CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Oklahama ditabrak bencana: 91 mati bila bandar ranap !

22-5-2013 10:21 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4960| Komen: 30

Description: SEBAHAGIAN rumah ranap selepas dimusnahkan puting beliung gergasi.- AP MOORE - Anggota-anggota pasukan penyelamat berusaha mencari sejumlah mangsa yang tertimbus di celah runtuhan rumah, sekolah rend ...

SEBAHAGIAN rumah ranap selepas dimusnahkan puting beliung gergasi.- AP

MOORE - Anggota-anggota pasukan penyelamat berusaha mencari sejumlah mangsa yang tertimbus di celah runtuhan rumah, sekolah rendah dan sebuah hospital di pinggir bandar Oklahoma selepas kejadian angin puting beliung yang berlaku kelmarin.


Dalam kejadian bencana alam itu, 91 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera. Saiz puting beliung itu berukuran tiga kilometer lebar dan ia melalui kawasan bandar Moore di bandar Oklahoma sekali gus menyebabkan ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan. 

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut mengisytihar kawasan di sekitar Oklahoma sebagai kawasan bencana besar. Menurut White House, Obama telah dimaklumkan secara ringkas mengenai bencana alam itu.

Seramai 20 daripada 91 orang yang terbunuh itu merupakan kanak-kanak. Pusat Perkhidmatan dan Ramalan Kaji Cuaca Kebangsaan AS menyatakan, puting beliung itu dikategorikan sebagai yang kedua paling bahaya dengan kelajuan angin 320 kilometer sejam. 

Ia mengeluarkan amaran 16 minit sebelum puting beliung itu melanda Moore. Beberapa saksi menyatakan, puting beliung itu kelihatan lebih bahaya daripada puting beliung gergasi yang melanda di kawasan yang sama pada 3 Mei 1999 menyebabkan lebih 40 orang terbunuh dengan mengakibatkan ribuan rumah musnah.

Bencana yang berlaku di Oklahoma pada tahun itu dianggap yang ketiga terbesar dalam sejarah AS sehingga mengakibatkan kerugian lebih AS$1 bilion (RM3.01 bilion). Seorang saksi, Jeff Alger, 34, berkata, dia dan isterinya termasuk beberapa anak mereka melarikan diri dari Moore selepas mengetahui puting beliung itu akan melanda.

Menurutnya, dia melihat puting beliung itu mengganas beberapa kilometer dari sini. "Mereka (mangsa-mangsa) tidak sempat untuk memakai kasut," katanya yang mempunyai lima orang anak.

Dia dan isterinya dirawat di hospital kerana terkena serpihan kaca. Seorang lagi mangsa, Ninia Lay, 48, berkata, dia bersembunyi di dalam sebuah ruang ketika puting beliung melanda.

"Saya bersembunyi di dalam ruang itu dan mendengar seperti sebuah kereta api sedang bergerak," katanya. Rumah Lay ranap dimusnahkan puting beliung itu manakala dia tertimbus dengan serpihan rumahnya selama dua jam sebelum diselamatkan oleh suaminya dan beberapa anggota penyelamat. - Reuters


Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jonlabu 22-5-2013 06:00 AM
Dan dosa bersekongkol ngan yahudi menghancurkan islam.
Quote sarizu 22-5-2013 06:59 AM
Kalau manusia dh x mampu nk myerang hanya kuasa Allah yg mnungu
Quote MissNigga 22-5-2013 07:26 AM
Published on May 20, 2013

This is video captured of the Moore, Oklahoma tornado on May 20, 2013. This video contains from beginning to end of the lifecycle of the tornado.

skerinyaaaa...

Moore, Oklahoma Tornado from May 20, 2013.
[youtube]zHxYuUAGbKk[/youtube]
Quote rospinki 22-5-2013 07:33 AM
Skeri
Quote ultra78 22-5-2013 07:34 AM
Jika ummah moslem ditimpa bencana, itu hanya cubaan. Jika infidel ditimpa bencana, padan muka mereka
Quote tagas 22-5-2013 10:44 AM
Ranapkan seluruh u.s n israel plz..
Quote ifanonline 22-5-2013 10:45 AM
sikit sangat kematian berbanding di afghan, iraq dan libya
Quote C.K 22-5-2013 11:03 AM
ultra78 posted on 22-5-2013 07:34 AM
Jika ummah moslem ditimpa bencana, itu hanya cubaan. Jika infidel ditimpa bencana, padan muka mereka

ummah muslim ditimpa bencana itu ujian tuhan....moga mereka tabah dan yang terkorban itu semua syahid ....ummah kapeer pemakan babee ditimpa bencana itu balasan tuhan...tuhan bayar cash kata mereka

Quote mjla 22-5-2013 11:12 AM
Klu lalu kat Putrajaya mau kembang lagi rambut Rosmah...
Quote NAT_11 22-5-2013 11:19 AM
Dua tiga hari yang lepas, Torando and cyclone ni menyerang Texas.
Habis ranap satu Bandar.
Ni Oklahama pulak.
Ni baru bulan Mei.
Masih ada June, July, Ogos dan September......................
Kalau yang menyerang tu, muslim tentulah boleh dibloikot, disanction ekonominya,
dibom negaranya macam Iraq, Libya, Afghanistan dan Syria.
Ni bencana alam.
Rasalah bagaimana peritnya rakyat negara-negara yang diserang tu menerima
serangan bom berangkai bertubi-tubi. Sekarang rasalah the feeling of helplessness
sebab tak mampo nak melawan balik.
Quote Nape?Tak caye? 22-5-2013 11:24 AM
alhamdulillah kita terhindar dari ujian begini...
Quote atira 22-5-2013 11:33 AM
tornado mmg biasa kat US..
cuma yg oklahoma kelmarin tu.. besar.. super tornado kekdahnye
Quote redz85 22-5-2013 11:35 AM
bila kenangkan apa yang mereka laku kan di iraq & afghan,, aku tak simpati pada mereka..(walaupun kanak-kanak yang tidak berdosa jadi mangsa).. jahatnya hati ini
Quote Fariz07 22-5-2013 11:37 AM
patut kena kt white house baru depa tau.
Quote atira 22-5-2013 11:37 AM
macam la org2 amreka tu hadap sangat ngan simpati korang
Quote lima_kupang 22-5-2013 11:39 AM
bila manusia mengaku mereka lebih bijak dan berkuasa untuk menghalang kuasa allah... skrng allah turun kn bala yg sngat kecil ja.. tenyata manusia tu sememangnya lemah....
Quote True-X 22-5-2013 11:42 AM
aku bersimpati dnegan mereka..

it's not fair marahkan pemimpim.. dan kita bergumbira dengan bencana ke atas mereka..

jika allah mahu. baik sahaja puting beliung ni direct ke israel... tetapi allah tidak mahu...

bukan amerika sahaja yg kene.... bangladesh tiap2 thn banjir besar.. negara islam.... dan yg banyak bg bantuan.. negara kapir..

Quote atira 22-5-2013 11:48 AM
C.K posted on 22-5-2013 11:03 AM
ummah muslim ditimpa bencana itu ujian tuhan....moga mereka tabah dan yang terkorban itu semua sya ...

mereka feeling2 tuhan..
Quote honeybee1802 22-5-2013 11:50 AM
MissNigga posted on 22-5-2013 07:26 AM
Published on May 20, 2013

This is video captured of the Moore, Oklahoma tornado on May 20, 2013. ...

woooo..mcm gigantic blender machine.....

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.072158 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top