CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kos Makan, Minum Banduan Rm30 Sehari

10-10-2014 02:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11715| Komen: 115

Kos Makan, Minum Banduan Rm30 Sehari

Gambar hiasan


Kerajaan bukan sahaja menjaga kebajikan rakyat di luar, malah banduan yang berada di penjara turut mendapat perhatian dan penjagaan istimewa.

Ini terbukti sepanjang berada dalam penjara, banduan dilibatkan dengan pelbagai program berbentuk latihan dan kelas agama, selain makan minum mereka berharga lebih RM30 seorang setiap hari.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz berkata, beliau secara peribadi kagum dengan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Penjara Malaysia (JPM) kerana mempunyai pegawai serta anggota yang dedikasi.

Katanya, peranan yang dilaksanakan JPM dalam membaikpulih banduan menerusi sistem parol juga mencatatkan kejayaan tinggi berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan Kanada.

"Tinggal lagi kerajaan menerusi pemimpin di setiap daerah dan negeri perlu memasukkan isu layanan baik pegawai dan kakitangan penjara terhadap banduan dalam siri penjelasan kepada rakyat.

"Sekarang ini rakyat terutama ahli keluarga banduan menanggap setiap banduan yang menjalani hukuman berada dalam keadaan tertekan akibat layanan buruk pegawai dan kakitangan penjara.

"Tanggapan ini harus dikikis dari persepsi masyarakat. Sebab hakikat sebenarnya mereka (banduan) dilayan cukup baik. Makan minum cukup, diberi peluang mengikuti kelas vokasional dan bila tamat akan diberi sijil supaya apabila keluar dari penjara mereka dapat menjana pendapat," katanya membahaskan Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) (N0.2) 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Othman turut menyangkal dakwaan Datuk Mohd Idris Jusi (Batu Pahat – PKR) yang mengungkitkan sejarah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipukul dan didera ketika menjalani hukuman penjara pada 1999.

Katanya, semua banduan dijaga dengan baik sehingga ada pesalah luar negara yang menjalani hukuman penjara di negara ini merayu kepada JPM agar tidak menghantar mereka pulang ke negara asal.

"Mereka merayu-rayu tidak mahu balik kerana selesa dengan keadaan penjara dan layanan di sini.

"Kita jangan ingat bila berada di penjara semua perkara tidak baik berlaku. Dakwaan seperti ini mungkin disebabkan pihak tertentu terpengaruh dengan filem barat yang memaparkan aksi ganas dalam penjara," katanya.

Beliau yakin JPM lebih arif dalam menempatkan setiap banduan mengikut kesalahan masing-masing, bukan diletakkan dalam satu sel bagi pesalah mencuri ayam dengan banduan kes bunuh.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ss8384 9-10-2014 10:53 PM
Siapa yg dpt kontrak huhuhu
Quote clarizsa 9-10-2014 10:56 PM
rm30 seorg utk mkn minum sehari?????

gila sial... i mkn 3 beranak pun x sampai byk tu sehari...
ciss...

dhle dpt mkn tido berak free, dpt lg ilmu ke pelajaran kemahiran free...

nk kna pindah masuk penjara la cmni... huh
Quote Haer 9-10-2014 11:01 PM
clarizsa posted on 9-10-2014 10:56 PM
rm30 seorg utk mkn minum sehari?????

gila sial... i mkn 3 beranak pun x sampai byk tu sehari...

