CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bumiputera Tidak Boleh Salahkan Kaum Lain

2-10-2014 10:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4604| Komen: 23

Bumiputera tidak boleh salahkan kaum lain




MELAKA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kaum Bumiputera tidak boleh menyalahkan kerajaan dan kaum lain sekiranya sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara menjelang tahun 2020 tidak tercapai.

Beliau berkata mereka perlu menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempertingkat daya usaha bagi memajukan diri.

"Kita tidak boleh menyalahkan orang lain dan mengharapkan mereka mengurangkan usaha demi kepentingan kita, sebaliknya kita kena betulkan diri dan berusaha lebih daripada kaum-kaum lain untuk berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab pada Ceramah Perdana Bersama Pemikir Ulung Negara anjuran Gabungan Persatuan Pesara-Pesara Melaka di sini, hari ini. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Dr Mahathir berkata kaum Bumiputera telah diberikan banyak kelebihan daripada kerajaan khususnya dalam sektor ekonomi namun tidak digunakan dengan baik.

"Sebagai contoh, kerajaan pernah memberikan projek pembinaan kelas-kelas komputer di sekolah kepada kontraktor Melayu tetapi mereka menjual projek itu kepada orang lain," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata konsep berkongsi kuasa politik dan ekonomi yang diasaskan pemimpin terdahulu mampu terus menjamin kemakmuran dan keharmonian kaum di negara ini.

Sebaliknya, katanya tindakan berlumba-lumba menguasai kesemua bidang oleh sesuatu kaum mampu menggugat kestabilan dan ketenteraman dengan tindakan rusuhan berikutan perasaan terasing dan tertindas oleh kaum lain.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sahamboi 1-10-2014 10:33 PM
memang betul pun. Kita kena perbaiki pemimpin melayu kita. Kita kena penjarakan pemimpin melayu yang rasuah dan salah guna kuasa. Kita kena jadi pengimport, kita kena jadi pengeluar, kita kena jadi pembekal. Kuatkuasakan undang2 dan amalkan jujur, ikhlas dan amanah.
Quote Decaffeinated 1-10-2014 10:36 PM
baru sedar ka?...

Quote spiderman80 1-10-2014 10:51 PM
Puan @BotakChinPeng : ''Madey datang bulan lagi!! Kat Mesia kaum Melayu paling kaya.....Cina dan Keling cuma menjadi amah kat rumah banglo kaum Melayu''
Quote BotakChinPeng 1-10-2014 10:53 PM
Ekuiti yang dihitung dgn kaedah sewel pun sibuk mau pokpek ngokngek ka .

Bodohnya
Quote AHMADVW 1-10-2014 11:01 PM
melayu mudah lupo
Quote Orix 1-10-2014 11:17 PM
setuju tun M
Quote Al-Patih 2-10-2014 05:51 AM
mano adoh ...kita tak salahkan kaum lain...kita banggo dongeng hasil BTN.....
Quote PE-DX03 2-10-2014 09:09 AM
setuju dengan encik mahatir. kenapa sebahagian orang meleis envy bila orang cina, india, iban, kadazan kaya dan pandai? meleis malas, suka jadi mat rempit. bila harga petrol naik bising,
Quote kecimpret 2-10-2014 09:13 AM
dah betul laa Tun M cakap tu..tapi macai puak ketuanan x abis2 salahkan cina...miskin salahkan cina, x dpt beli umah salahkan cina, x dpt beli keta salahkan cina
Quote apam 2-10-2014 10:19 PM
Melayu patutnya salahkan tun auta ni.
Quote pyropura 2-10-2014 10:31 PM
spiderman80 posted on 1-10-2014 10:51 PM
Puan @BotakChinPeng : ''Madey datang bulan lagi!! Kat Mesia kaum Melayu paling kaya.....Cina dan Kel ...


..lepas tu akak  @BotakChinPeng   akan tempek gambar cina beratur ambik nasi bungkus yang diambil pada zaman penjajahan jepun untuk kali yang ke 287...
Quote silencekiller 2-10-2014 11:24 PM
Apa yang Tun Det katakan itu memang ada kebenaran.. sudah pelbagai bantuan diberikan oleh Kerajaan sejak zaman bermula DEB... tapi orang2 Melayu kaa bumiputera masih gagal untuk mencapai sasaran .. cara mudah dengan menyalahkan orang lain

Mulut dok sibuk terkumat kamit zalim ke hulu ke hilir.. asal bangun tidoq dok pikiaq salah orang lain.. kununn orang lain zalim ... coba didik anak2 supaya keluar dari kepompong Class 3..  ini masa dok habiskan cari salah orang lainn.. low class  

