AWIE TERPAKSA MULAKAN DARI BAWAH, BINI HIDUP BARU
Kuala Lumpur – Penyanyi Rock Awie terpaksa membina semula hidup barunya bermula dari bawah ekoran rumah tangga yang dibina bersama Rozana Misbun berdepan krisis yang sehingga kini masih menjadi kes mahkamah. Kata vokalis kumpulan Wings ini, dia sanggup mengharungi semua keperitan asalkan dapat memberi kebahagian kepada kelima-lima anaknya sekaligus melihat mereka membesar di depan matanya.
Selain Awie, filem komedi itu turut dibintangi oleh Fizz Fairuz, Sharnaaz Ahmad, Neelofa, Aziz M. Osman dan Lan Pet Pet. Filem arahan Khabir Bhatia itu bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober depan. Namun dalam pada dia berkerja keras menyara anak-anaknya, Awie akui terpaksa menolak beberapa tawaran disebabkan tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.
Awie juga tidak menafikan timbul sesalan dalam dirinya dengan apa yang terjadi tetapi dia menganggap semua itu adalah fitrah kehidupan. “Saya anggap ini semua fitrah hidup dan pengajaran besar buat diri saya. Sesal tu ada tapi hidup mesti diteruskan. InsyaAllah saya ada perancangan-perancangan saya untuk masa depan anak-anak. Saya berdoa pada Tuhan agar jangan pisahkan saya dengan anak-anak”, ujarnya. Begitupun Awie berkata dia tetap memerlukan seorang wanita di sisinya. Tetapi buat masa ini dia belum terfikir mahu mencari pengganti kerana sejujurnya kata Awie, apa yang dilaluinya sekarang membuatkan dia takut untuk mendirikan rumah tangga pada masa depan.
Hasil perkahwinan bersama Rozana, Awie dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah (7 tahun), Putra Ahmad Rezzki (6 tahun), Puteri Qasseh Antasha (4 tahun). Pada 22 Julai lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anaknya daripada Mahkamah Tinggi Syariah. Awie turut mempunyai dua lagi anak hadil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12. Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu. Awie bertindak sedemikian selepas mendapati wang simpanannya yang berjumlah ratusan ribu ringgit yang di simpan atas nama akaun Rozana lesap sekaligus isterinya itu didakwa ‘mencuri’ duitnya. Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. |
skymania posted on 24-9-2014 05:31 PM
Anak2 nyawa die.. Tp bnyk jantan mcm shiyal..cth terbaik.. Aidil zafuan ngan ac mizal.. Ni dedua jnt ...
enginelady posted on 24-9-2014 06:09 PM
aku rasa dah tiba masanya awie nasihatkan kawan dia si ac tu. bawak2 le tobat pakcik oi. nanti dah ...
makneng posted on 24-9-2014 06:15 PM
Pakcik ac seronok berjoget sakan dgn neng luna..mana bisa ingat semua perkara...waduhhh
enginelady posted on 24-9-2014 06:21 PM
dgn luna maya ke mak neng? ade projek ape pulak pakcik tu dgn luna maya? ke buat projek eksersais ...
makneng posted on 24-9-2014 06:24 PM
Noks kau jangan gila2 dia ada kuar bideo klip baru dgn luna maya. Pi utiup sana tgk! Sakan dia jog ...
enginelady posted on 24-9-2014 06:29 PM
mane nak tau makneng. dgn ac ni bukan boleh caye sangat. haha. ok! nanti iols tengok!
makneng posted on 24-9-2014 06:31 PM
Rasanya kat bod ni pun ada benang pasal bideo klip ac n luna tu, cer uolls carik. Lagu best la jug ...
ADVERTISEMENT