CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Mandikan Sahabat Karib Setiap Hari

15-9-2014 03:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8432| Komen: 87

Sanggup Mandikan Sahabat Karib Setiap Hari

Zainuri menjalankan rutin hariannya pada setiap hari dengan menguruskan Mohamed sebelum memulakan perniagaannya.



SANGGUP berkorban demi seorang rakan karib. Begitulah yang dapat digambarkan sifat murni seorang peniaga air tebu di sekitar Taman Samudera, Batu Caves, Zainuri Yit, 59, yang tidak pernah lepas tangan menjaga sahabat baiknya, Mohamed Jusoh, 72, sejak empat tahun lalu.

Walaupun mempunyai keluarga sendiri dan memperolehi pendapatan tidak seberapa, itu bukan alasan Zainuri untuk membiarkan nasib Mohamed yang tidak boleh berjalan sejak dua jari kaki kirinya dipotong selepas mengalami kecederaan kerana tersepak lesung batu sebelum ini.

“Sejak jari kaki dia kena potong, saya sedih sangat sebab dia dah tak boleh jalan macam biasa. Dulu kami memang rapat, ke mana-mana pun bersama," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah mengusik hatinya, isteri dan anak Mohamed mengalami masalah mental sehingga kehidupan seharian sahabatnya itu tidak dapat diuruskan dengan baik.

"Sebab tu dengan rela hari saya ambil tanggungjawab menjaga Mohamed meskipun dah ada keluarga sendiri dan perniagaan yang perlu diuruskan," katanya.

Menurut Zainuri, dia akan datang ke rumah Mohamed setiap pagi sambil membawa sarapan untuknya.

“Lepas habis kerja petang, saya datang lagi untuk mandikan Mohamed dan pastikan dia terurus," tambahnya.

Bagi Zainuri, dia langsung tidak berasa terbeban dengan keadaan Mohamed walaupun dirinya hanya peniaga tebu kecil-kecilan.

"Alhamdulillah dengan pendapatan yang diperolehi ini, walaupun tak banyak saya masih mampu tanggung belanja perubatan Mohamed di farmasi setiap minggu.

"Rezeki saya juga cukup untuk keluarga kami. Saya bersyukur ke hadrat Allah," katanya yang telah menjalankan perniagaan tersebut selama hampir 30 tahun.

Dalam pada itu, Mohamed turut memberitahu Sinar Harian, dia bersyukur mempunyai sahabat baik seperti Zainuri yang sentiasa mengambil berat keadaan dirinya.

“Walaupun dah tak ada siapa nak jaga , tapi dia tetap datang setiap hari untuk bawa makanan serta mandikan saya.

“Segala budi dan jasa yang dia dah buat untuk saya memang tak dapat dilupakan sampai bila-bila,” katanya dengan nada terharu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 12-9-2014 11:16 PM
untung siapa ada sahabat baik yang betul2 ikhlas berkawan dgn kita....
Quote dani-rox 12-9-2014 11:28 PM
mulianya hati pacit zainuri... semoga kedua2nya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Quote spiderman80 12-9-2014 11:35 PM
Zainuri Yit, awak adalah contoh insan Tuhan yang mulia. Malaysia perlukan lebih ramai rakyat macam kamu. You've earned my respect, Sir.


Apabila saya tua nanti, saya pun tak kisah tolong mandikan kawan baik saya iaitu Puan@BotakChinPeng . Walaupun beliau agak menjijikan, tapi atas nama persahabatan kami yang terbina sekian lama amat berbaloi.
Quote sixret 12-9-2014 11:36 PM
Subhanallah. Menitik air mata saya sebak membaca berita ni.

Semoga pak cik Mohamed sembuh dan semoga Allah murahkan rezeki encik Zainuri sekeluarga dan memberi kesihatan.

May Allah bless all the good and kind-hearted people all around the world.
Quote sayawifenikmie 12-9-2014 11:41 PM

.... sebak hati membacanya kisah 2 sahabat ini ... orangterdekat dengankita sekarang ini pun belum tentu akan berbuat sedemikian kepaa kita .... untung pakcik mat ni ....
Quote sayawifenikmie 12-9-2014 11:42 PM

.. oh ya .. semuga terbuka mata dan mata hati JKM dan zakat utk membantu kedua insan ni jika mereka layak menerima bantuan ....
Quote amiraira 12-9-2014 11:47 PM
Baiknya pakcik ni
Muga Allah permudahkn kehidupan dia
Aminnnn
Quote matamata 12-9-2014 11:54 PM
spiderman80 posted on 12-9-2014 11:35 PM
Zainuri Yit, awak adalah contoh insan Tuhan yang mulia. Malaysia perlukan lebih ramai rakyat macam k ...

Elokla korang bedua tido sekatil sebantal...
Quote ice_sky92 13-9-2014 12:02 AM
Respect pakcik ni.
Quote little_sis 13-9-2014 12:11 AM
semoga murah rezeki dan berkat la hidupnya..
Quote JoyahJay 13-9-2014 12:28 AM
Allah.hebat nya pakcik ni.satu dalam sejuta.moga sentiasa di rahmati Allah *nangis*
Quote melinda_kerr 13-9-2014 12:38 AM
Semoga tuhan membalas kebaikan kamu di dunia dan akhirat. Amin
Quote ladyxez 13-9-2014 12:52 AM
Moga Allah permudahkan segalanya urusan dunia dan akhirat encik Zainun yit
Quote akusukaq 13-9-2014 12:59 AM
Maseh ada manusia yang berhati mulia semoga ganjaran menunggu mu di sane
Quote FanTasyCreaTioN 13-9-2014 01:15 AM
Semoga selepas tersiar berita ni
ada insan2 berhati mulia datang menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan untuk memudahkan pakcik Zainuri membeli barangan perubatan dan makanan untuk kawan dia tu..
Quote munchkin 13-9-2014 01:33 AM
lah sahabat sebenar. Syukurlah. Moga Allah kurniakan rezeki yg lagi banyak utk beliau sekeluarga.
Quote nh83 13-9-2014 01:37 AM
Mulianya hatimu pakcik!! Inilah sahabat yg sebenar..sahabat yg setia ketika senang & susah..
Quote PongKang 13-9-2014 01:40 AM
respect kat pakcik ni.
Quote Orange1 13-9-2014 01:41 AM
Jkm tolong bagi self propelled wheelchair kat pakcik ni n shower wheelchair sekali senang skit. Siapa kaki fb tolong tulis kat fb jkm jap, kadang2 dorg ni bukan pikir sgt benda2 mcm ni. Tolong aturkan sesi fisio berkala yg teratur utk pakcik ni or apa2 rawatan susulan yg diperlukan. Kalau setiap hari pakcik ni perlukan pembantu utk beberapa jam jkm kena arrange kan. Jkm tolonglah maju skit benda2 mcm ni.

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.150228 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top