CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bukit Jelutong Di Landa Ribut Kencang

30-9-2014 05:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12916| Komen: 56

Bukit Jelutong Di Landa Ribut Kencang


SHAH ALAM: Lebih 100 rumah rosak dengan atap gentingnya diterbangkan serta beberapa kereta turut dihempap pokok tumbang berikutan kejadian ribut kuat yang melanda sekitar bandar raya ini petang tadi.

Laluan masuk ke kawasan perumahan yang terletak di Jalan Arca, Bukit Jelutong Timur terpaksa ditutup sementara waktu untuk operasi pembersihan apabila pokok-pokok di tepi jalan tumbang sehingga menutup laluan.

Seorang pengawal keselamatan dari sekitar kawasan perumahan itu yang enggan mahu dikenali ketika ditemui pemberita berkata kejadian ribut disedari berlaku kira-kira pukul 2.10 petang ketika beliau berada di pos pengawal.

"Hujan lebat terbentuk seperti satu puting beliung yang datang dari arah tepi pos pengawal sebelum bergerak ke kawasan perumahan itu dan menyebabkan atap genting tercabut dan pokok tumbang," katanya.

Menurut seorang pemilik rumah dari Bukit Jelutong Muhammad Farid Abgani, 40, rumahnya dibanjiri air selepas atap genting tercabut ekoran ribut tersebut.


"Pokok di depan rumah saya tumbang, tetapi bernasib baik ia tumbang ke arah jalan raya dan bukan ke arah rumah saya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Penolong Pengarah Bomba (Operasi) Selangor, Mohd Sani Harul berkata sebanyak 15 anggota dari Balai Bomba Shah Alam dan Sungai Buloh dihantar ke enam lokasi berbeza di sekitar Persiaran Tebar Layar akibat pokok tumbang dan menghalang laluan.

Katanya, sebuah kereta jenis Proton Wira dinaiki dua orang turut dihempap pokok, namun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba.

Majlis Bandaraya Shah Alam pula dalam satu kenyataan berkata ia telah menghantar unit pasukan pantas mereka ke lokasi pokok tumbang termasuk di Seksyen U8, Seksyen U2, Seksyen 8 dan Seksyen 9.
















36

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
11

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dandindon 29-9-2014 05:06 PM
ni gambor
Quote dzaraa 29-9-2014 05:08 PM
takziah....moga tiada nyawa yg melayang
Quote Peya 29-9-2014 05:09 PM
Ujan lebat sesangat td.
Quote Jagendas 29-9-2014 05:11 PM
gila kentang
Quote revolusi_30 29-9-2014 05:15 PM
Cantik gambar ......
Quote Dzeko 29-9-2014 05:16 PM
aku kat bangunan sebelah pun kena tempias... mmg kuat angin
Quote tepisket.. 29-9-2014 05:21 PM
ada terkena kat kereta ke? abih la nak balik cemana
Quote annehuda 29-9-2014 05:22 PM
adakah kereta tu akan dicover oleh insurans?
Quote Dzeko 29-9-2014 05:23 PM
tepisket.. posted on 29-9-2014 05:21 PM
ada terkena kat kereta ke? abih la nak balik cemana

ada.. yg parking tepi jalan ada yg kena hempap dgn pokok...
Quote tupaiterbang 29-9-2014 05:28 PM
fuyoh dasat
Quote prettyuglybabe 29-9-2014 05:36 PM
kasihannya tuan kereta

Quote R2D2 29-9-2014 05:51 PM
Ribut melanda Shah Alam, banyak pokok tumbang


SHAH ALAM 29 Sept. - Ribut hampir setengah jam yang melanda beberapa kawasan dalam bandar raya ini sebentar tadi menyebabkan banyak pokok tumbang dan menghalang laluan jalan raya.

Antara kawasan yang mengalami kerosakan serius adalah Bukit Jelutong dan Taman TTDI Jaya


Quote FanTasyCreaTioN 29-9-2014 06:06 PM
lagi gambar











Credit To:
http://www.ohmedia.my/2014/09/ribut-bukit-jelutong-shah-alam.html
Quote FanTasyCreaTioN 29-9-2014 06:08 PM










Quote FanTasyCreaTioN 29-9-2014 06:11 PM











Quote dess402 29-9-2014 06:13 PM


KL kuat gak .  banjir sana sini .

tapi tak nampak pokok tercabut pulak.





Quote FanTasyCreaTioN 29-9-2014 06:13 PM










TERIMAKASIH ABANG2 BOMBA
Quote FanTasyCreaTioN 29-9-2014 06:14 PM
dess402 posted on 29-9-2014 06:13 PM
KL kuat gak .  banjir sana sini .

tapi tak nampak pokok tercabut pulak.

Hati2 yer ..
jager diri ok
Quote dess402 29-9-2014 06:16 PM
FanTasyCreaTioN posted on 29-9-2014 06:14 PM
Hati2 yer ..
jager diri ok



dah smpai rumah dah .

tapi masa hujan sesangat tu ..

jalan clear tak jem pulak .

seronok kita balik .





Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.062345 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top