Mencari Waris Bayi Kotak Air Mineral BACHOK - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bachok mencari waris atau ibu bapa kepada bayi lelaki yang ditinggalkan di depan sebuah kedai runcit di Kampung Badak Mati, Tawang, di sini, 7 Jun lalu. Bayi berkenaan kini berada di bawah jagaan JKM untuk sementara waktu selepas diserahkan kepada agensi itu oleh pihak hospital. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali waris serta ibu bapa bayi itu boleh menghubungi Pegawai JKM Bachok, Azizah Zakaria atau Pegawai Pelindung, Azlina Mohd Zain menerusi talian 09-764 0806 atau faksimili 09-764 0807. Bayi berkenaan ditemui oleh pasangan suami isteri, Seman Salleh, 68, dan Zuraini Ab Wahab, 43, kira-kira jam 5.15 pagi, 7 Jun lalu, dipercayai berusia seminggu ketika itu. Bayi itu ditinggalkan dalam sebuah kotak air mineral semasa ditemui di depan pintu rumah kedai pasangan berkenaan dengan pakaian lengkap dan dibaluti tuala.
|
5
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
19
Sedih |
15
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT