CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aktiviti Wad Sakit Mental Seharian

15-9-2014 12:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11205| Komen: 35

Aktiviti Wad Sakit Mental Seharian

Ipoh: Makan tidur, makan tidur! Mungkin itu antara rutin harian yang terlintas dalam fikiran segelintir masyarakat mengenai pesakit yang tinggal di hospital mental.

Namun, bukan itu yang berlaku di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) kerana realitinya masa lapang mereka terisi dengan aktiviti cukup menarik, terutama bagi penghuni Wad Kebun

Menanam pokok bunga dan sayur-sayuran selain menternak ikan dan ayam serama antara kegiatan hakiki yang jelas kelihatan sebaik saja memasuki pekarangan utama Wad Kebun Lelaki seluas 81 hektar di hospital terbabit.

Dari jauh dapat dilihat kira-kira 10 penghuni mundar-mandir di kebun. Ada yang memberi makan ikan, ada seakan berbual dengan ayam di reban dan pelbagai lagi gelagat.

RUMAH yang disediakan untuk penghuni HBUK.


Diiringi udara segar dengan persekitaran menyejukkan mata, kebun itu mungkin tidak dapat bertahan lama tanpa penjagaan rapi oleh penghuni yang diajar oleh kakitangan sejak mula memasuki wad itu.

Pesakit kelihatan seronok melakukannya sehingga ada yang seakan menganggap sesetengah pokok atau ternakan sebagai tanggungjawab mereka untuk menyiram, membaja, memberi makan dan sebagainya.

Menurut Pembantu Perawatan Kesihatan HBUK Mohd Zaki Mohd Daud, 57, rutin pesakit wad itu bermula jam 6.30 pagi sebaik bangun daripada tidur sebelum mandi, kemas katil, makan ubat dan tidak terkecuali menyanyikan lagu Negaraku.

Ia disusuli sarapan pagi sebelum semua penghuni melakukan aktiviti bebas dengan pemantauan kakitangan dan disebabkan pesakit di wad itu  dalam kategori semakin pulih, mereka berkebolehan untuk berkebun dan cukup berdisiplin.

25

Bagus
30

Marah
23

Terkejut
28

Sedih
17

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 15-9-2014 07:43 AM
untuk sis kerna bukak thread seperti ni



Quote GhostWalking 15-9-2014 08:00 AM
FanTasyCreaTioN posted on 14-9-2014 11:43 PM
untuk sis kerna bukak thread seperti ni

thank you.Awalnya dah bangun
Quote mak_wa95 15-9-2014 08:06 AM
nama pun hospital bahagia..

dah ada kategori mental...yang dah nak baik pas2 makan ubat pula,memang ok la..
Quote FanTasyCreaTioN 15-9-2014 08:13 AM
GhostWalking posted on 15-9-2014 08:00 AM
thank you.Awalnya dah bangun

ekekeke caam biasa bangun kol 2am
cuma arini boleh santai2 lama skit kat porum sebab adik2 cuti sekolah
hahaha kita boleh jadi mem bosar
" tu tu tu .. buat .. tu tu tu kemas "

bila baca thread sis ni tadi ..
try2 gak tanya pakcik google
terjumpa yang ni


berpeluh aku dibuatnya,,huahuhau....sambil berkebun, aku sempat berbual dan mengambil gambar pt...macam2 ada kat kebun tu.....ada pisang, ada kangkung, ada pokok naga dan macam2 lagilah...rambutan pon ada...


tanaman pisang mampu menghasilkan nilai komersial ke pasaran luar....anda patut berbangga dengan pencapaian pesakit psikiatrik ini...BANGGA aku tgk hasil yang mereka lakukan ini...patutkah mereka dipandang serong oleh masyarakat luar...? mereka juga manusia biasa...INSYAALLAH, bersamalah kita memahami jiwa mereka walaupun mereka hidup di dalam "2 alam" yang berbeza....mereka patut disayangi dan dihormati...

Credit To:

http://jendelah.blogspot.com/
Quote GhostWalking 15-9-2014 08:16 AM
FanTasyCreaTioN posted on 15-9-2014 12:13 AM
ekekeke caam biasa bangun kol 2am
cuma arini boleh santai2 lama skit kat porum sebab adik2 cuti s ...

Bagus jugak ada aktiviti yang boleh di isi macam ni.Good distraction ye dak.Ada hasilnya
Quote mommymonster82 15-9-2014 08:17 AM
FanTasyCreaTioN posted on 15-9-2014 08:13 AM
ekekeke caam biasa bangun kol 2am
cuma arini boleh santai2 lama skit kat porum sebab adik2 cuti s ...

Bestnya....

Betul betul..

Tahniah pada pembuka thread.. Tajuk ni sgt informatif di luar kotak..

