Tandas Tiada Pintu Yang Meresahkan Keadaan tandas awam di sebuah stesen bas yang tidak mempunyai pintu meresahkan pengguna.
BATU GAJAH – Keadaan tandas awam di sebuah stesen bas di sini, yang kotor dan tidak diselenggara dengan baik menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengguna. Pengguna, Anthony R Vijaya, 49, berkata, masalah kebersihan dan kerosakan tandas awam di stesen berkenaan bukan perkara baru kerana telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu. Menurutnya, keadaan itu amat memalukan kerana stesen berkenaan merupakan tempat awam. “Tandas lelaki di hentian bas tersebut bukan sahaja kotor malah rosak kerana setengah pam sudah tidak berfungsi dengan baik selain tidak mempunyai pintu.
“Selain itu, tangki air bocor hingga mengakibatkan air melimpah dari atas bumbung,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam. Anthony berkata, keadaan tandas awam di medan selera sebuah plaza di sini, turut kotor selain lampu di premis itu tidak berfungsi. Jelasnya, pasti pelanggan yang menjamu selera di situ berasa kecewa dengan keadaan tandas di premis berkenaan. “Orang luar yang datang ke plaza itu pasti memberi pandangan negatif terhadap keadaan tandas berkenaan. “Jadi, saya minta pihak berkenaan menyelenggara tandas tersebut secara konsisten bagi menjamin kebersihannya,” katanya
|
cowey posted on 19-9-2014 12:49 PM
tandas awam kat malaysia nie bape kerat je yg okay..
kadang2 tu, yg berbayar pun teruk jea..
ice_sky92 posted on 19-9-2014 03:21 PM
Tandas kat sekolah pun kotor. Dulu aku sanggup tahan berak kot drpd masuk tandas sekolah. Buang kt u ...
ADVERTISEMENT