CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan Baru Dari Gurun Ke Pulau Bunting Yan Kedah

22-9-2014 10:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12107| Komen: 39

Belum maklum kena pindah rumah



Tajul Urus (dua kiri) ketika melakukan tinjauan.

ALOR SETAR - Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah telah mengadakan pertemuan bersama sebahagian penduduk di daerah Yan dan Kuala Muda bagi memaklumkan mengenai projek pembinaan jalan baharu dari Gurun ke Pulau Bunting, Yan.

Pengarahnya, Samsudin Bakar berkata, pertemuan itu turut melibatkan Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, baru-baru ini.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, pihaknya telah memaklumkan bahawa beberapa rumah mungkin akan terlibat bagi memberi laluan kepada pembinaan projek jalan tersebut.

“Pada peringkat awal ini, kita hanya boleh memaklumkan bahawa akan ada rumah-rumah yang terlibat dalam projek tersebut.

“Tetapi kita belum boleh mengumumkan rumah siapa yang terlibat kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, bagaimanapun, pihaknya akan memanggil individu-individu berkenaan bagi membincangkan perkara tersebut dalam sedikit masa lagi.

“Apa yang kita laksanakan ini sebenarnya adalah untuk pembangunan infrastruktur, penyediaan kemudahan kepada rakyat dan meningkatkan ekonomi penduduk di Kedah, khususnya di dua daerah tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, kerajaan negeri akan membina jalan sambungan dari Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah Gurun ke Pulau Bunting.

Menurut laporan itu, pembinaan jalan tersebut adalah bertujuan untuk memajukan lagi kawasan persekitaran daerah Yan, terutama di Pulau Bunting sebagai Pelabuhan Kedah (Kedah Port).

Tajul Urus berkata, jajaran sepanjang 18.6 kilometer (km) itu adalah melibatkan keluasan tanah sebanyak 54.3 hektar.

Manakala pengambilan bangunan yang terlibat ialah dua rumah separuh batu, dua rumah kayu, enam rumah separuh kayu, empat rumah batu dan selebihnya ialah tempat cuci kereta serta gerai-gerai tepi jalan.

Jelasnya, projek bernilai RM250 juta itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.



13

Bagus
15

Marah
32

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 21-9-2014 01:06 PM
Kroni kroni mesti  dah senyum ???
Quote blastoff 21-9-2014 01:11 PM
Port ni bagus untuk kedah kerana port kat penang tu dah cetek dek kerana aktiviti tambakan laut yang terlalu aktif . Kargo kilang terpaksa guna port klang dan port tanjung pelepas di johor yang pastinya menaikkan kos para pengilang.

Jadi untuk belah utara ni perlu wujud port yang boleh berfungsi dengan baik. Dulu kala sebelum M'sia merdeka kedah pernah terkenal dengan pelabuhannya sendiri yang banyak saudagar dari seluruh dunia menggunakannya.

Jadi pembinaan port ni sebagai satu cara kerajaan mengembalikan semula kegemilangan kedah dulu kala tu sebagai hub perdagangan yang terkenal, juga satu inisiatif yang berkesan untuk membawa pembangunan ke kwasan terpencil .

Good job BN.

Last edited by blastoff on 21-9-2014 01:13 PM

Quote hyie 21-9-2014 01:14 PM
mohon simpan berita ni dan bukak  balik lepas 3 tahun
Quote blastoff 21-9-2014 01:15 PM
mattzzx posted on 21-9-2014 01:06 PM
Kroni kroni mesti  dah senyum ???

Pembangunan perlu di laksanakan di kawasan luar bandar , pengilang2 dah lama merungut port kat penang tak boleh guna, so tak timbul isu kroni moni, yang penting ada keperluan untuk melaksanakannya .

Quote ladydutch 21-9-2014 01:16 PM
blastoff posted on 21-9-2014 01:15 PM
Pembangunan perlu di laksanakan di kawasan luar bandar , pengilang2 dah lama merungut port kat pen ...

pembangunan tak salah

tapi kalau kos pembangunan itu masuk kepada kroni berpuluh puluh percent dari kos keseluruhan
itu kesalahaan besar

itu yang rakyat tak suka



Quote mommymonster82 21-9-2014 01:17 PM
Jalan yg buat dulu dah rosak..jmbatan tu pon dah tutup...
Quote mattzzx 21-9-2014 01:18 PM
blastoff posted on 21-9-2014 01:15 PM
Pembangunan perlu di laksanakan di kawasan luar bandar , pengilang2 dah lama merungut port kat pen ...

