Gambar hiasan Jurugambar terbabit yang enggan dikenali berkata, pada awalnya dia tidak menyedari kesilapan ejaan itu sehinggalah ditegur beberapa kenalan mengenainya dan segera memadamnya tidak lama kemudian. Menurutnya, kesilapan berlaku kira-kira jam jam 12 tengah malam kelmarin ketika dia sibuk memuat naik gambar pasangan pengantin yang diambilnya bersama seekor kuda dengan tujuan mempromosi perniagaan, namun tidak memeriksa perkataan ditulis pada gambar berkenaan “Selepas lima minit gambar itu dimuat naik dan disiarkan dalam laman Facebook, beberapa rakan dalam laman sosial menegur saya terhadap perkataan ditulis dan saya segera memeriksanya dan terkejut apabila menyedari kesilapan dilakukan. “Saya segera menukar perkataan itu tetapi tidak menyangka ada pihak sempat membuat ‘print screen’ gambar itu serta menyebarkannya di laman sosial hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam. Jurugambar itu berkata, dia sememangnya tidak berniat berbuat demikian, apatah lagi melakukan perniagaan perkhidmatan gambar pornografi kerana masih waras dan apa yang berlaku disebabkan kesilapan menaip perkataan.
|
nurul_akmar posted on 23-9-2014 07:48 AM
alahai. harian metro ke sumbernya. mcmni punya isu pon nk jd berita. asalkan ada unsur2 sexual. siki ...
ADVERTISEMENT