Putrajaya enggan dedahkan kos pesawat Rosmah ke Indonesia Putrajaya enggan mendedahkan kos spesifik pesawat rasmi negara yang membawa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Padang, Indonesia untuk menerima anugerah tertinggi Minangkabau baru-baru ini. Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dalam soalannya di Dewan Rakyat mahu Putrajaya mendedahkan tujuan Pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA terbang ke Padang pada 27 Ogos lalu. Setiausaha pengelola DAP itu juga mahu Putrajaya mendedahkan kos dan penumpang yang bersama dalam penerbangan itu.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, selain Rosmah, senarai penumpang tetamu kehormat dalam pesawat itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan serta delegasi kerajaan. Shahidan juga berkata pesawat tersebut digunakan atas urusan perdana menteri bagi lawatan rasmi ke Singapura. "Pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan dan digunakan atas urusan perdana menteri. "Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah dalam anggaran bersesuaian dengan perkhidmatannya," kata Shahidan sepertimana dinyatakan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
|
4
Bagus |
10
Marah |
3
Terkejut |
4
Sedih |
6
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
"Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah dalam anggaran bersesuaian dengan perkhidmatannya," kata Shahidan sepertimana dinyatakan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
ADVERTISEMENT