Pembangunan mesti di laksanakan tak kira kawasan pembangkang sekali pun...itu semua untuk keperluan rakyat....


Quote blastoff 21-9-2014 01:21 PM
hyie posted on 21-9-2014 01:14 PM
mohon simpan berita ni dan bukak  balik lepas 3 tahun

Kerajaan kedah memang aktif lah untuk menjadikan port kedah satu kenyataan, sebelum ni depa check status jambatan yang menghubungkan pulau bunting dan yan untuk selidik sapa punya dan adakah jambatan tu mampu tanggung beban lori kontena yang berderet guna nantinya ,

kemudian usaha untuk nak amek tanah bagi pembinaan highway dari gurun ke pulau bunting agar lori2 kontena boleh amek jalan selesa dan pendek .

Nak buat port bukan macam buat reban ayam lah cek woii dalam sekejap masa boleh siap semua  , kena selesai satu2 perkara la berserta perancangan yang rapi memandangkan pelabuhan bakal menampung keperluan kapal2 besar , kren2 dan lori2 kontena yang bertali arus.

Kalau guna jalan kampung kat yan tu mau berlubang habih la jalan tu kang tak larat nak tampung berat lori2 kontena yang bermuatan penuh tu .  
Quote blastoff 21-9-2014 01:24 PM
mattzzx posted on 21-9-2014 01:18 PM
Pembangunan mesti di laksanakan tak kira kawasan pembangkang sekali pun...itu semua untuk keperlua ...

Kawasan pembangkang kat selangor dengan kat penang tu kerajaan tak bagi pembangunan kaa ? Yang jambatan sampai 2 kat penang dan segala maknenek pengangkutan moden LRT MRT kat selangor tu bukan pembangunan ka ?

Yang tak cukup pembangunan adalah kawasan luar bandar macam kat yan kedah tu .

Quote mattzzx 21-9-2014 01:27 PM
blastoff posted on 21-9-2014 01:24 PM
Kawasan pembangkang kat selangor dengan kat penang tu kerajaan tak bagi pembangunan kaa ? Yang jam ...

Betul tu....
Itu sebagai contoh sajeee.....pembangunan mesti dilakukan untuk kebaikan dan kegunaan rakyat..

Quote blastoff 21-9-2014 01:27 PM
ladydutch posted on 21-9-2014 01:16 PM
pembangunan tak salah

tapi kalau kos pembangunan itu masuk kepada kroni berpuluh puluh percent  ...

Hang pi merungut mende tu kat DAP laa, perbelanjaan kerajaan negeri di selewengkan untuk kepentingan parti sendiri , buat pasukan keselamatan guna duit rakyat tapi angkut dan sebar bendera parti time pilihanraya.
Quote blastoff 21-9-2014 01:32 PM

Kenal pasti pemilik jambatan
                                                                    Mohamad Fakhri Mohd Ali
                                                        20 Mei 2014


                                                                                                                         
                                                                            

Tajul Urus dan Pengarah JKR Kedah, Samsudin Bakar menggunakan motosikal untuk melawat Pulau Bunting lebih dekat, semalam.                                                                   
                                                               
                        
                                                                                                                            YAN - Kerajaan negeri akan mengenal pasti semula status pemilikan jambatan yang menghubungkan tanah besar di daerah Yan ke Pulau Bunting.
       
        Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, perkara itu perlu bagi membolehkan kerajaan negeri dapat memajukan pulau tersebut.
       
        “Sebenarnya jambatan ini ditutup untuk orang ramai dan kita tidak tahu siapa pemiliknya. Secara umumnya, ia bukan dimiliki Kerajaan Persekutuan kerana tiada dalam Jabatan Kerja Raya (JKR).
       
        “Namun kita percaya, urusan pembinaan jambatan ini mungkin dilakukan kerajaan negeri terdahulu dengan kerjasama swasta,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Pulau Bunting, di sini semalam.
       
