CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Shila Amzah Jangan Biadap, Usah Campur Urusan Orang Tua!

1-10-2014 11:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 35555| Komen: 232

Shila Amzah Jangan Biadap, Usah Campur Urusan Orang Tua!



KL, 30 SEPT 2014: Dari sehari ke sehari, Murai Batu ni ringan mulut sangat nak menegur sikap penyanyi Shila Amzah yang kini namanya terlalu gah dan besar di China sekarang ini serta sudah cukup sukses menempa pelbagai kejayaan di negara republik tersebut.

Tidak apa. Teruskanlah wahai Encik ND Lala. Semoga anda bahagia menggunakan sosial media untuk membantai pihak media Melayu di sini. Dan, jangan sesekali terlupa bahawa anda semua yang lebih dulu memulakan perang di sosial media ni. Bak kata, Tun M, jangan jadi Melayu Mudah Lupa ya, Encik ND Lala. So, jangan nak tuduh media Melayu yang serang anda semua dulu di media sosial.

Lagipun, kalaulah Shila Amzah tidak repost posting instagram Shila_Photography yang membuat tuduhan kononnya media Melayu memboikot Shila Amzah kerana tidak hadir di konsert itu sedangkan memang TIADA undangan diterima (tolong jangan dolak-dalik), takkan tercetus segala permasalahan ini.

Apapun, berbalik pasal isu Shila Amzah ni tadi, hasrat Murai Batu yang pada asalnya terbantut tadi, terpaksa Murai Batu laksanakan semula selepas mendapat banyak komen-komen daripada orang-orang di dalam industri sendiri.

Adalah dorang cakap kat Murai Batu, isu hutang ni melibatkan Den Wahab dengan bapa dia. Apasal dia (Shila Amzah) pulak dia yang sibuk-sibuk? Ini hal orang-orang tua, so biarlah orang tua-tua yang setelkan. Yang dia pun nak sound Den Wahab apahal? Dah nak mula nak ikut perangai macam bapa dia ke? Cukup-cukuplah...

Lagi satu, dia dah lupa waktu kecik-kecik dulu, dia selalu bertandang serta menghabiskan waktu di rumah Den Wahab serta isterinya itu. Dia dah lupa ke siapa yang selalu kasi dia makan kat rumah Den Wahab dan isteri itu, kalau bukan tuan empunya rumah sendiri? Dah lupa ke?

"Kalau tak mengaku jugak, memang spesis kacang lupakan kulit betullah," ngomel seorang selebriti senior yang amat Murai Batu hormati.

Kata selebriti tu, dia geram sungguh membaca posting Instagram Shila Amzah tentang Den Wahab yang semua orang tahu cukup dihormati sesiapa pun di dalam industri hiburan tanah air ini.

Kalau ya pun nak menyebelahi sangat bapa dia yang memang betul berhutang dengan Den Wahab sebanyak RM15,000 itu, sekurang-kurangnya ingatlah sikit jasa Den Wahab suami isteri pada dia (Shila Amzah) pada waktu itu.

Tak payah nak biadap sangatlah keluarkan kenyataan di sosial media dengan menyindir-nyindir Den Wahab macam tu pulak. Bukan Den Wahab tu tak cari bapa awak, dah bapa awak tu yang selalu lari-lari. Apa kes?

Hmmm... Murai Batu tak tahu nak cakap apa lagi. Lepas ni, Murai Batu redalah kalau ND Lala nak serang Murai Batu pulak lepas nih. Tapi, satu saja yang Murai Batu pesan...Langit tak selamanya cerah! Ada masanya ia akan dilitupi awan mendung. Hujan atau bah, itu semua kuasa Allah!

10

Bagus
10

Marah

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepitsiput 30-9-2014 07:29 PM


biawak dah gigit shila
Quote freakyskinny 30-9-2014 07:33 PM
klu apak i kene pitenah, i pon akan melawan...
Quote judicata 30-9-2014 07:38 PM
Maka sbb ingatkan jasa org tu, harus la shila senyap tgk bapaknya sendiri dimarah org? Fitnah ke betul ke.. tetap shila ada hak nak defend ayah dia. Apa la murai ni.. akai ada x pakai. Biar la shila tu. Tak suka...  ignore ja.
Quote scarflicious 30-9-2014 07:48 PM
Jika begitu............ Sila bayar hutang. Tu pon kalau ingat.
Quote kaishi 30-9-2014 07:50 PM
mmmm

tak habis2 lah dia ni

kenapa jadi mcm ni???