Cost makan dan minum, bukan nilai makanan dan minuman. Nasi lemak kat luar mungkin kos dia 1 hinggit, tapi untuk banduan mungkin kos dia 4 hinggit....
Quote NadineNajmie 9-10-2014 11:02 PM
Dorg mkn 5kali sehari ke?
Quote poyohabis 9-10-2014 11:04 PM
Wow lumayan rm30 sehari.. Mesti dr sarapan ke makan lewat malam ada ayam,udang,sotong.. Kalah makan kat wad kerajaan mcm ni.. Untung bantuan dpt makan mewah2.. Lps ni ramai la yg nak buat salah nak dpt mkn mewah
Quote cmf_acura 9-10-2014 11:04 PM
sapa yg solanglap kontrek ni...kaya2
Quote cmf_acura 9-10-2014 11:05 PM
makansn tarak mewah...yg mewah yg dapat kontrex tu...
Quote R2D2 9-10-2014 11:11 PM
yg paling untung tentunya yg dpt kontrak
Quote winterwhite39 9-10-2014 11:12 PM
sehari rm30 x 30 hari = 900

sama dah dgn gaji minimum

har har har har (gelak hampa)
Quote sahamboi 9-10-2014 11:13 PM
gila kos bela banduan sehari rm30... banduan yg hanya duduk di sel, tak perlukan transport, bayar tol, bayar parking pun kena belanja rm30 sehari. Macam mana pula gomen kata dengan rm2500 rakyat boleh hidup seperti bos...

bela banduan sehari rm30, sebulan dah rm900. kalau banduan sebulan rm900, sudah tentu kos makanan untuk rakyat biasa lebih dari rm900 untuk seorang. Bayangkan kalau ada 2 orang anak, berapa pula kos yang perlu dikeluarkan.

Statement2 orang gomen dan pak menteri ni memang sungguh contradict dan menyakitkan hati. Next pru tak kisah la anwar pun anwar la janji aku tak pangkah BN lagi.
Quote tekoyong 9-10-2014 11:15 PM
baca betul2 la tambi

kos keseluruhan, bukannya makan minum sahaja

mungkin dorang ambil purata kos bulanan penjara bahagi dengan jumlah kesemua banduan bahagi 30 hari = RM30
Quote clarizsa 9-10-2014 11:24 PM
klu keseluruhan pun mewah gak la tambi....
Quote k_rul 9-10-2014 11:25 PM
klau kena penjara kat indon kos makanan dan minuman ditanggung oleh waris...
Quote jazaa 9-10-2014 11:28 PM
clarizsa posted on 9-10-2014 10:56 PM
rm30 seorg utk mkn minum sehari?????

gila sial... i mkn 3 beranak pun x sampai byk tu sehari...

percaya sgt le rm30 sehari....

klu  banduan diberi mkn kfc seminggu 3kali ke, aku percaya lah....

mgkin kerajaan bg rm30 srhari tapi yg dpt tender tu potong tinggal rm3 je sehari
Quote tekoyong 9-10-2014 11:28 PM
clarizsa posted on 9-10-2014 11:24 PM
klu keseluruhan pun mewah gak la tambi....

tambi bukit

kos tu termasuk gaji fasilitator, gaji pegawai penjara, kos logistik, maintenance bagai la dow

kalau kos makanan sahaja, seorang banduan dah ditetapkan sehari cuma RM4.50 la dowww

ko nak berapa le? 10 sen sehari??
Quote jazaa 9-10-2014 11:28 PM
sahamboi posted on 9-10-2014 11:13 PM
gila kos bela banduan sehari rm30... banduan yg hanya duduk di sel, tak perlukan transport, bayar to ...

bersangka baik....

banduan akhir kottt.....
Quote brownstone 9-10-2014 11:29 PM
Lancau sungguh gitu...aku dulu dudk SBP...makanan mcm ta1k...masak cincai2, sayur layu, ikan keras mcm batu....

Bila komplen...kita pulak dituduh x bersyukur, bayar yuran makanan seringgit sehari...tapi nak sedap...itulah yg diujar para warden.
Quote jazaa 9-10-2014 11:32 PM
poyohabis posted on 9-10-2014 11:04 PM
Wow lumayan rm30 sehari.. Mesti dr sarapan ke makan lewat malam ada ayam,udang,sotong.. Kalah makan  ...

kau bersalin srhari berapa hinggit dorang charge utk mkn?...
Quote mbhcsf 9-10-2014 11:37 PM
Hmm...interesting.
Harapnya jadi manusia berguna.

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.037592 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top