Isteri Di Luar, Suami Di Tilam Pasangan buruh berusia 30-an terbabit ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh pemilik ladang berkenaan jam 12.30 tengah hari. Lebih menyayat hati, wanita terbabit yang dipercayai hamil ditemui telentang di luar pondok manakala suaminya pula mati dalam keadaan tertiarap atas tilam. Pemilik ladang, Tan Chong Kok, 44, berkata, dia dan isterinya menaiki pacuan empat roda Toyota Hilux pergi ke ladang itu untuk mengutip buah naga, namun sebaik tiba pasangan terbabit tidak membuka pintu pagar seperti kebiasaan. “Saya membunyikan hon beberapa kali, tetapi mereka tidak keluar untuk membuka pintu pagar. Saya menunggu hampir 10 minit, namun mereka tidak juga kelihatan menyebabkan saya menyuruh isteri masuk mencari mereka. “Isteri saya tiba-tiba menjerit memanggil saya dan memberitahu bahawa pekerja kami ditemui terbaring berlumuran darah,” katanya di lokasi kejadian, semalam.
Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital. Dia berkata, selepas memeriksa dan mengesyaki kedua-dua pekerjanya dibunuh, dia segera ke Balai Polis Mantin untuk melaporkan penemuan itu bagi siasatan lanjut. Tan berkata, pasangan suami isteri itu difahamkan berasal dari Lombok, Indonesia dan bekerja di ladang seluas 1.4 hektar miliknya itu sejak lebih setahun lalu. “Kali terakhir saya berjumpa mereka Isnin lalu ketika datang mengutip buah. Mereka memang tinggal di pondok yang disediakan dalam ladang berkenaan sejak mula bekerja dan kedua-duanya baik hati dan rajin bekerja,” katanya. Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Superintendan Khoo Leng Huat ketika ditemui di lokasi kejadian memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui motif kejadian itu. Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. “Saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7583222 atau Pegawai Penyiasat, Deputi Superintendan Affendy Sulaiman di nombor talian 012-6788174,” katanya. |
13
Bagus |
6
Marah |
10
Terkejut |
15
Sedih |
11
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
muo1202 posted on 12-9-2014 08:32 AM
apa motip ni... bukan rompak kot, ni mesti dendam.. x puas ati...
ADVERTISEMENT