        Menurutnya, jambatan yang dibina sejak tahun 2003 itu juga hanya boleh dilalui dengan motosikal kerana berpagar.
       
        “Saya akan melihat semula fail-fail lama kerana saya yakin kerja-kerja pembinaan jambatan itu ada di pihak kerajaan negeri.
       
        “Selepas status pemilikan itu diketahui, kita akan minta pihak JKR untuk melakukan pemeriksaan dari segi keselamatan, ketahanan dan sebagainya terhadap jambatan itu sebelum digunakan,” katanya.
       
        Tajul Urus berkata, perkara itu penting bagi memastikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Bunting sebagai Pelabuhan Kedah (Kedah Port) tercapai.
       
        “Kerajaan negeri sebenarnya serius nak mengadakan pelabuhan di Pulau Bunting. Kalau dilihat dari segi infrastruktur, kita sudah ada jambatan dan jalan yang menghubung tanah besar ke pulau ini.
       
        “Pada masa sama, kita pun tahu Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port) juga sudah padat dan melimpah. Jadi kita boleh bina pelabuhan baru sebagai alternatif,” katanya.
       
        Tambahnya, beliau juga akan mengadakan perbincangan lebih serius dengan pihak berkaitan mengenai perkara itu pada hari ini.
       
        “Sudah tiba masanya untuk kita bina kawasan pelabuhan di Pulau Bunting. Tambahan pula, baru-baru ini syarikat Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd (Merapoh) telah memeterai perjanjian perkongsian dengan kerajaan negeri bagi pembinaan projek Zon Industri Petroleum Yan (Zipy),” katanya.
       
        Mengulas mengenai cadangan penduduk setempat yang mahu Pulau Bunting dijadikan sebagai kawasan pelancongan, beliau berkata, banyak lagi kawasan lain yang boleh dijadikan untuk tujuan pelancongan.
       
        “Sebenarnya banyak lagi kawasan yang ada potensi untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan. Misalnya Pulau Songsong dan Pulau Telur,” katanya.
       
        Terdahulu, kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan pembinaan sebuah pelabuhan di Pulau Bunting.
       
        Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pembinaan pelabuhan itu diyakini dapat membantu mengembangkan industri automotif di negeri ini.
       
        Beliau berkata, melalui pelabuhan itu, Kedah tidak perlu terlalu bergantung kepada Pelabuhan Pulau Pinang yang semakin hari semakin sesak.

http://www.sinarharian.com.my/ed ... k-jambatan-1.281977
               
            



Quote blastoff 21-9-2014 01:36 PM
Kerajaan kena pastikan jambatan tu betul2 boleh di guna lori2 kontena yang bermuatan berat bertali arus..... kang tak sampai sebulan guna merudum runtuh , tak ke naya
Quote ladydutch 21-9-2014 01:41 PM
Perlu ke nak ada pelabuhan di yan

Cukuplah kalau upgrade pelabuhan penang jadi lagi besar

Membaxid je buat prort bau
Quote Anak_Nogori 21-9-2014 01:47 PM
Wa..kasi potong tu penang port.

Quote babydoll 21-9-2014 01:49 PM
blastoff posted on 21-9-2014 01:32 PM
Kenal pasti pemilik jambatan
                                                                     ...

gambaq mcm pi ronda2 bersama rakan sebaya dipetang hari plak.hahah!!
Quote pearl.silver 21-9-2014 01:50 PM
Sejak nmpk papan notis nk bina lebuhraya gi pulau bunting ni dah rasa pelik..
Quote blastoff 21-9-2014 01:53 PM
babydoll posted on 21-9-2014 01:49 PM
gambaq mcm pi ronda2 bersama rakan sebaya dipetang hari plak.hahah!!

Itu laa, nampak macam kaki pancing dok merempit atas jambatan lah plak  

Quote babydoll 21-9-2014 02:13 PM
blastoff posted on 21-9-2014 01:53 PM
Itu laa, nampak macam kaki pancing dok merempit atas jambatan lah plak

haaa!! betoi2! hat tu lagi tepat. hahaha! tahan pakai baju kemeja ja.cuba pakai tshirt.mmg nampak sungguh pi meronda ptg hari.hahaa!!

syiok noohh pakcik ronda2 tgk kwsn naik moto.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.187269 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top