CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keganasan Rumahtangga Semakin Meningkat

7-10-2014 10:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7060| Komen: 32

Keganasan Rumahtangga Semakin Meningkat



KUALA LUMPUR: Kes keganasan rumahtangga mencatatkan peningkatan sebanyak 1,259 kepada 4,123 tahun lalu dengan Johor, Selangor dan Negeri Sembilan merekodkan kes paling tinggi.


Sebanyak 13 negeri menunjukkan kes berkenaan meningkat dengan Johor mencatatkan kes tertinggi pada 2013, iaitu lebih sekali ganda kepada 583 kes berbanding 264 kes pada 2012.

Selain itu, Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing dengan 512 dan 502 kes berbanding tahun sebelumnya 368 dan 270 kes dicatatkan.

Bagaimanapun, hanya Pahang mencatatkan penurunan kes iaitu 183 pada 2012 kepada 165 kes, tahun lalu.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Asisten Komisioner Hamidah Yunus, kegagalan mengawal emosi adalah antara punca utama berlakunya keganasan dalam rumahtangga.

"Antara punca utama ialah curang, selisih faham, masalah kewangan, anak, cemburu, mabuk, dadah, ugutan melalui telefon dan masalah peribadi," katanya kepada mStar Online.

Asisten Komisioner Hamidah Yunus

Hamidah menjelaskan, terdapat lima jenis kes keganasan rumahtangga iaitu dari segi fizikal, psikologi, seksual, sosial dan kewangan.

Beliau turut memberikan contoh kes keganasan rumahtangga yang mendapat perhatian adalah kes melibatkan penyanyi rock, Awie (Wwings) yang memukul isterinya Rozana Misbun sehingga mendatangkan kecederaan.

Kata Hamidah lagi, kebanyakan kaum wanita yang menjadi mangsa kes keganasan rumahtangga ini seakan malu dan biasanya akan berdiam diri tanpa melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Gambar hiasan



"Memang ada wanita yang takut dicemuh atau tidak tahu bagaimana untuk membela diri dan dalam hal ini, kami mengambil pendekatan tersendiri bagi menangani kes ini.

"Antaranya melalui kempen Kesedaran Wanita, kempen kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan ada juga memberi input melalui jemputan media massa seperti temuramah di stesen radio dan juga di televisyen.

Apa yang kami harapkan agar mangsa kes ini berani tampil untuk membuat laporan supaya kami boleh membantu mereka.

"Pihak polis memandang serius kes keganasan rumahtangga ini dan sedia memberi kerjasama untuk mengheret pesalah ke muka pengadilan," jelasnya.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaza 7-10-2014 09:47 AM
meningkat mungkin sbb wanita skg dah berani nak buat report kot.
Quote kerunai 7-10-2014 10:03 AM
kelate n johor lebih kurey jer ..

isele oh isele .... kuat isele, kuat katok ore tino yer
Quote jazaa 7-10-2014 10:15 AM
kerunai posted on 7-10-2014 10:03 AM
kelate n johor lebih kurey jer ..

isele oh isele .... kuat isele, kuat katok ore tino yer

Kat johor tu brrlambak org kelantan dol....penuh dgn kelantanese....kat hospital muor tu, kebanyakan misi daro kelantan..tu blm kira jb lagi tu....
Quote mdmyana 7-10-2014 10:34 AM

Fomfuan kena belajar karate dari kecik
Quote stinger_attack 7-10-2014 10:55 AM
mdmyana posted on 7-10-2014 10:34 AM
Fomfuan kena belajar karate dari kecik

Bukan diajar cara gunakan C4?

Quote AbukRokok 7-10-2014 11:05 AM
misti ore kelate ni...
ore jawa baik baik adja
Quote mdmyana 7-10-2014 11:06 AM
stinger_attack posted on 7-10-2014 10:55 AM
Bukan diajar cara gunakan C4?


Biar dia menderita berpanjangan...
tak mahu mati terus


Quote mattzzx 7-10-2014 11:15 AM
Nape 'kontinjen' macam wakil ke perlawanan suka sajee.....
Quote pittjie 7-10-2014 11:17 AM
statistik kes keganasan rumah tangga pun guna "kontigen" ek?

Quote kerunai 7-10-2014 12:37 PM
jazaa posted on 7-10-2014 10:15 AM
Kat johor tu brrlambak org kelantan dol....penuh dgn kelantanese....kat hospital muor tu, kebanyak ...

kelate ori n kelate johor la yg duk buat onar katok bini ni ye ?

abis tu misi yang ramai ...ni bini katok laki ke, laki katok bini ni ?

hairan dah ni

kawe mix johor kelate jawa ..agak2 peyno marah tak ?
Quote famri7 7-10-2014 12:47 PM
Ummah kelate darul barbarian...memang budaya mereka ka pukulbini??  Tengok ummah johor smua baik2,dah la laki johor hensem,kelate smua muka mcm indon..selayaknyalah.
Quote fcl29 7-10-2014 12:51 PM
x wat rate ke? per jumlh penduduk setiap negeri..
Quote edee_91 7-10-2014 01:01 PM
johor menjuarai carta. thread makanan @peYno nih.
Quote mattzzx 7-10-2014 01:23 PM
Kontinjen dari Johor mengjuarai  dengan pungutan sebanyak 847 kes.....
Quote R2D2 17-10-2014 02:44 PM
Kemelut keganasan rumah tangga



KEGANASAN rumah tangga bukanlah perkara baru yang berlaku dalam hubungan kekeluargaan. Undang-undang Islam melarang sebarang bentuk keganasan sesama manusia apatah lagi dalam hubungan keluarga sama ada terhadap suami, isteri atau ahli keluarga yang lain.

