Mohamad Munir
KLANG - Istana Selangor memberikan sebab kelewatan pelantikan Menteri Besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam PR dalam pencalonan menteri besar.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menyatakan keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos lalu untuk mencalonkan lebih dua nama menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.
Beliau menyatakan Mohamed Azmin dipilih selepas Sultan Selangor mempertimbangkan konsensus PR mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya Mohamed Azmin pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti. "Baginda mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti Pas, PKR dan DAP. "Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa Menteri Besar Selangor perlu dilantik di kalangan Adun PKR untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti PR di Dewan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan. Kenyataan tersebut juga menyatakan Mohamed Azmin, yang dilahirkan di Singapura telah bermastautin dan dibesarkan di Hulu Kelang, Gombak sejak tahun 1968. Mohamed Azmin mendapat surat lantikan dari istana semalam untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelesaikan teka-teki siapa bakal menerajui Selangor. PKR dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong Mohamed Azmin sekali gus memberikan sokongan majoriti kepada beliau. Kedua parti itu sebelum ini hanya menghantar satu nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga ditegur oleh istana yang mahukan lebih dari dua nama dari setiap parti. Pas pula telah menyatakan akan mengikut pilihan dari Sultan Selangor. Bagaimanapun Mohamad Munir tidak memberikan sebab mengapa Wan Azizah ditolak. Beliau dalam kenyataan sama turut menyanggah kenyataan yang mendakwa Sultan Selangor telah mencampuri pentadbiran kerajaan negeri termasuk pelantikan Menteri Besar Selangor. "Untuk makluman umum, ingin dijelaskan sekali lagi bahawa Sultan Selangor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain dari menasihati Datuk Menteri Besar Selangor. "Di dalam urusan pelantikan menteri besar, Sultan Selangor hanya bertindak menurut budi bicara baginda sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," katanya.
|
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menyatakan keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos lalu untuk mencalonkan lebih dua nama menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.
Beliau menyatakan Mohamed Azmin dipilih selepas Sultan Selangor mempertimbangkan konsensus PR mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya Mohamed Azmin pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.
atira posted on 23-9-2014 11:06 AM
nak tahu jugak sbb sebenar jijah ditolak..
nak kata boneka.. eskrem ni pon boneka..
mmg perempuan ...
dauswq posted on 23-9-2014 11:07 AM
pening kepala jap, bukan PAS yg submit rupanya?
jd yg PAS submit aritu semuanya adun PAS lah?
dauswq posted on 23-9-2014 11:07 AM
pening kepala jap, bukan PAS yg submit rupanya?
jd yg PAS submit aritu semuanya adun PAS lah?
atira posted on 23-9-2014 11:14 AM
PAS tak nak kasi tahu nama2 yg dia submit... PAS mmg agak kemaruk kuasa MB disitu
tapi agak ramai ...
atira posted on 23-9-2014 11:06 AM
nak tahu jugak sbb sebenar jijah ditolak..
nak kata boneka.. eskrem ni pon boneka..
mmg perempuan ...
magnus posted on 23-9-2014 11:10 AM
Kak jijah tu kuat nangis..sbb tu lah...sesiket terharu..sesikit justice for papa..lps mng kajang r ...
dauswq posted on 23-9-2014 11:17 AM
tak mungkinlah
kan tertulis spt ni
atira posted on 23-9-2014 11:18 AM
aku suka je perempuan jadi MB.. dgn syarat bukan boneka sesapa lah...
mcm jijah ni tak nampak sgt ...
atira posted on 23-9-2014 11:18 AM
aku suka je perempuan jadi MB.. dgn syarat bukan boneka sesapa lah...
mcm jijah ni tak nampak sgt ...
ADVERTISEMENT