Google Malaysia secara rasminya mengumumkan Street View, sebahagian dari fungsi Google Maps yang memaparkan gambar sebenar tempat di dalam peta, kini boleh mula digunakan di Malaysia. Usaha ini dimulakan Google Malaysia hampir setahun lalu dengan memandu kereta Street View untuk merakamkan gambar-gambar d Malaysia.
Google menyatakan ia kini menerbitkan hampir 90 peratus imej-imej pemandangan yang didapati disepanjang jalan-jalan di Semenanjung Malaysia,termasuk lebuhraya-lebuhraya utama dan jalan-jalan bertol, jalan negeri, pusat bandar dan kawasan kejiranan. Imej itu juga turut menunjukkan kawasan-kawasan bukan jalan utama (offroad) yang diambil oleh ‘Street View Trekker’ menggunakan sistem kamera diletakkan di beg sandang.
Di kawasan terdapat ‘Street View’, imejnya boleh diakses dengan mengheret ikon berwarna jingga ‘Pegman’ kebahagian sebelah kanan peta, ke atas jalan berwarna biru. Di dalam Google Maps baharu, orang ramai juga boleh mencari destinasi tempatan dan di mana terdapat akses kepada imej Street View dari karusel imej (imagery carousel) terdapat di bawah skrin. Antara fungsi yang ada pada Street Maps ialah, melihat gambar-gambar berbeza yang telah diambil sebelum ini. Ini kerana kereta Google Street View akan terus memandu dan merakam gambar walaupun ia telah melalui kawasan tersebut, terutama sekali di dalam bandar. Dengan ini, pengguna boleh membandingkan gambar yang dirakam tahun lepas, dengan gabar yang dirakam tahun ini. Google mungkin akan menyimpan gambar di tempat ang sama setiap tahun, jadi pengguna boleh melihat perkembangan atau perbezaan di tempat itu. Google juga memastikan privasi di Google Maps akan dijaga dengan baik ketika pengguna menggunakan imej Street View ini. Google telah membangunkan teknologi sofistikated yang dapat mengkaburkan wajah manusia dan plat kenderaan bagi menghalang mereka di kenal pasti. Sebagai tambahan, Google juga dapat menunaikan permintaan mereka yang tidak mahu wajah atau imej mereka dipaparkan di Street View dengan menghantar permintaan tersebut melalui “Report a problem” yang terdapat di bahagian bawah kanan Google Maps. Namun persoalan timbul kerana tentang kebenaran merakam foto terlebih dulu sebelum meminta izin daripada tubuh badan atau pemilik rumah. Dalam tinjauan Google Street View tersebut, sangat jelas kebanyakan kawasan perumahan yang bukan apartmen JELAS dirakam dalam kamera yang boleh mengundang kepada pelbagai perkara termasuk kegiatan jenayah. Dari lokasi pintu, pagar, tingkap, jenis kenderaan yang ada dalam kompaun rumah, berapa luas kawasan rumah, beranda dan macam-macam lagi sangat JELAS dipamerkan dalam Google Street View. Ingin ditegaskan, kita bukanlah menentang teknologi. Sebelum ini, banyak pun khidmat Google yang digunakan tanpa masalah. Cuma seakan ia agak melampaui batas dengan menangkap gambar tanpa keizinan. Meskipun ada pilihan untuk ‘request’ membuang gambar atau blur tetapi perumpamaannya begini, bayangkan ada orang ambil gambar anda, sebarkannya di internet. Kemudian selepas beberapa lama baru anda perasan gambar anda di internet. Sebagai mangsa, anda pula perlu meminta gambar anda diturunkan. Dalam masa sama, sudah berapa banyak printscreen yang diperoleh berbilion manusia? Siapa yang memberi kebenaran kepada Google untuk menangkap gambar sesuka hati? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM ke? Adakah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ke? Secara peribadi, Google Street View ini adalah inovasi yang menarik jadi cadangan saya, kalau Google mahu meneruskannya, blur kan saja SEMUA kediaman peribadi atau rumah siap-siap. Kalau anda mahu rumah anda terpampang di internet, barulah request ke Google. |
12
Bagus |
9
Marah |
13
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Dzeko posted on 5-10-2014 10:43 PM
goodness... google street view ni dah berapa lama exist.. cuma bila sampai kat sakai2 yang kat malay ...
Dzeko posted on 5-10-2014 10:43 PM
goodness... google street view ni dah berapa lama exist.. cuma bila sampai kat sakai2 yang kat malay ...
cruz2 posted on 5-10-2014 10:17 PM
Yup..my brother siap clear lg gambar kereta dgn plet no tgh nak masuk parking dlm pagar rumah
Siap ...
ADVERTISEMENT