CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mimpi bertemu arwah ibu petanda ajal

23-5-2013 10:31 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4161| Komen: 8


Motosikal yang ditunggang mangsa dalam kejadian kelmarin


Nurul Ayuni Yusoff

KOTA BHARU - Mimpi bertemu arwah ibu sejak seminggu lalu, merupakan petanda ajal seorang remaja perempuan maut dalam nahas jalan raya, di simpang masuk masjid Kampung Tapang di sini kelmarin.

Kejadian pada jam 3 petang itu menyebabkan mangsa, Nurul Ayuni Yusoff, 19, yang dipercayai keluar dari rumah di cabang masjid Cherang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda bersendirian dari Kota Bharu ke Panji, tercampak ke bawah lori jenis Hino selepas gagal mengelak kenderaan muatan berat itu dari arah bertentangan ketika memotong beberapa kenderaan di hadapannya melalui sisi kiri jalan.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan susulan sebelum disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab ii (HRPZ II) pada jam 6.20 petang.

Abang mangsa, Mukhlis Yusoff, 27 berkata, adik keempat dari tujuh beradik it kerap kali memberitahu, dia bermimpi bertemu arwah ibu, Rohani Mat Diah, yang meninggal akibat barah payudara pada September tahun lalu kepada rakan baiknya yang duduk berjiran.

“Mulanya saya tidak endahkan tentang mimpinya itu, lagipun dia tidak menunjukkan sebarang perangai pelik atau perubahan ketika berada di rumah.

“Dia bersikap seperti biasa dan merupakan adik yang bertanggungjawab serta rajin melakukan kerja-kerja rumah. Jarang sekali dia hendak keluar sendiri, selalunya dia akan ajak adiknya dan bila disuruh barulah dia keluar ke kedai berdekatan dan rutin sehariannya hanya duduk di rumah serta kurang bergaul dengan rakan sebaya,”katanya kepada Sinar Harian.

Mukhlis berkata, dia terkejut menerima berita kemalangan yang melibatkan Nurul Ayuni kira-kira jam 3.30 petang dari ahli keluarga dan terus bergegas pulang dari tempat kerja ke hospital bagi melihat keadaan adiknya itu.

“Tidak saya sangka mimpi terbabit merupakan petanda ajal, bahawa dia akan pergi buat selamannya meninggalkan keluarga.

“Walaupun agak terkejut dengan kejadian yang menimpanya itu, namun saya redha dengan pemergiannya itu dan mengharapkan rohnya di tempatkan dalam kalangan golongan yang beriman, ”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mayat mangsa dibedah siasat di HRPZ II sebelum di tuntut oleh ahli keluarganya untuk pengurusan jenazah.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyqaldina 23-5-2013 10:13 AM
al-fatihah...takziah..
Quote kenarikelabu 23-5-2013 10:17 AM
melayu ni tak abis2 dengan petanda....
Quote indah30 23-5-2013 10:19 AM
Al-Fatihah..

p/s:kenapa penunggang motorsikal suka potong kiri?
Quote prettyuglybabe 23-5-2013 10:34 AM
takziah..


Quote shizukachan 23-5-2013 10:36 AM
Sudah ajalnya...potong kiri ke kanan ke atas ke bawah ke..law dah tertulis mati sekian sekian..mati jugak
Al fatihah...takziah kpd keluarga mangsa
Quote alesandra 23-5-2013 10:38 AM
aku  selalu jugak mimpi arwah ayah aku.tapi takde mati2 jugak aku
Quote tara_tara 23-5-2013 10:39 AM
takziah ajal dan maut ditangan Allah
Quote Cyempaka 23-5-2013 11:37 AM
aku semenjak kebelakangan ni selalu mimpi jumpa dengan orang2 yang dah meninggal
adakah...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.055583 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top