CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pagar Masjid Di Katakan Mirip Lambang Israel

1-10-2014 04:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10936| Komen: 97

Pagar Masjid Di Katakan Mirip Lambang Israel



Razak menunjukkan corak pada pagar Masjid Kampung Surau Haji Yaakob yang akan dibuang selepas didakwa mirip lambang bendera Israel.


        

MARANG – Corak hiasan pada pagar Masjid Kampung Surau Haji Yaacob yang mampu memuatkan 500 jemaah, mendapat perhatian ramai apabila dikatakan mirip lambang bendera Israel.

Pengerusi JKKK Surau Haji Yaacob, Razak Ismail berkata, pihaknya pernah menyuarakan perkara sama kepada konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Maidam.

Namun katanya, pihak berkenaan memaklumkan corak pagar masjid itu tidak sama dengan lambang tersebut menyebabkan ia terus dikekalkan sehingga kini.

“Bagaimanapun, bagi mengelak perkara ini terus diperkatakan, tambahan pula pengurusan kampung dan masjid tidak mahu perkara ini menjadi isu, kita mengambil keputusan untuk buang segi pada corak tersebut.

“Kita akan umumkan pada solat Jumaat minggu ini, kita bukan sahaja akan buang corak pada pagar, malah mimbar masjid yang kelihatan sama dengan corak tersebut,” katanya ketika mengulas maklumat disampaikan sumber yang enggan dikenali menerusi SMS sebelum ini.

Menurut sumber, lambang bintang pada pagar masjid itu mirip dengan lambang bendera Israel, justeru dia berharap pihak berkaitan khususnya pengurusan masjid dapat mengelak daripada menggunakan corak seumpama itu untuk menghiasi ruang masjid.

Bagaimanapun, Razak menafikan pemilihan corak pada pagar dan mimbar masjid itu dipilih JKKK mahupun pengurusan masjid kerana urusan berkaitan kemudahan tersebut diserahkan JKR dilantik Maidam kepada mereka.

Malah katanya, corak pada pagar dan mimbar masjid itu juga berbeza dengan lambang bendera Israel kerana corak tersebut mempunyai lapan segi, sedangkan lambang bendera Israel pula mempunyai enam segi.

“JKKK tiada masalah untuk buang corak itu bagi mengelak syak wasangka. Kita akan buang atau menggantikannya dengan benda (corak) lain,” katanya yang turut memaklumkan masjid itu mula digunakan pada Aidilfitri tahun lalu.

15

Bagus
13

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
20

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 1-10-2014 03:48 PM
pprt sungguh lah diorang ni....
mana ada sama.....star of david  guna triangle....yg kat pagar tu square....
agak2lah nak paranoid pun....
Quote pittjie 1-10-2014 03:49 PM
dia org tu nampak tak .. satu tu tiga segi lagi satu empat segi? motif sgt nak trauma phobia bagai.
Quote kecimpret 1-10-2014 03:51 PM
one word = BANGANG!




Quote aikong 1-10-2014 03:55 PM
bentuk ni jugak yang diguna pakai pada kebanyakan masjid2 dan surau, even klcc pun top view ikut bentuk ni..paranoid level kampung
Quote eyansss 1-10-2014 03:55 PM


bukan ke ni lambang art dalam islam...  haiyoooo...
Last edited by eyansss on 1-10-2014 04:08 PM

Quote clarizsa 1-10-2014 03:55 PM
laaaa kejadahnyaaa... paranoid smpai nk membazir plak..

byk je surau pkai corak gitu.... alaa yg pagar batu tu... rumah2 org pun pakai...
Quote rosasa 1-10-2014 03:56 PM
sama ke?
Quote kecimpret 1-10-2014 03:57 PM
org ganu ni mmg pelik2 pangai...over
Quote tentera_laut 1-10-2014 03:57 PM
bila la orang islam nak maju....

hmmmmm
Quote wickedcat 1-10-2014 03:57 PM
Haiyo.....paranoid x bertempat...
Quote FMKiller 1-10-2014 03:59 PM
macam ni punya orang pon ada ka??
Quote mattzzx 1-10-2014 03:59 PM
Mana ada sama...seakan akan sahajaaaa...
Quote JokesCop 1-10-2014 04:00 PM
Even kalau letak david star pun apa masalah.. Nabi daud tu kan nabi dan rasul dlm islam juga..

Rukun iman percaya kepada nabi dan rasul.. kalau percaya mestilah sayang, mestilah cinta..

Fail..
Quote penyo 1-10-2014 04:01 PM
Lebai bertingket tingket
Quote Megahertz 1-10-2014 04:04 PM
bucu nam dgn bucu lapan pun tak boleh beza ?
Quote kecimpret 1-10-2014 04:06 PM
sanggup membazir duit buang stainless steel...kalo x mau stainless steel tu kasi aku la weyyyy
Quote bangcak 1-10-2014 04:09 PM
dorang sebenarnya nak buat logo 6 bucu mcm masa perang poster dulu.
tetiba tersilap (8 bucu)... itu yg buat kecoh tu.

Quote bellaa 1-10-2014 04:10 PM
mattzzx posted on 1-10-2014 03:59 PM
Mana ada sama...seakan akan sahajaaaa...

itu la pasai..

Quote reddots 1-10-2014 04:11 PM
“JKKK tiada masalah untuk buang corak itu bagi mengelak syak wasangka. Kita akan buang atau menggantikannya dengan benda (corak) lain,” katanya yang turut memaklumkan masjid itu mula digunakan pada Aidilfitri tahun lalu.


abis.. kalau letak bulat, kan tu corak Yin and Yang, ketuanan mata sepet nih..


nak letak segitiga, harus la paranoid ngan  illuminati










Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047693 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top