CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Skuter Berkuasa Tinggi , Yamaha T-Max

29-9-2014 11:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13344| Komen: 20

Skuter Berkuasa Tinggi , Yamaha T-Max



SEJAUH mana ketahanan anda menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam trafik bandar yang sibuk? Kadangkala disebabkan minat dan kadangkala ego dengan pemilikan motosikal berkuasa tinggi, pengguna sanggup menghadapi jerih payah, letih dan sakit badan melayan trafik kota yang tak pernah kosong.

Sejak dahulu lagi saya bersetuju untuk mengatakan penggunaan motosikal bertransmisi automatik atau lebih dikenali sebagai skuter lebih praktikal untuk digunakan sebagai kenderaan harian dalam bandar.

Sejak akhir-akhir ini, pengguna skuter semakin bertambah dan model berkapasiti besar semakin mendapat tempat dalam pasaran tanah air. Terima kasih kepada kemurahan hati Hong Leong Yamaha Sdn Bhd memberi kepercayaan kepada saya untuk merasai kehebatan Yamaha T-Max.

Menunggang T-Max tidak sukar untuk menarik perhatian orang sekeliling. Rekaan badan yang memiliki karakter jentera supersports lebih menyerlah dengan skim warna Yamaha Racing Team selain faktor deruan bunyi enjin hampir-hampir menyamai jentera berkuasa tinggi empat silinder.

Yamaha T-Max dikuasakan enjin 530cc yang menawarkan 46 kuasa kuda dan 52.3Nm tork. Sebelum ini, model lama T-Max menggunakan enjin 499cc.

Versi baharu menerima beberapa peningkatan mekanikal untuk menghasilkan jumlah tork yang lebih tinggi dengan saiz gerek dari 66 milimeter (mm) ke 68mm, penggunaan omboh aluminium tempaan, penyuntik bahan api YZF-R6, profil camshaft baharu dan injap pengambilan yang lebih besar.

Penyampaian kuasa enjin disempurnakan transmisi automatik CVT melalui tali sawat. Keseluruhan kualiti mekanikal enjin sememangnya wajar diberi pujian dan amat berpadanan dengan harga yang ditawarkan.


1

Bagus
2

Marah

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 29-8-2014 12:36 AM
Proses penghidupan enjin adalah sama seperti mana-mana skuter lain. Sejurus enjin dihidupkan dan pendikit dipulas, daya pecutan amat memberangsangkan dan bergerak dengan lancar di sepanjang perjalanan.

Kuasa enjin dapat dirasakan hasil respons daripada pulasan pendikit saat jarum takometer mencecah 4,000 rpm.

Bergerak melalui kawasan trafik sibuk, saya perlu berhati-hati ketika mencelah di antara kenderaan lain kerana badan T-Max agak panjang berbanding motosikal lain.

Tahap pengendalian T-Max cukup cemerlang walaupun memiliki jumlah berat badan yang agak tinggi.

Maklum balas dari bahagian hadapan adalah berbeza dan tidak setepat motosikal supersports kerana posisi enjin skuter adalah berbeza. Akan tetapi, rekaan yang ergonomik T-Max membolehkan pengubahan arah dengan cepat dan tangkas.

Pengendalian T-Max cukup meyakinkan ketika melalui kawasan berliku dan anda tidak perlu khuatir sekiranya anda cukup bernafsu tinggi untuk melayan selekoh.

Pelana yang ditawarkan pula selesa dan kedudukan tunggangan lebih santai. Begitu juga dengan ruang tempat duduk penumpang belakang, selesa dan tidak terdapat isu dan rungutan. Di bawah pelana pula, ruang simpan yang disediakan cukup luas untuk memuatkan sebuah topi keledar muka penuh.

Melalui lebuh raya, saya tidak tertekan dengan arus angin kuat dalam kelajuan tinggi. Pengadang angin dan bentuk skuter yang aerodinamik sedikit sebanyak membantu kelancaran perjalanan saya.

Bergerak dalam kelajuan sekitar 170 kilometer sejam (km/j), Yamaha T-Max masih kekal stabil di atas casis aluminium dan lengan ayun aluminium yang bersambung kepada roda 15 inci.

Sistem brek yang dipadankan pula memadai dengan berat dan kemampuan pecutan jentera automatik ini. Brek cakera berkembar pada roda hadapan dan cakera tunggal di bahagian belakang mendapat sokongan sistem ABS untuk jaminan keselamatan.

Seperti kebanyakan skuter-maxi lain, T-Max turut memperoleh kemudahan brek parkir.

