CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Mpv Rempuh Trailer: Wanita Maut 5 Kanak-Kanak Cedera

8-10-2014 06:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12992| Komen: 78

Mpv Rempuh Trailer: Wanita Maut 5 Kanak-Kanak Cedera


Bidor: Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera termasuk lima kanak-kanak apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 367 Lebuhraya PLUS arah selatan, pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, anggota bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bidor menerima panggilan kecemasan pada jam 2.04 pagi dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati wanita berkenaan yang juga penumpang MPV sudah meninggal dunia manakala enam lagi yang cedera sudah dihantar ke hospital berdekatan oleh orang awam.


Menurutnya, pihaknya mengeluarkan mayat mangsa dari kenderaan itu sebelum menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Akibat kemalangan itu kenderaan yang dinaiki mangsa mengalami kerosakan di bahagian depan," katanya.


KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa. FOTO ihsan Bomba


Tambahnya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nasir Mohd Noor tamat jam 3.02 pagi.

6

Bagus
10

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
14

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matdue77 8-10-2014 01:12 PM
Nampak macam Vellfire jer, berdasarkan grill depan tu...
Quote harimau76 8-10-2014 01:15 PM
mpv apa tu... Alphard ka?
Quote GhostWalking 8-10-2014 01:16 PM
matdue77 posted on 8-10-2014 05:12 AM
Nampak macam Vellfire jer, berdasarkan grill depan tu...

Betul tu matdue:

Wanita maut, suami dan lima anak cedera dalam kemalangan
IPOH 8 Okt. - Seorang wanita maut manakala suami dan lima anaknya cedera  selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 366.7  Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke selatan, di sini hari ini.
Nahas kira-kira pukul 2 pagi itu menyebabkan Wan Markiyah Wan Hamid, 35, yang  tersepit dalam kenderaan jenis Toyota Vellfire,  maut di tempat kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, A. Ravi berkata, kejadian berlaku  ketika kenderaan dinaiki tujuh sekeluarga itu melanggar belakang sebuah treler  yang sedang bergerak di lorong kanan.
Katanya, mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut  dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141008/dn_24/Wanita-maut-suami-dan-lima-anak-cedera-dalam-kemalangan#ixzz3FWmpJg43
Quote matamata 8-10-2014 01:18 PM
Kenderaan berat kat lorong kanan?
Quote lizaliza 8-10-2014 01:18 PM
velfire ni kerap dipandu laju...
Quote matamata 8-10-2014 01:19 PM
Dan mpv tu rasanya mcm laju sgt
treler tu nak memotong
Quote ice_sky92 8-10-2014 01:20 PM
Takziah.....
Quote scorpionkiki 8-10-2014 01:21 PM
Bukan ke lane kanan tu kenderaan berat tak boleh guna?
Quote sapp73 8-10-2014 01:22 PM
inalillah...mengantuk mungkin.
Quote mikasa 8-10-2014 01:23 PM
Mungkin satu kesalahan lori bawak lorong kanan.tapi kalau mpv tu bawak  kurang laju dan peka terhadap apa yg  ada didepan.lori tu kan besar.mungkin kemalangan maut dpt dielakkan
Quote GhostWalking 8-10-2014 01:24 PM
scorpionkiki posted on 8-10-2014 05:21 AM
Bukan ke lane kanan tu kenderaan berat tak boleh guna?

Tapi selalu je guna.Kalau nak potong pun jenis mendadak.Teman gamaknya pulak tengah laju
Quote kitty_lynne 8-10-2014 01:27 PM
Kwn sekolah dulu... Wife meninggal... Mayat bawa blik ke perlis
Quote magnus 8-10-2014 01:28 PM
Nauzubillahiminzalik...
Quote nuralisa 8-10-2014 01:28 PM
treler di lorong kanan.. alphard pulak terlalu laju...
mungkin treler nak masuk kiri .. x sempat sbb laju sgt terlanggar treler dr side penumpang..
Quote kitty_lynne 8-10-2014 01:28 PM
Terkejut pg2 td dpt berita ni.... Innalillah ... Al fatehah
Quote scorpionkiki 8-10-2014 01:28 PM
mikasa posted on 8-10-2014 01:23 PM
Mungkin satu kesalahan lori bawak lorong kanan.tapi kalau mpv tu bawak  kurang laju dan peka terhada ...

Driver vellfire engantuk...lamp belakang treler malap....contributary factors
Quote asyriqa 8-10-2014 01:30 PM
lori kat hiway memang laju sama macam bas eksress... dorang ni slalu aja motong line kanan... dia main masuk aja dia fikir dia besar seme orang mesti bagi laluan... kesian anak2 tuh hilang mak... anak ramai n kecik2 lagi tuh...
Quote alieyrina 8-10-2014 01:36 PM
Mpv memg laju..hiway sgt gelap memalam..ada area yg gelap sampai kalau lori ka apa rosak kat tepi memg xnampak punya lah..

tawakal ja la yg bwk moto mlm2 ikut hiway tu..
Quote awanearisu 8-10-2014 01:59 PM
lampu belakang lori berfungsi ke tak ye?

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.065043 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top