Bestnya rasa nk jugak try gi duk sana tengk gelagat dorg
Quote Vellfire 15-9-2014 08:19 AM
baru tau...ingat dorang tido makan jer...
Quote callance 15-9-2014 08:24 AM
bagus la ade aktvt camni. dari duk kurung je, x baik2 lak penyakit nye..
Quote FanTasyCreaTioN 15-9-2014 09:15 AM
mommymonster82 posted on 15-9-2014 08:17 AM
Bestnya....

Betul betul..

terbaca ni tadi

PASTI ramai yang masih teringat kisah tragis pada 25 Ogos tahun lalu. Ia mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun iaitu Mohd. Adam Muszhaffar Muhaimin yang meninggal dunia selepas lehernya hampir putus disembelih oleh bapanya sendiri, Muhaimin Sautar, 33, dengan sebilah pisau.

Tragedi menyayat hati yang berlaku di Kampung Sungai Budor, Kota Bharu, Kelantan itu mungkin boleh dielakkan jika Muhaimin yang mengalami masalah mental tidak menghentikan pengambilan ubatnya.

Bukan Muhaimin sahaja yang menghentikan pengambilan ubat itu dengan mengisytiharkan dirinya sudah sihat, hakikatnya ramai pesakit psikiatri yang lain turut berbuat demikian gara-gara enggan dilabel oleh masyarakat sebagai gila.

Lupuskan istilah

Mentaliti sebegini perlu diubah. Istilah gila perlu dilupuskan dan digantikan dengan stres, depresi, sakit jiwa, sakit mental dan sakit saraf.

Realitinya, setiap daripada kita terdedah untuk menghidap sakit mental jika tekanan atau stres yang dialami gagal diurus dengan bijak.

Hakikatnya, pesakit psikiatri yang bertindak di luar batasan kewarasan fikiran boleh dielakkan jika masyarakat tidak bersikap prejudis terhadap golongan itu dengan melabelkan mereka sebagai gila sedangkan penyakit mental dapat dipulihkan jika mendapat rawatan segera.

Pesakit-pesakit mental biasanya dirawat di hospital-hospital sakit jiwa seperti di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan di Ipoh, Perak dan Hospital Permai Johor Bahru, Johor. Namun tidak ramai yang mengetahui mengenai kewujudan pusat rawatan harian psikiatri di Pusat Rawatan Harian Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sebelum melangkah masuk ke pusat rawatan harian tersebut, perasaan gusar dan takut bersilih ganti dalam diri penulis bimbang diserang oleh pesakit psikiatri di situ.

Nyata telahan penulis meleset kerana pesakit psikiatri di pusat rawatan harian tersebut tekun membuat aktiviti masing-masing.

"Tidak perlu bimbang kerana pesakit psikiatri yang teruk ditempatkan di wad, manakala mereka yang sudah pulih dihantar ke pusat rawatan harian psikiatri.

"Mereka yang telah stabil dihantar ke pusat ini untuk membina kemahiran dan kawalan bagi melakukan aktiviti harian.

"Pada masa yang sama, latihan inijuga bagi membiasakan mereka dengan persekitaran," kata Pakar Psikiatri dan Pensyarah di PPUM, Dr. Aida Syarinaz Ahmad Adlan.

Menurut Aida, setiap hari pesakit psikiatri akan datang sendiri atau dihantar oleh ahli keluarga masing-masing untuk menjalani rawatan harian bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang.

"Mereka yang ditempatkan di pusat ini terdiri daripada pesakit yang pulih di antara 50 hingga 60 peratus.

"Jika ada antara mereka yang bertindak agresif, maka mereka akan diletakkan di wad semula," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Pusat Rawatan Harian Psikiatri PPUM hanya menempatkan pesakit psikiatri yang menerima rawatan di PPUM sahaja.


Quote FanTasyCreaTioN 15-9-2014 09:21 AM
GhostWalking posted on 15-9-2014 08:16 AM
Bagus jugak ada aktiviti yang boleh di isi macam ni.Good distraction ye dak.Ada hasilnya

ada juga wad harian rupa nya sis

"Jika ada orang luar yang berminat untuk mendapatkan rawatan di pusat harian tersebut, mereka perlu mendaftar di klinik terlebih dahulu.

"Doktor bertugas akan melihat keadaan seseorang pesakit psikiatri itu sebelum diletakkan di pusat rawatan harian," jelasnya.

Kata Aida, setiap pesakit mempunyai aktiviti mereka sendiri berdasarkan saranan doktor. Mereka juga mempunyai borang rujukan masing-masing kerana terapi setiap daripada mereka berbeza-beza.

Pesakit psikiatri di pusat rawatan harian tersebut melakukan aktiviti seperti bengkel latihan dan pemulihan kerja yang dinilai berdasarkan beberapa aspek. Antaranya termasuklah kedatangan, ketepatan masa, penampilan diri, komitmen dan komunikasi. Selain itu, kualiti kerja, pengurusan tekanan semasa kerja, interaksi dalam kumpulan dan beberapa aspek lain juga dinilai.