Saya menyimpulkan Yamaha T-Max menawarkan kepuasan kepada pemiliknya. Rekaan moden, pakej prestasi dan kualiti binaan tidak perlu diragui.

Namun, faktor harga mungkin menjadi sekatan kepada pemilikan skuter ini. Setakat ini, Yamaha T-Max hanya boleh didapati melalui pengimport bebas.
Quote changa=famri7 29-8-2014 12:37 AM
FILLER:

SPESIFIKASI YAMAHA T-MAX
Enjin: 530cc, 2-silinder sebaris, 4-lejang sejukan cecair DOHC
Transmisi: Automatik CVT, V-Belt
Kuasa maksimum: 46hp @ 6,750rpm
Tork maksimum: 52.3Nm @ 5,250rpm
Harga: Sekitar RM65,000
Quote penyo 3-9-2014 04:18 PM
65K. lupakanlah
Quote derihje 6-9-2014 12:31 PM
Beli mahal2, time hujan basah jugak
Quote penyo 10-9-2014 04:39 PM
derihje posted on 6-9-2014 12:31 PM
Beli mahal2, time hujan basah jugak

dah nama Board motor
Quote cmf_kunyit 11-9-2014 02:55 PM
tak pe, bukan hari-2 ujan pon...
Quote lompatikam 22-9-2014 12:10 PM
changa=famri7 posted on 29-8-2014 12:37 AM
FILLER:

SPESIFIKASI YAMAHA T-MAX

RM65K???

baik layan superbike terus.

gambar posisi lain takde ke? Last edited by lompatikam on 22-9-2014 12:11 PM

Quote ryo_takahashi1 22-9-2014 05:17 PM
lompatikam posted on 22-9-2014 12:10 PM
RM65K???

baik layan superbike terus.

yg ada duit apa dia heran.... model ducati ada cecah 200k... hujan basah juga.... baik beli Iriz jer...  tapi dah depa minat... yg penting duit kepok2....
Quote lompatikam 22-9-2014 05:32 PM
ryo_takahashi1 posted on 22-9-2014 05:17 PM
yg ada duit apa dia heran.... model ducati ada cecah 200k... hujan basah juga.... baik beli Iriz j ...

nama pun motor. kehkehkeh...cuma utk skuter...RM65K agak melampau jugak. kalau tgk kelajuan  tak selaju harga dia...mesti ada technology/app system lain yg harga dia cecah 65k.

teman budget harga dia dlm RM35K je. taraf ER6N je.
Quote ryo_takahashi1 23-9-2014 01:16 PM
lompatikam posted on 22-9-2014 05:32 PM
nama pun motor. kehkehkeh...cuma utk skuter...RM65K agak melampau jugak. kalau tgk kelajuan  tak s ...

mike pake moto apa skrg...??

Quote lompatikam 23-9-2014 03:10 PM
skuter LC je. dah 6 thn berkhidmat.

teringin nak upgrade bini pertama hamba nih tapi kewangan tak mengizinkan.
Quote Sagoo 30-9-2014 09:00 AM
ryo_takahashi1 posted on 23-9-2014 01:16 PM
mike pake moto apa skrg...??

,....
Quote ryo_takahashi1 30-9-2014 01:43 PM
Sagoo posted on 30-9-2014 09:00 AM
,....

mengapakah aku ditertawakan...  
Quote Sagoo 30-9-2014 02:10 PM
ryo_takahashi1 posted on 30-9-2014 01:43 PM
mengapakah aku ditertawakan...

xde ape..saje nk ketawe
Quote pijol458 4-10-2014 03:51 AM
penyo: 65K. lupakanlah


tak berbaloi larik 170kmj jer dah 65k.. er6 lagi laju dari tu bawah 40k
Quote lompatikam 9-10-2014 03:41 PM
pijol458 posted on 4-10-2014 03:51 AM
tak berbaloi larik 170kmj jer dah 65k.. er6 lagi laju dari tu bawah 40k

mungkin ada spec yg tahap higtech mcm body carbonfiber, ceramic disk, ABS break, traction control ke, engine racing spec ke plus gear reverse mcm goldwing ke. hatta harga dah berpuluh ribu...awek tgk tetap kata skuter ayah2 je



Quote caul 9-10-2014 03:45 PM
Mahal sungguh.. baik beli superbike je..
Quote NoX 21-2-2015 01:20 AM
Mohon hong leong yamaha bermurah hati beri kepercayaan pada sy jugok utk bwk skuter 65k ini...
Quote viper_2803 27-2-2015 12:15 PM
mak oii...mahal giler.... ingatkan paling2 mahal pun rm20k je...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057006 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top