CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Kaya Tapi Macam Tak Kaya

26-9-2014 10:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10924| Komen: 36

Apek Ini Hanya Naik MRT, Berpakain Seperti Biasa Sehingga Sebuah Akhbar Dedahkan Identitinya



APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura. Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.


‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan. Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.


Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.


Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat. Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.


Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.


Lim juga menolak untuk diberikan limosin sesuai dengan kedudukannya, cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana-mana negara yang beliau singgah.


Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah. Soalan yang paling kerap beliau tanyakan pada pekerjanya adalah – ” Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”


Agak-agak ada tak mana-mana CEO GLC kat Malaysia ni yang bersikap seperti mana yang ditunjukkan Lim?










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote soraya 24-9-2014 09:42 PM
very humble!!  aku suka tengok wallet dia...kehkehkeh...siap ada gambo kartun kena lekat...kehkehkeh
Quote Artemesiaa 24-9-2014 10:13 PM
Kat overc ramai je yang macam ni.  Ramai yang berpangkat dan berkedudukan lebih prefer naik train je sebab lebih cepat dan mudah. Terutama dari negara2 yang punya system train yang amat baik.
Quote boyagombak 24-9-2014 10:16 PM
Nak tenguk Tok Jib dan Pak Moideen hari2 naik beskal dari Putrajaya ke Ofes
Quote ice98 24-9-2014 10:28 PM
Wallet beli mahal2... mst tahan lama maa!!!
Manyak kelekut ini org...
Quote matchstick 24-9-2014 10:30 PM
boyagombak posted on 24-9-2014 10:16 PM
Nak tenguk Tok Jib dan Pak Moideen hari2 naik beskal dari Putrajaya ke Ofes

mati hidup balik pon x kesampaian hajat ko tuh.

lain la kalu ada election lg, mungkin la mereka akan buat perkara2 mcm org buang tebiat nk mampos, tiba2 naik beskal gi kije. tu pon depan media je lah, bukan hari2.
Quote are-ja 25-9-2014 10:00 AM
kat Mesia ramai CEO berlumbe nak tunjuk reta masing2...ahwek cun2...
Quote Dark_Vampire 25-9-2014 10:30 AM
are-ja posted on 25-9-2014 10:00 AM
kat Mesia ramai CEO berlumbe nak tunjuk reta masing2...ahwek cun2...

kat malaysia yg pokai pon berlagak kayer
Quote arira_arora 25-9-2014 11:04 AM
bagus la die ni.. tk show off.. tp bahaya gk dah buat mcni... nnt org culik lak..
Quote amyainsamad 25-9-2014 11:11 AM
kaya-raya!!!!
Quote shamsadis 25-9-2014 12:42 PM
matchstick posted on 24-9-2014 10:30 PM
mati hidup balik pon x kesampaian hajat ko tuh.

lain la kalu ada election lg, mungkin la mere ...






Quote sapeka 25-9-2014 12:53 PM
humble nya...
macam nih la bagus..
tak riak sombong
kagum ngan "uncle " ni
Quote ninja boy 25-9-2014 01:39 PM
singapore aman2 aja kurang jenayah x perlu risau
Quote mattzzx 25-9-2014 01:43 PM
Cara hidup secara bersederhana.... Itu yang patut kita amalkan..
Quote nazurah 25-9-2014 01:55 PM
kalau dari rumah aku pi opis ada public transport...dah lama aku naik, ni kerajaan pun x sediakan jaringan pengangkutan awam yang ideal untuk rakyat...cemana la nak naik public transport...

Quote ais_kosong 25-9-2014 01:57 PM
shamsadis posted on 25-9-2014 12:42 PM

ni lakonan semata
Quote rospinki 25-9-2014 02:21 PM
hrp ia betul..dia pegang duit amanah tu..harusla kena tunjuk "picture" yg bole relatekan kepercayaan org terhadap dia.

namun tidak dinafikan ada segelintir sahaja yg wujud hidup humble mcmni. yg makin peliknya golongan yg tk berapa kaya je yg lebih2 menunjuk2 kekayaan masing2. kat malaysia nisemua org kaya2..susah nmpk org miskin mcm aku..

Quote jaja4 26-9-2014 10:50 AM
Hm tp aku tngok chinese mmg bnyk mcm ni la.. Pakai biasa2 je, tp umah banglo, kete 4,5 biji.. Salah satunye mcm bos aku, muda lagi kot. baru nk masuk 40an, da ade 2 company.. die sesekali je datang opis. Pakaian die, tshirt or kemeja kotak2 ngn beg sandang blakang.. Bos yg sngt2 best..Pindah opis baru siap sediakan bilik kecik utk kiteorg solat. Then,tiap tahun bwk kiteorg g holiday..So far dlm Malaysia, tp otel mmg yg 4-5 star la..Tahun lepas Pegi Universal Studio SG siap bg duit blanje kt staff SG$100  sorang utk shopping.. Last edited by jaja4 on 26-9-2014 10:51 AM

Quote bottombikini 26-9-2014 11:28 AM
jaja4 posted on 26-9-2014 10:50 AM
Hm tp aku tngok chinese mmg bnyk mcm ni la.. Pakai biasa2 je, tp umah banglo, kete 4,5 biji.. Salah  ...

bestnye! ada keje kosong pm k..hehe..

cute sangat wallet dia..ada katun2..best ada atuk camni

kat mesia ramai je yg kaya tp x tunjuk kaya..yg tak bape nak hado ni yg gaye cam duit juta2 dalam bank..padahal nan hado jah

penah dulu keje bank..apek ni datang pakai suar katok dgn singlet...sekali sampai kaunter dia amik duit dlm poket, hambik jenuh kira utk masuk dalam FD...juta woi FD dia

Quote bellaa 26-9-2014 12:07 PM
mattzzx posted on 25-9-2014 01:43 PM
Cara hidup secara bersederhana.... Itu yang patut kita amalkan..

itu la pasal.. negare lain boleh je p keje naek basikal. kalo mesia, nanti kena cop endon atau bangla.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.157775 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top