CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laksa Rm1.50 Siap Tambah Kuah

30-9-2014 04:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7385| Komen: 45




BOLEH isi sendiri sebanyak mana pun laksa ke dalam mangkuk,  dengan harga RM1.50 malah percuma jika hendak tambah kuah.

Pastinya ini tawaran menarik kepada penggemar laksa dan inilah yang ditawarkan Ishak Ibrahim, 77, atau lebih dikenali sebagai Pak Aq oleh penduduk di Jalan Kuala Baru, Balik Pulau, Pulau Pinang.

“Mereka boleh ambil sendiri rencah seperti bawang, timun dan cili sebagai penyedap rasa. Lain orang, lain cita rasa. Ada yang tak makan bawang. Jadi mereka bebas pilih rencah ikut selera mereka," kata Pak Aq yang merupakan pesara tentera.

Mengenai harga laksa yang dijualnya itu agak murah berbanding tempat lain, Pak Aq berkata ini kerana dia tahu pelanggan yang kebanyakannya penduduk tempatan berpendapatan sederhana dan rendah.

“Pada awalnya, kebanyakan pelanggan saya terdiri daripada penduduk setempat iaitu nelayan, petani dan mereka yang bekerja kampung, sebab itu saya tidak jual dengan harga seperti di tempat lain.

“Lama kelamaan saya terfikir ada baiknya saya terus kekalkan harga ini kerana sambutan yang diterima  menggalakkan dari hari ke hari. Macam ada jenama sendiri pula," katanya.

Seorang pelanggan, Idrus Arshad, 45, berkata,  dia mengunjungi gerai Pak Aq sejak zaman bujang pada tahun 80-an.

“Sampailah sekarang, saya sudah berkeluarga tapi masih ke sini setiap kali hujung minggu" katanya.

Bagi Sim Ah Beng, 68, pula dia menggemari laksa Pak Aq kerana rasanya seperti masakan ibu sendiri.

“Kalau datang sini, makan dua mangkuk pun belum tentu cukup. Rasanya sedap, kuahnya dimasak menepati selera saya," katanya.

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 30-9-2014 10:22 AM
Aq...aq...aq... teringat kat abam adam jutaria. ..     
Quote ninjago 30-9-2014 10:22 AM
murah rezeki pak aq camnie..
Quote prettyuglybabe 30-9-2014 10:23 AM
wah.. ada detail tak kat mana tempatnya? boleh try klu jalan-jalan ke sana nanti
Quote intan_smsb 30-9-2014 10:27 AM
tepek la pica laksa pak aq sekali
Quote R2D2 30-9-2014 11:02 AM
biasanya yg nama
Ishak dipanggil Aq
Faizal dipanggil Chot
Quote bellaa 30-9-2014 11:18 AM
laksa kat tempat aku rm4. padahal niaga tepi jalan je.

Quote ajinomotonosuga 30-9-2014 11:43 AM
R2D2 posted on 30-9-2014 11:02 AM
biasanya yg nama
Ishak dipanggil Aq
Faizal dipanggil Chot

kalo MissNigga?  kita pangey cik tam

ambuihhhhhhh cik tammmm...lawa nya tudun hanggg..bli mana? aku belik nun kat tanjung haaaa
Quote ctiez83 30-9-2014 12:24 PM
XTGOK LG DH TBAYANG SEDAPPNYER LAKSA PAK AQ..
Quote alieyrina 30-9-2014 12:43 PM
Bleh la p ...x sabaqnya nk mkn laksa pak aq..aku memg mkn laksa boh laksa dgn kuah saja ...pastu boh popia  
Quote addicted_girls 30-9-2014 12:46 PM
laksa pokok janggueh dah ade orang celen la ni...
Quote ice_sky92 30-9-2014 01:05 PM
Saya nakkkkkkkkkk. Teringin nak makan laksa.
Quote Modngengade 30-9-2014 01:33 PM
cuba uoul tanya kebangga penang  @cmf-herrhughie   pasti beliyau teruja untuk menjadi tourist guide Last edited by Modngengade on 30-9-2014 01:35 PM

Quote crankshaft 30-9-2014 01:37 PM
Laksa JANGGOS balik pulau...still the no 1......

Lepas pekena semangkuk....cross over the road...pekena pula ice cream goreng.....heaven........
Quote vespa_oren 30-9-2014 02:06 PM
jengkoil posted on 30-9-2014 10:22 AM
Aq...aq...aq... teringat kat abam adam jutaria. ..

Adalah dia @CiliPadiSedap @mh370
Quote bottombikini 30-9-2014 02:16 PM
rasa cam penah masuk rancangan footprint macam hociak 8tv tu..versi Singapore la tapi
Quote alahai 30-9-2014 02:51 PM
laksa pak aq ni dekat ja laksa janggus kat balik pulau nun....masing2 ada pelanggan sendiri...laksa pak aq jual kat gerai tepi lomgkang, kena kangkang longkang dulu baru boleh masuk ke gerai dia, dah tu gerai dia kena jaga2, boleh terantuk kepala kat zink buruk tuh
Quote mbhcsf 30-9-2014 03:02 PM
Baguih Pak Aq ni...so nice...semoga Allah terus memberkati rezeki itu.
Quote mbhcsf 30-9-2014 03:05 PM
alahai posted on 30-9-2014 02:51 PM
laksa pak aq ni dekat ja laksa janggus kat balik pulau nun....masing2 ada pelanggan sendiri...laksa  ...

Laksa janguih? Hmm? Sama dak dgn laksa Penang?
Quote obelisk 30-9-2014 03:10 PM
mbhcsf posted on 30-9-2014 03:05 PM
Laksa janguih? Hmm? Sama dak dgn laksa Penang?

you must be really hate me dont you?

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.083017 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top