[youtube]uXOQwb4O9GQ[/youtube]
Quote dess402 2-10-2014 11:31 PM
silencekiller posted on 2-10-2014 11:24 PM
Apa yang Tun Det katakan itu memang ada kebenaran.. sudah pelbagai bantuan diberikan oleh Kerajaan s ...



tak boleh salahkan rakyat .  mmg pelbagai sudut bantuan

disediakan ..  masalahnya tidak sampai kerakyat .

nawaitunya terbocor di tgh jalan .  menteri sana sapu menteri sini sapu .

yg ada pun tinggal hampehh  ..  

lalu yg hampehh2 ini juga yg di canang2 setiap kali pilihanraya dekat

org2 kampung .  tertipu sekali lagi org kampung .

selagi itulah melayu terus kena tipu .




Quote silencekiller 2-10-2014 11:44 PM
dess402 posted on 2-10-2014 11:31 PM
tak boleh salahkan rakyat .  mmg pelbagai sudut bantuan

disediakan ..  masalahnya tidak sam ...

Tompang tanya.. bantuan apa yang hang dok cakap bocor sana sini tuu  ??

Otak jangan sempit.. hang tengok video aku tempek tuu... bantuan Kerajaan dalam pelbagai bentuk pada orang2 Melayu ka bumiputera.. contoh paling nyata adalah bidang pendidikan..

Orang2 Melayu zaman2 dahulu kala majoriti adalah amat miskin, bodoh, hina & ketinggalan jaoh.. Kerajaan bantu sediakan asrama yang ada kemudahan penginapan & makanan untuk memberi peluang pada anak2 orang Melayu supaya mendapat pendidikan.. Melalui pendidikan, Kerajaan berharap orang2 Melayu dapat keluar daripada mentaliti Class 3 yakni berdaya saing seperti orang2 Minda Class 1.. belajaq tidak semestinya kena kerja makan gaji ikot bidang yang diambil.. belajaq adalah untuk membuka minda

Tak cukup dengan itu, kerajaan hantar orang2 Melayu ke luar negara walaupun result tak berapa cemerlang.. bagi peluang belajaq di ITM ( sekarang uitm ) yang yuran amat murah... selepas itu, perkenalkan pula PTPTN untuk membantu masok belajaq kerna sebelum itu mak pak bergolok gadai hendak hantaq anak p mengaji di pusat2 pengajian tinggi

Malangnya.. berapa yang betul2 berjaya??? harapan kerajaan bantu buka minda supaya golongan ini akan memberi didikan pada anak2 depa pula.. tetapi majoriti mak pak dok sibuk zalim ke hulu ke hilir.. didikan terhadap anak2 ke laut sudah .. pastu ada hati dok cari salah orang lain.. salah sundri tak mahu tengok & nilai.. piiiraaahhh low class walaupun mulot busuk mengaku urban kaa apa kaa


Quote dess402 2-10-2014 11:58 PM
silencekiller posted on 2-10-2014 11:44 PM
Tompang tanya.. bantuan apa yang hang dok cakap bocor sana sini tuu  ??

Otak jangan sempit.. ...

dah specific pendidikan pulak .

tadi kata dari dasar DEB ..  nampak macam

nak luaskan skop .  








tapi tiba2 ..
Quote silencekiller 3-10-2014 12:26 AM
dess402 posted on 2-10-2014 11:58 PM
dah specific pendidikan pulak .

tadi kata dari dasar DEB ..  nampak macam

Luaskan skop kununnnn.. piiirraahh... hang yang dok sembang 1 arah.. bocor apa?? seluaq hang bocor kaa??

Meningkatkan taraf pendidikan bukan sebahagian dari DEB tu sundri kaa?? .. yang tu bocor gak ka?? sebab tu jangan jadi otak sempit.. orang dah bagi jalan, tapi seronok dok menyalahkan orang lainnn..
Quote Esmiria 3-10-2014 09:48 AM
Me-layu oh me-layu.m
Quote yaminz 3-10-2014 10:04 AM
besala macai, ms kempem pru-13 pun sibuk salahkan kaum lain... kata melayu ttindas la...
diorg la pybab utama melayu ttindas, patut la kalah kat selangor...
Quote R.A.M.A_mirror 6-10-2014 03:58 PM
ade rakyat salah...
ada pemimpin salah..

honestly..200% agreed wtih him..
kita kena ckup kuat untuk maju daripada bangsa lain,..
tidak salah racist..tapi kena bijak pada tempatnya ,,

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.250398 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top