Campak Remote Televison Ke Muka Isteri
Dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, mangsa yang berusia 36 tahun turut ditumbuk suaminya berusia 40 tahun di rumah ibunya di Wangsa Maju di sini, berpunca akibat pertengkaran kecil. Sumber polis berkata, kejadian bermula apabila pasangan itu berbincang kemelut rumah tangga dihadapi mereka. “Bagaimanapun perbincangan itu bertukar sebaliknya apabila suami mangsa tiba-tiba melenting dan terus memaki hamun mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran. “Pertengkaran itu bertambah ganas apabila suaminya membaling alat kawalan televisyen ke arah mangsa sehingga mengenai muka mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang mengerang kesakitan kemudian ditumbuk di muka dan kepala oleh suami. “Kejadian itu amat menyedihkan berikutan ia berlaku di hadapan anak mangsa berusia enam tahun dan ibu mentua mangsa. “Ibu mentua mangsa yang bimbang keadaan mangsa kemudian campur tangan untuk meleraikan pertengkaran itu,” katanya.
|
Herlina posted on 23-9-2014 08:35 AM
Jantan hina. Nak bergaduh pun bergaduh mulut je la. Siap baling remote tv, tumbuk bini tu kenapa?
I ...
ADVERTISEMENT