Kisah ini mungkin akan mengganggu emosi anda. Be strong. Festival tahunan ini merupakan tradisi kuno untuk penduduk tempatan di Yulin, China telah mendapat bantahan daripada pencinta haiwan sedunia. Festival ini disambut bagi merayakan solstis musim panas dengan menghidangkan daging anjing sebagai sajian utama. Gambar: Penduduk tempatan dan pelancong sedang makan daging anjing di Yulin Festival ini mendapat sambutan lebih dari ribuan penduduk tempatan dan pelancong yang akan memakan daging anjing tersebut dalam bentuk BBQ, stir-fry dan boiled bersama-sama dengan sayur-sayuran, buah laici dan air minuman alkohol berasaskan bijirin. Gambar: Seorang lelaki sedang makan daging anjing Tradisi tempatan mendakwa bahawa makan anjing dan laici dan minum minuman keras pada solstis musim panas membuatkan orang kekal sihat semasa musim sejuk. Aktivis haiwan menganggarkan 10,000 anjing telah dibunuh setiap kali festival daging anjing itu diadakan. Petisyen telah dikeluarkan untuk memohon Yulin Governor Chen Wu untuk membatalkan festival ini di laman Change.org Gambar: Aktivis haiwan melutut untuk membeli anjing ini bagi elak ia dibunuh untuk Festival Daging Anjing Mereka berusaha membeli anjing-anjing yang telah dijual di pasaran terbuka dengan menggunakan duit kutipan derma dan duit sendiri. Namun, mereka tidak dapat menyelamatkan kesemuanya. Gambar: Antara ribuan anjing yang telah menjadi sajian festival Penyokong-penyokong festival ini sering menggunakan hujah tentang daging lembu yang dimakan oleh orang lain walaupun orang India menganggapnya haiwan suci sebagai alasan utama mereka meneruskan festival ini. Petikan dari CNN, seorang lelaki telah berteriak kerana tidak puas hati dengan tekanan media terhadap festival tersebut di pasar terbuka Dong Kou: “Adakah anda makan daging lembu? Jika anda berhenti makan daging lembu, kami akan berhenti makan daging anjing.” Gambar: Keadaan di pasar terbuka menjual daging anjing “Ini adalah tradisi kita dan kita dah biasa makan daging anjing. Ia adalah budaya kami dan kami takkan mengubahnya (menghentikannya)… Ia lazat! Tapi kami tidak bunuh binatang peliharaan kami.” kata pemilik kedai penjual daging Gambar: Pemotong daging anjing di pasar terbuka. Aktivis haiwan menyatakan daging anjing adalah sebahagian dari diet harian penduduk Yulin. Mereka mahu festival ini dilarangkan seperti mana tradisi China yang telah dilarang sebelum ini, contoh foot binding.
|
2
Bagus |
8
Marah |
3
Terkejut |
1
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
poyohabis posted on 13-10-2014 05:18 PM
Janin pon dia org makan apatah lagi anjing.. Bangsa ni semua bedal,,
drivethru posted on 13-10-2014 05:14 PM
Bila la kat malaysia ni nk buat. Kurang sikit anjing liar berkeliaran. Budak2 pun aman-aman jer main ...
berun posted on 13-10-2014 09:27 AM
kalu kat jepun makan tahi... makan tahi n anjing,kucing,monyet dan lain2 lagi ngeri
ADVERTISEMENT