 2000 oleh seorang ahli sejarah asal Poland, Igor Witkowski yang berjudul "The truth about Wunderwaffe" yang menceritakan kisah luarbiasa dimana ia dikatakan mendapat akeses (namun ia tidak mendapat izin untuk mengcopy) transkrip rahsia dari agen-agen rahsia Poland terhadap seorang perwira SS Nazi, Jakob Sporrenberg. Dari transkrip tersebut Witkowski mengaku bahawa ia mengenal Die Glocke itu. Kisah ini makin popular selepas tahun 2002 seorang penulis tentang dunia penerbangan bernama Nick Cook menerbitkan sebuah buku berjudul The Hunt for Zero Point, sebuah kisah dari pelbagai orang yang cuba untuk membuat mesin anti-graviti dan sejak saat itu kisah tentang UFO Nazi bertebaran di mana-mana.


Terlepas dari Witkoswki benar-benar melihat transkrip tersebut atau cuma mengarangnya saja tidak kita ketahui. Namun ia tidak memberi bukti keberadaannya, baik itu di Poland atau di luar Poland tidak ada seorang pun yang pernah melihat fizikal pesawat tersebut, dan Perwira SS Nazi, Sporrenberg tidak boleh membenarkan atau menyokong tuntutan Witkoswki kerana ia sudah dihukum mati pada tahun 1952 dengan tuduhan sebagai penjenayah perang. 

Dan Sporrenberg hanyalah seorang pegawai tentera pejuang dan tidak ada hubungannya dengan penyelidikan ataupun cabang ilmu pengetahuan mengenai dunia penerbangan Nazi Jerman. 

Namun ada mitos menarik yang berkaitan dengan The Bell (Die Glock) nya Witkoswki, seperti biasa Nazi dan third reich selalu dikelilingi oleh hal-hal myth saat ini, mungkin kerana didasari juga betapa mengerikannya holocaust yang dilakukan Jerman sehingga segala hal dihubungkan dengan satanisme, mistik dan klenik. Rejim Nazi memang dikaitkan dengan okultisme dan menjadi medan magnet bagi para pengikut ghaib. 

Hal ini lahir dan bermula dari dua orang pengarang Perancis pada tahun 1960 menulis karya yang hebat yang berjudul "The Morning of the Magicians" dimana mereka membuat spekulasi mengenai kelompok masyarakat mistik di Jerman yang salah satunya memang benar ada yakni vril Society. Vril Society adalah kumpulan rahsia yang merupakan lingkar dalam diantara seluruh lingkar dalam beberapa kumpulan mistik, new age dan occult orders. 

Buku ini mendakwa bahawa vril Society lah sebenarnya inti dan yang membidani terbentuknya Nazi di Jerman. Namun tidak ada satupun dokumen yang ada menyokong tuntutan ini bahawa vril Society ada hubungannya dengan Nazi. 

Jadi sebagai penutup, bahawa sangat alami jika pemikiran kita pada umumnya terbawa hayalan tinggi yang mendorong kita untuk mempercayai senjata mutakhir Wunderwaffen ini, Die Glocke (The Bell) bukanlah pesawat yang sebenar wujud keberadaannya walaupun dalam bentuk prototype saja tidak ada, secara nalar Berlin diduduki oleh Amerika, Inggeris, Perancis dan Rusia, jika ada pesawat semacam itu jika hanya ada satu negara yang menguasai mungkin kita percaya bahawa itu memang ada dan negara tersebut tetap rahsia, namun kita tahu Amerika walaupun bersekutu dengan Rusia dalam perang namun secara ideologi bahkan seusai perang mereka langsung berada dalam blok yang berbeza, Jika Amerika mendapatkannya, Russia pastilah mengetahuinya. 

Die Glocke tidak pernah ada dan tak pernah terbang, sedangkan beberapa foto yang ada hanyalah dari buku karangan Witkowski dan Cook, namun tetap saja hal tersebut menawarkan kita sebuah pelajaran menarik tentang mengapa kita percaya akan hal tersebut.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skystrike 11-9-2014 03:26 PM
memang banyak senjata2 canggih sekarang ni berasal dari hasil prototype2 nazi german dulu.....
Quote uniq61 11-9-2014 04:27 PM
BETUL TU...SATU CONTOH REKAAN MEREKA YANG MASIH DIGUNA PAKAI ADALAH MESIN FOTOSTAT DAN FAX..
SEBAB ITU GESTAPO CEPAT DAPAT MAKLUMAT..
SAMPAI ADA YANG KATA MEREKA GUNA TEKNOLOGI MAKHLUK ASING..
Quote alphawolf 14-9-2014 07:50 AM
Wei kasi kecik sikit font tu boleh tak?
Quote alphawolf 14-9-2014 07:50 AM
uniq61 posted on 11-9-2014 04:27 PM
BETUL TU...SATU CONTOH REKAAN MEREKA YANG MASIH DIGUNA PAKAI ADALAH MESIN FOTOSTAT DAN FAX..
SEBAB  ...

Tu tak campur rangkaian informer lagi
Quote alphawolf 14-9-2014 04:45 PM
lagi satu..thread ni dah ada la....

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.123981 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top