Quote soraya 30-9-2014 08:00 PM
sepitsiput posted on 30-9-2014 12:29 PM
biawak dah gigit shila

kehkehkehkeh....kan dah kena gigit dek biawak...kehkeh
Quote hanuma 30-9-2014 08:07 PM
abis la shila nie lepas nie
Quote siti_kus 30-9-2014 08:09 PM
Kecoh sungguh murai sekor ni
Quote solstice 30-9-2014 08:09 PM
Rasanya hutang tu dah time barred
Sbb x dituntut dlm tempoh 6 tahun
Bawak masuk court pon x laku dah
Sbb tu nd lala riang ria bertepuk tangan

Aku pon ada org berhutang
Masa nk pinjam duit siap bulan bintang bagai
Time nk bayar balik kita ni yg jd peminta sedekah
Ramai pulak tu spisis camni
Quote skymania 30-9-2014 08:13 PM
shila neh bnyk btol masa free die nak balas semua kmen kt laman sosial?

ker die nih social media freak??
Quote September14 30-9-2014 08:13 PM
Sheols kna bdiam diri la xyah pos ape2... G duk cine buat konsert diam2 kt sana.
Quote Lula2 30-9-2014 08:17 PM
solstice posted on 30-9-2014 08:09 PM
Rasanya hutang tu dah time barred
Sbb x dituntut dlm tempoh 6 tahun
Bawak masuk court pon x laku d ...

Well dlm islam selagi tak byr or dihalalkan hutang oleh pemberi hutang tidaklah hutang tu terhapus..
Kita sendiri org islam..takkan taktau mcm mane islam beratkan psl hutang ni..
Pandai pinjam pandailah bayar..dah 1 hal pulak nk kene pegi tuntut..
Quote ladyxez 30-9-2014 08:30 PM
Murai batu dan bahasa meroyan
Suh shila jgn campur urusan ieg tua,
Murai batu pula xampur urusan shila
Dah kena lah tu
Quote kuceeng 30-9-2014 08:35 PM
shela ni media sosail freak...
Quote mzzenma 30-9-2014 08:40 PM
Menyampah betul dgn shila ni. Nampak mcm over nau nak tegur org mcm2. Dalam showbiz dik haruslah coexist. Setakat nyanyi dekat prc tu tak payah nak diva sgt. Yes we are proud of you. Tapi setakat tu ja lah.
Quote juliez 30-9-2014 08:44 PM


So gambar den wahab ni shila ker yg upload dlm ig dia? Apa caption dkt gambar ni acik?



Quote juliez 30-9-2014 08:48 PM
skymania posted on 30-9-2014 08:13 PM
shila neh bnyk btol masa free die nak balas semua kmen kt laman sosial?

ker die nih social media  ...


Noks cuba kalau uols tercampak dok dkt china tu, dgn kawan takde, dgn bf yg ldr. Ada mak ayah je dok teman, tak ker sangap hidup jadinya. Tu yg 24hrs ngadap ig. Kesian sebenarnya dgn shila ni, kecik2 lg dah kena cari duit menyanyi. Bila dah besar pun di angkut ayahnya buat show sana sini. Hilang terus kehidupan remaja sheols. Tapi ikutkan budak2 yg jenis berdikari dari kecil ni sifat dia matured dari bdk2 yg sebaya dgn dia, tapi shila ni mmg tak matured langsung, tahunya meroyan je
Quote mommymonster82 30-9-2014 08:51 PM
Dulu ko kata kat anak orang jangan biadap.. Skrg org lak kata kat anak ko.. So aper rasa skrg ND?
Quote mommymonster82 30-9-2014 08:54 PM
freakyskinny posted on 30-9-2014 07:33 PM
klu apak i kene pitenah, i pon akan melawan...

Mana u tau fitnah?

Lihat semua komen(232)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057752 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top