CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pontianak Memiliki Coli Besar

29-9-2014 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13437| Komen: 44

Pontianak Memiliki Coli Besar


Klaten: Penduduk sebuah kampung di daerah Jawa Tengah ini gempar apabila 18 coli ditemui tersidai di jemuran belakang rumah seorang penduduk, kelmarin.

Sehubungan itu, ketua polis daerah berkenaan, Suginoto berkata, pihaknya akan menyiasat dan menjejaki pemilik pakaian dalam itu.

“Kami sudah menerima laporan dan sudah mengambil coli itu untuk menjalankan siasatan.

“Kami juga ingin tahu motif orang yang meletakkan coli itu di rumah berkenaan,” katanya.. seperti yang dipetik akhbar tempatan, Jateng Pos.


Polis mengambil coli berkenaan untuk memastikan tidak ada perkara buruk berlaku. Selain itu, beberapa kenyataan daripada penduduk juga diambil.


Penemuan coli itu menggemparkan penduduk kampung berkenaan kerana khabar angin mendakwa ia milik puntianak.

Seorang penduduk, Eko, 22, yang mendiami sebelah rumah tempat coli itu ditemui berkata, sebelum ini, 17 coli bersaiz besar ditemui di tempat sama.

“Ini kejadian kedua. Sebelum ini pernah berlaku. Dulu jumlahnya 17 dan saiznya juga besar. Penduduk membakar semuanya,” kata Eko.

Menurutnya, coli itu berada di ampaian jirannya secara tiba-tiba.

“Ada penduduk mendakwa melihat wanita tua, berkuku dan berambut panjang di kawasan itu,” katanya.

Cerita penemuan coli itu tersebar begitu pantas, termasuk ke kampung berhampiran menyebabkan ramai yang datang ke rumah terbabit untuk melihat sendiri coli yang tergantung itu.

Mulanya jumlah coli yang ditemui 18. Tetapi, ketika polis tiba, jumlah berkurangan kepada 17.

“Mungkin ada yang datang untuk melihat mengambil satu coli itu,” kata Eko. 

3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsav 28-9-2014 08:40 AM
ponti pn pakai ke?
Quote batmana 28-9-2014 08:42 AM
Sebelum ni cik ponti anto dobi agak nya
Quote R2D2 28-9-2014 08:43 AM
selama ni kita semua maklum hantu berambut panjang, dan pakaian putih
baru sekarang ada info rupanya dia memang pakai pakaian dalam
pulak dah !
Quote ~anya~ 28-9-2014 09:06 AM
Tidak lah terbuai2 sewaktu terbang dari pokok ke pokok sebegitu...
Quote ice_sky92 28-9-2014 09:24 AM
Hantu kopekkkkkk.
Quote alinone78 28-9-2014 10:31 AM
Besar tu saiz apa dong?
Quote noor2 28-9-2014 10:38 AM
cerita karut pun boleh masuk paper....tak boleh diterima akai baca berita mcm ni...
Quote GhostWalking 28-9-2014 10:49 AM
R2D2 posted on 28-9-2014 12:43 AM
selama ni kita semua maklum hantu berambut panjang, dan pakaian putih
baru sekarang ada info rupany ...

Cik ponti takut bila terbang kopeknya melayang2.Bra membantu dalam memberi full support.hahaha
Quote purpledesire 28-9-2014 10:51 AM
“Ini kejadian kedua. Sebelum ini pernah berlaku. Dulu jumlahnya 17 dan saiznya juga besar. Penduduk membakar semuanya,” kata Eko.


hahaa..ok yg nie mmg klakar..
Quote noor2 28-9-2014 10:56 AM
tukang cerita ni umpama dari kesah harimau makan kancil...dia tukar kancil makan harimau...yang tukang dengar menganga percaya....

dan paling tak menahan..wartawan ikut percaya
Quote lasagnaklcc 28-9-2014 11:16 AM
Kelakar

Quote mak_wa95 28-9-2014 11:26 AM
tempat nama klaten...dekat2 dengan kelantan dah
Quote bellaa 28-9-2014 01:53 PM
cik pon pakai la senza.
Quote dani-rox 28-9-2014 01:57 PM
Iye2 jah berita indon nih. Btw Kak ponti sekali basuh bra berbelas2 koooo. Bizi manjang bergayut.
Tak menahan sempat gak sekor pervert curi seketul bra beliyaw. Mohon kak ponti membuat pembalasan
Quote slavehunter 28-9-2014 02:00 PM
Sian pontianak....kene tuduh...
Quote Decaffeinated 28-9-2014 02:07 PM
brand apa kegemaran pontianak?

ada bra adalah panties kan... takkan asset atas berbalut kemas asset bawah dibiarkan mengganas keaedahnya...



Quote popjack 28-9-2014 02:34 PM
now diriku terasa bodoh membacanya...

tiru trademmark : "kerana dirimu begitu berharga"

Quote RatuDunia94 28-9-2014 04:44 PM
Mulanya jumlah coli yang ditemui 18. Tetapi, ketika polis tiba, jumlah berkurangan kepada 17.

“Mungkin ada yang datang untuk melihat mengambil satu coli itu,”

cube kire lg sekali, tinggal 16...
Quote the_killer 28-9-2014 04:49 PM
indon GDP 1 triilion...ummah jawa ke ni?

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.040885 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top