Rutin pesakit psikiatri bermula seawal pukul 8.30 pagi. Meraka akan melakukan senaman pagi diikuti permainan dalam terapi kumpulan, aktiviti memasak, terapi asertif atau psikodrama, terapi lukisan, latihan penampilan diri dan sebagainya.

"Terapi berkumpulan biasanya melibatkan perbincangan mengenai cara-cara untuk menguruskan kesihatan mental, permainan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran memasak.

"Setiap hari Rabu minggu ketiga, pusat ini mengadakan program pendidikan psikologi keluarga khas untuk memberikan informasi kepada keluarga pesakit tanpa kehadiran pesakit," katanya.

Jelas Aida, ia lebih kepada sesi soal jawab antara pihak pusat rawatan harian dan ahli keluarga pesakit. Lazimnya, ia tertumpu kepada perkembangan pesakit di rumah. Pada masa yang sama, ia juga platform untuk mendidik ahli keluarga pesakit cara-cara menguruskan pesakit psikiatri.

Walaupun pesakit semakin pulih dan mendapat rawatan harian di pusat tersebut, pesakit psikiatri masih perlu meneruskan pengambilan ubat-ubatan.

"Dalam hal ini, keluarga memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit psikiatri mengambil ubat mereka.

"Jika ada pesakit yang sudah lama tidak datang ke pusat ini, kami akan menghubungi keluarga mereka untuk mengetahui perkembangan kesihatan pesakit dan menasihatkan mereka untuk membawa pesakit menjalani rawatan seperti biasa," jelas Aida.

Pusat Rawatan Harian Psikiatri PPUM ini dibuka setiap hari kecuali cuti umum. Pusat itu menempatkan pesakit berusia 18 hingga 60 tahun dengan bayaran RM5 sehari.

Menurut ketua jururawat pusat rawatan harian tersebut, Lezah Mohd. Kasmuri, pusat harian itu juga mempunyai sebuah kafe yang dikendalikan oleh pesakit psikiatri. Kafe itu dibuka pada tahun 2009 hasil idea Dr. Hazlin Lockman.


SEORANG kakitangan PPUM (tengah) membimbing pesakit dengan menguji tahap ingatan mereka.


Credit To:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm
Quote aqyueetda 15-9-2014 10:42 AM
eh saya pernah tau masuk kwsn hospital ni.
tapi bukan le masuk wad..hehe
masa tu praktikal ngan JKR ipoh.ada projek dalam ni.
kwsn mmg luas & cantik.
tenang,damai je kwsn keliling..
Quote yayangmama 15-9-2014 11:02 AM
yup betul tu...mereka yang ada penyakit ni mesti makan ubat dengan betul
teringat masa keje hospital bhgn rekod...
kesian pada wife yang suami di diagnose penyakit ni, tp xmoh makan ubat
las2 wife terpaksa minta cerai...ye lah mana nak tahan...
kekadang tanya2 juga pada mereka2 yang nak amek rekod sebab apa...
diorg cerita lah...husband culas makan ubat...
bila suh makan kata dah sihat...realiti nya kat umah prangai da separuh mental...cian padi wife n ank2
Quote setia00 15-9-2014 11:05 AM
bagus macam ni..kurang tekanan pesakit mental.
ada benda yang mereka nak buat selain terperap dalam bilik kurungan.
Quote GhostWalking 15-9-2014 11:09 AM
FanTasyCreaTioN posted on 15-9-2014 01:21 AM
ada juga wad harian rupa nya sis

Kiranya wad harian tak membebankan sangat sebab murah sambil pesakit dapat di pantau kan
Quote sueism 15-9-2014 11:10 AM
nasib pesakit mental berbela
tapi yg kesian bila ada org yg memang mental
tapi tak di hantar ke spital mental
Quote kerunai 15-9-2014 11:14 AM
kadangkala jadi gila lebih bahagia daripada jadi manusia biasa ....
Quote supernaturalee 15-9-2014 11:27 AM
lagi kisah2 hosp bahagia & pengalaman2

http://forum.cari.com.my/forum.p ... &extra=page%3D3


to : @anne_boleyn


i copy link ur thread kt sini boleh na
Quote supernaturalee 15-9-2014 11:28 AM
kerunai posted on 15-9-2014 11:14 AM
kadangkala jadi gila lebih bahagia daripada jadi manusia biasa ....

pnh jadi gila ke?

story sket apa yg bahagia sgt tu

Quote GhostWalking 15-9-2014 11:29 AM
supernaturalee posted on 15-9-2014 03:27 AM
lagi kisah2 hosp bahagia & pengalaman2

http://forum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=8244 ...

Tihihi ni citer antu di spital bahagia

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.077043 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top