CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tentera AS bunuh dua pelajar kolej

23-5-2013 10:30 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 2553| Komen: 7

Description: Tentera AS dipercayai menembak sekumpulan pelajar di di Azizabad, Shindand. KABUL - Sekumpulan tentera di bawah pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dipercayai melepaskan tembakan ke arah sekumpulan p . ...

Tentera AS dipercayai menembak sekumpulan pelajar di di Azizabad, Shindand.

KABUL - Sekumpulan tentera di bawah pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dipercayai melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelajar kolej menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut dan berpuluh cedera di Afghanistan.

Menurut pegawai keselamatan wilayah barat Herat, kejadian itu berlaku ketika kumpulan pelajar terbabit sedang menghadiri satu majlis di Azizabad, Shindand.

“Sekumpulan penyiasat dihantar ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan penuh,” katanya kepada AFP.

Akibat daripada kejadian itu, puluhan penunjuk perasaan dilaporkan berkumpul di luar pejabat gabenor bagi mendesak tentera terbabit ditahan dan bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Kehadiran tentera AS di Afghanistan bagi menghapuskan Taliban tidak disenangi sejak kebelakangan ini kerana jumlah kematian terus meningkat walaupun mereka ditugaskan untuk menjaga keselamatan awam.

Mengikut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam tempoh enam bulan pertama 2012, lebih 1,140 orang awam terbunuh dan kira-kira 2,000 cedera dengan 30 peratus mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tobby 23-5-2013 10:36 AM
no wonder org ketawakan korban tornado di amerika ...
Quote shizukachan 23-5-2013 10:38 AM
Depa tuduh muslim terrorist..tgk la depa lagi terok pangai
Quote sayangkid 23-5-2013 08:34 PM
ye2 je berita ni..xkn la askar tu nk tembak org sesuka hati...
Quote alien485 23-7-2017 03:47 PM
cm pelajar saja banyak kesian
Quote Radzor 23-7-2017 08:26 PM
America la pembunuh terbesar dunia. Boleh bangga buat movie dokumentari bagai. Without amerika dunia aman
Quote wunan88 23-7-2017 08:29 PM
Amerika terrorist dunia
Quote zorrro_03 23-7-2017 09:14 PM
Allah akan membalas setiap kejahatan mereka.  Apa lagi kita mampu dalam keadaan spt sekarang. Dan tunggu lah bila kuasa dimiliki oleh lawan kamu.  Allahuakbar.....

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.263026 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top