Di China, Konsep 'Restoran Senyap' Dapat Sambutan Luarbiasa
Ia dipanggil ‘Restoran senyap’ kerana kira-kira 80 peratus pekerja di situ terdiri daripada orang kelainan upaya yang tidak boleh mendengar mahupun bercakap. Sekali pandang, restoran berkenaan kelihatan sama seperti restoran lain. Sebaik melangkah masuk, pengunjung akan dapat melihat pelayan restoran menggunakan bahasa tubuh dan isyarat untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Ketua restoran, Gao Cuiping memberitahu media, restoran berkenaan adalah yang pertama seumpamanya. Dikalangan 30 pekerja di restoran berkenaan, 22 daripadanya pekak dan bisu. Pada mulanya pekerja bimbang mengenai halangan komunikasi antara mereka dengan pelanggan, namun sehingga kini, segalanya berjalan lancar dan majoriti pelanggan berpuas hati. Pengurus, Liu Yanxia juga orang kelainan upaya. Pengalamannya bekerja di sebuah hotel sebelum ini memberikannya peluang melatih rakan sekerjanya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Individu yang bertanggungjawab melabur kepada pembukaan restoran berkenaan, Zhang Pingsheng berkata tujuan asalnya membuka restoran berkenaan adalah untuk membantu anak lelakinya yang juga pekak dan bisu serta mereka yang sama senasib dengan anaknya untuk mencari kerja. Menurutnya, idea berkenaan timbul dua tahun lalu dan setakat ini dilihat berjaya. Pelanggan tidak mempunyai masalah untuk memesan makanan dan jika memerlukan bantuan. Mereka hanya perlu menekan loceng yang berada di atas meja serta menulis apa yang mereka mahukan. Pelayan kemudiannya akan tiba untuk membantu mereka.
|
8
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
6
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
judicata posted on 30-9-2014 10:50 AM
ha'ah..aku penah juga. yg dekat dgn padang merdeka tu kan? semua OKU yg pekak & bisu keja kat situ ...
ADVERTISEMENT