Menurut Dr Mahathir, setelah 22 tahun, beliau masih gagal untuk mengubah persepsi yang mengatakan orang Melayu malas dan kurang amanah. Di dalam ucapannya juga, beliau mengatakan yang orang Melayu tidak malu jika gagal dalam peperiksaan mahupun gagal dalam kehidupan. “Ada juga yang mengatakan, tak apalah jika gagal, nanti boleh menjadi “Mat Rempit”. “Saya selalu bercakap kepada orang bukan Melayu supaya jangan berfikir bahawa orang Melayu pemalas. Tapi sekiranya orang bertanya kepada saya hari ini, saya terpaksa cakap orang Melayu memang pemalas,” tegasnya. Kata Dr Mahathir, “Jangan sesekali kita mengambil duit yang bukan milik kita.”
“Saya melihat ada dalam kalangan Melayu yang suka mengambil duit yang bukan hak miliknya. Kita perlu urus kewangan kita dengan baik dan ikhlas. “Jangan kita ambil yang bukan milik kita. Jika kita lakukan, itu maknanya kita mencuri,” jelasnya. Dr Mahathir juga turut menceritakan pengalamannya dalam menguruskan pentadbiran dalam penjualan roti selepas bersara. “Saya membuka kedai roti adalah bagi memberi peluang kepada orang Melayu untuk sebagai pengurus kedai. “Namun apa yang saya lihat, mereka tidak jujur dan kurang amanah kerana ada dalam kalangan pekerja saya yang mencuri duit pengurusan kedai tersebut. Ini telah terjadi dalam kehidupan saya,” ujarnya. Tambahnya, jika kita urus duit dengan tidak amanah dengan berkata tak apalah sebab bos tidak tahu, itu satu sikap yang tidak baik. “Kadang-kadang gaji seseorang itu cukup, tetapi tidak menghargai kerjanya dan hanya berfikir boleh sapu duit sedikit.’ “Jika kita jujur walaupun hutang banyak, kehidupan kita terutama dalam perniagaan akan menjadi kuat. Tetapi jika tidak jujur ia bukan sahaja beri kesan kepada diri kita sahaja, ia beri kesan pada bangsa sebab hutang tidak bayar,” katanya. Tegasnya, kita harus belajar sikap jujur. Beliau juga menceritakan pesanan ibu beliau yang mengajar beliau dari kecil supaya tidak mengambil yang bukan miliknya. “Saya berharap rakyat lebih mengutamakan kejujuran dan beramanah dalam kehidupan,” katanya. |
Bagus |
8
Marah |
8
Terkejut |
2
Sedih |
6
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lurve82 posted on 14-9-2014 03:12 PM
aku rasa yg ramainya melayu lelaki yg malas...
larikkkkk...
ajinomotonosuga posted on 14-9-2014 03:26 PM
donyaa ni sementara ajee... wat pe keje keras rajin2 bertongkat donyaa?
akhirat jua yang kekal..
...
lurve82 posted on 14-9-2014 03:27 PM
tgk kat universiti sudah la..xyah jauh2...ramai ppuan..lelaki gi mana pun aku xtau...
larikkkk. ...
lurve82 posted on 14-9-2014 03:28 PM
akhirat kekal...tp klu dh mls blh msuk syurga ke? ko rasa?
larikkk...
ladydutch posted on 14-9-2014 03:29 PM
Kalu tengok workshop cina
Mereka hire orang cina mostly
Melayu tak boleh harap
ADVERTISEMENT