Surah al-Nisa’ ayat 1 mengiktiraf tentang kejadian manusia yang berasal daripada rahim ibu yang satu. Sudah tentu hubungan silaturahim ini menjadi asas dalam mewujudkan suasana harmoni antara umat manusia apatah lagi jika ia melibatkan hubungan suami isteri.

Secara umum, keganasan rumah tangga dikaitkan dengan keganasan fizikal, emosi, mental, seksual dan ekonomi. Di India, membayar dowri iaitu hantaran perkahwinan kepada kaum wanita dianggap sebagai satu keganasan dalam undang-undangnya.

Sementara itu, di Ghana, menghalang seseorang daripada menggunakan harta kepunyaannya, memusnahkan harta dengan apa cara termasuk menggadaikan harta tersebut adalah sebahagian daripada definisi keganasan. Keganasan dari aspek ekonomi di Australia pula merujuk kepada keadaan seperti menghalang seseorang mempunyai hak autonomi terhadap hartanya, tidak membayar nafkah atau menahan pembayaran nafkah, menghalang seseorang daripada mendapat pekerjaan, apa-apa bentuk paksaan dan kongkongan yang tidak munasabah.

Begitu juga menjadikan seseorang bergantung kepada orang lain daripada sudut kewangan juga adalah salah satu bentuk keganasan di Filipina.


Persekitaran

Mengikut kajian pakar-pakar dalam ilmu kemanusiaan, keganasan rumah tangga boleh berpunca daripada proses tumbesaran seseorang dalam keluarga yang terdedah dengan keganasan. Seorang anak yang membesar dalam suasana ibu atau bapa bersifat ganas, maka besar kemungkinan anak tersebut akan mewarisi sifat ganas itu.

Kurang atau tiada komunikasi yang berkesan antara pasangan suami isteri juga boleh menyebabkan berlaku keganasan secara psikologi dan emosi.

Dalam konteks lain, ketagihan arak sehingga mengganggu kehidupan keluarga juga adalah bentuk keganasan. Suami atau isteri yang mengalami masalah ini sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan kepada pekerjaan dan rumah tangga. Kurangnya kemampuan mengawal kemarahan, konflik rumah tangga, hilang pekerjaan, kemiskinan dan juga sifat cemburu yang melampau dan kepercayaan bahawa melakukan keganasan sebagai cara untuk mengongkong atau mengawal seseorang antara sebab yang dikaitkan dengan keganasan.

Isu keganasan rumah tangga juga mendapat perhatian dunia dengan adanya Deklarasi Penghapusan Keganasan 1993 iaitu keganasan secara fizikal, seksual dan psikologi diiktiraf sebagai keganasan. Keganasan secara mental atau psikologi adalah lebih rumit berbanding bentuk keganasan lain kerana kesannya boleh dilihat secara fizikal. Penderaan psikologi lebih bersifat dalaman dan selalunya akan membawa kepada kemurungan dan sakit mental.

Penderaan secara psikologi termasuklah mengugut, menggunakan bahasa kasar, menghina, memutuskan silaturahim antara anggota keluarga, kawan atau menghalang seseorang daripada mengamalkan budaya mereka.

Mengugut untuk membunuh diri sendiri atau mencederakan orang lain, menghalang seseorang daripada mendapat hak jagaan anak dalam kes perceraian atau dalam konteks yang lain menghina seseorang kerana mandul atau tidak mendapat anak juga termasuk dalam kategori ini di peringkat global.

Jenayah

Di Malaysia, terdapat undang-undang khusus mengenai keganasan rumah tangga iaitu Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Akta ini dalam pindaan terbaharu 2012 mengiktiraf keganasan rumah tangga termasuk penderaan fizikal dan penderaan psikologi.

Tujuan akta ini adalah untuk menghapuskan keganasan rumah tangga, menyelesaikan perselisihan dan menyelamatkan institusi perkahwinan. Bagaimanapun, perlaksanaannya memerlukan sistem sokongan yang menyeluruh bagi mencapai maksud tersebut.

Menggunakan keganasan rumah tangga sebagai satu bentuk jenayah dalam konteks mengatakan bahawa perlakuan tersebut adalah salah juga boleh membantu dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dan tidak hanya memberi penekanan kepada aspek menghukum.

Khidmat kaunseling atau nasihat yang berkesan boleh membantu seseorang membuang tabiat ganas selain pendekatan agama.


Quote ajinomotonosuga 17-10-2014 02:49 PM
apa yang tak naik di mesia tu? kambin pun rasa tak selamat..ni kan plak manusia

baru aku bebel pasal HILANG KAWALAN, tak terkawal

btui kan aku dakwa? di mesia tu apa je yang terkawal? takdokkkkk..segalanya tak terkawal

pasai pa tak terkawal? pasai mesia di urus oleh manusia2 yang bodoh

dan sebab rakyat mesia undi depa.. nasib ko laaaaaaa labuuuu..telan aje ler segalanya
Quote sarahmirza 17-10-2014 02:54 PM
Perempuan sekarang sudah semakin berani, tak hairan suatu hari nanti perempuan yang memerintah negara.
Quote batmana 17-10-2014 03:18 PM
takde pecahan yg ganas tu laki ke pmpn?
Quote kucingTomey 17-10-2014 03:20 PM
perempuan kan mmg suka laki kaki pukul.....lepas kawen boleh diubah katenye...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.237688 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top